Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500004
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mohtar Wan Yusoff, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorShaiful Azuar Mohamad (P42721)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:09Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:09Z-
dc.date.issued2017-07-27-
dc.identifier.otherukmvital:97671-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500004-
dc.descriptionPenghasilan β-glukan daripada sumber cendawan dikaji menggunakan kaedah fermentasi kultur tenggelam. Empat spesies cendawan terdiri daripada Auricularia polytricha, Lentinula edodes, Agrocybe sp. dan Pleurotus flabellatus disaring bagi pemilihan spesies berdasarkan produktiviti biojisim. Fermentasi dijalankan di dalam kelalang goncangan (500 mL) dengan isipadu kerja 250 mL dan keberkesanan biojisim untuk penghasilan β-glukan dinilai. Pleurotus flabellatus mempunyai kadar penghasilan miselium tertinggi iaitu 0.180 gL-1h-1, untuk tempoh fermentasi antara 10-14 hari dipilih untuk kajian lanjut. Dua media tambahan dipilih terdiri daripada Mushroom Complete Media (MCM) dan Yeast Malt (YM) untuk penilaian medium terbaik berbanding media awal iaitu ekstrak kentang (PE). Media MCM didapati menghasilkan produktiviti tertinggi pada kadar 0.311 gL-1h-1 pada hari ke 10. Miselium P. flabellatus kemudian diekstrak menggunakan kaedah Mizuno terubahsuai dan endopolisakarida yang diperolehi diuji menggunakan kit asai bagi kehadiran β-glukan. Hasil β-glukan (1,3:1,6) ialah 7.70±1.11 g/100 g polisakarida kasar. Faktor yang dipilih bagi pengoptimuman penghasilan polisakarida intrasel P. flabellatus dalam kelalang goncangan melalui kaedah gerak balas permukaan (RSM) ialah kadar goncangan, suhu eraman dan nilai pH awal. Model rekabentuk komposit teras (central composite design) digunakan untuk mengenalpasti faktor yang signifikan dalam pengoptimuman dan interaksi di antara faktornya, jika ada. Fermentasi optimum yang diperolehi ialah seperti berikut: kadar goncangan 129.8 rpm, suhu eraman 27.8 C, dan nilai awal pH ialah 6.06. Kadar penghasilan biojisim berdasarkan fermentasi optimum meningkat hampir tiga kali ganda dalam julat 0.980-1.040 gL-1h-1 berbanding kadar awal iaitu 0.311 gL-1h-1. Berdasarkan persamaan kuadratik kadar goncangan, suhu eraman serta interaksi di antara dua parameter tersebut adalah signifikan (p < 0.05). Pada fermentasi optimum, data daripada eksperimen didapati menyokong anggaran teori model. Pencirian lanjut dibuat terhadap ekstrak polisakarida menggunakan kromatografi turus dengan menghasilkan 4 fraksi. Fraksi ke-4 (F4) P. flabellatus menunjukkan kehadiran berat molekul tinggi dengan anggaran 3.058 ×106 Da (11.8%) dan 1.282 ×104 Da (88.2%). Biojisim P. flabellatus kemudian dihasilkan menggunakan bioreaktor angkut udara dengan produktiviti tertinggi 2.250 gL-1h-1 pada kadar udara masuk 2 L/min. Hasil biojisim terhadap substrat terguna (Yb/s) ialah 0.78 g/g. Biojisim P. flabellatus dihasilkan dengan ragam operasi berbeza iaitu kaedah kelompok dan kaedah kelompok ulangan. Kaedah kelompok dipilih berdasarkan faktor ekonomi dan operasi. Perbandingan kandungan β-glukan dibuat di antara spesies P. flabellatus dan Pleurotus pulmonarius. Selain daripada perbandingan tersebut, keputusan penghasilan P. pulmonarius dalam bioreaktor angkut udara menyokong kehadiran eksopolisakarida yang tidak dapat dikesan dalam kelalang goncangan bagi P. flabellatus. Pengukuran β-glukan (1,3:1,6) bagi endopolisakarida P. pulmonarius menunjukkan kandungannya ialah 16.7 g/100 g polisakarida kasar. Pemecahan endopolisakarida dengan kromatografi turus menghasilkan 7 fraksi. Fraksi pertama (F1) menunjukkan kehadiran polisakarida dengan berat molekul tinggi (2.08×105 dan 1.41×104 Da). Pencirian eksopolisakrida P. pulmonarius menunjukkan kehadiran β-glukan(1,3:1,6) dengan hasil 9.09 g/100 g polisakarida kasar. Pemecahan eksopolisakarida hanya menghasilkan 1 fraksi dengan anggaran berat molekul rendah (~ 103 Da). Bioreaktor angkut udara lebih efektif bagi menghasilkan polisakarida P. flabellatus dengan produktiviti tinggi (2.250 gL-1h-1) berbanding produktiviti dalam kelalang goncangan dan fermentasi substrat pepejal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCendawan-
dc.subjectFermentasi-
dc.subjectβ-glukan-
dc.subjectMushrooms-
dc.titlePenghasilan β-glukan daripada cendawan (pleurotus flabellatus) dalam fermentasi kultur tenggelam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages162-
dc.identifier.callnoQK617.S533 2017 tesis-
dc.identifier.barcode002971(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97671+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
482.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.