Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500003
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr.
dc.contributor.authorLee Hin Lee (P64843)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:08Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:08Z-
dc.date.issued2017-09-05
dc.identifier.otherukmvital:97670
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500003-
dc.descriptionAir yang tercemar dengan kemasinan mengancam sumber bekalan air minum dan pertanian. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik proses pergerakan air masin di sistem muara Sungai Terengganu yang terlindung dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini juga penting dalam menentukan isipadu minimum aliran sungai bagi mengelakkan pergerakan air masin di stesen penyedutan air tawar Pulau Musang. Pemodelan empirikal 1-D dan model numerikal berkomputer 2-D digunakan untuk menentukan nilai aliran sungai di stesen tersebut. Data cerapan pergerakan air masin, aliran arus dan perubahan aras muara sungai diukur pada musim basah dan kering. Pengukuran batimetri muara sungai turut dilaksanakan sebagai input pemodelan. Data sekunder pergerakan air masin sebelum pembinaan struktur pemecah ombak dan Empangan Kenyir turut dinilai. Hasil siasatan pasang surut harian mendapati kawasan kajian mengalami pasang surut jenis diurnal, dengan tempoh masa tidak simetri iaitu air surut yang lama (19 jam) berbanding dengan air pasang (5 jam), menyebabkan kawasan kajian didominasi oleh isipadu aliran sungai. Hasil kajian analisis regresi ke atas data cerapan turut membuktikan bahawa jarak pergerakan air masin di kawasan kajian bergantung kepada isipadu aliran sungai daripada julat pasang surut. Penilaian ke atas geometri muara didapati kedudukan titik permulaan muara sungai berada di jarak 1.68 km dari penghujung pemecah ombak yang terlindung dari kesan lautan, yang mengurangkan daya penyebaran pergerakan air masin dalam muara sungai. Analisis ke atas data pencerapan didapati pergerakan air masin lebih kritikal pada musim kering dibandingkan dengan musim basah dengan jarak pergerakan air masin adalah 10.14 dan 7.27 km. Analisis data cerapan juga menunjukkan jarak pergerakan air masin berada lebih jauh ke hulu muara sungai (12.27 km) sebelum pembinaan Empangan Kenyir, ini disebabkan oleh isipadu aliran sungai yang lebih rendah sebelum pembinaan empangan dibandingkan selepas pembinaan empangan dengan nilai 130.67 dan 177.00 m3s-1. Kedua-dua model menunjukkan isipadu minimum aliran sungai yang diperlukan untuk mengelakkan gangguan operasi penyedutan air tawar di Pulau Musang adalah sejumlah 150.00 m3s-1. Model-model tersebut menunjukkan corak pergerakan air masin yang hampir sama dari muara sungai sehingga ke jarak 10.00 km. Namun demikian, selepas jarak 10.00 km, ramalan jarak pergerakan air masin model empirikal 1-D berada lebih juah ke hulu muara sungai dibandingkan dengan model numerikal berkomputer 2-D pada nisbah purata 1:1.8. Kajian kesan peningkatan aras laut setinggi 1.00 m di kawasan kajian menunjukkan pengurangan pergerakan air masin, isohalin dianjak sejauh 0.27 km ke pesisiran pantai dan pengurangan ketumpatan air masin dalam muara sungai antara julat 1.00 sehingga 2.00 ppt. Pengurangan pergerakan air masin walaupun dalam keadaan peningkatan aras laut adalah berkait dengan pengurangan halaju arus di dalam muara sungai disebabkan penambahan isipadu aliran. Hasil kajian ini meningkatkan kefahaman kepada proses dan faktor-faktor mengawal pergerakan air masin bagi sebuah muara sungai yang terlindung berjenis pasang surut diurnal yang berada di iklim tropika.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectKemasinan
dc.subjectPergerakan longitudinal
dc.subjectSungai Terengganu
dc.subjectPengukuran batimetri
dc.subjectSaltwater encroachment -- Malaysia
dc.titleKajian pemodelan pergerakan longitudinal air masin bagi Muara Sungai Terengganu
dc.typeTheses
dc.format.pages217
dc.identifier.callnoGB1197.8.L434 2017 tesis
dc.identifier.barcode002980(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97670+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
929.14 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.