Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499998
Title: Analisis amaun emas telerang di kawasan Ciurug Pongkor
Authors: Nur Ali Amri (P62892)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Keywords: Emas telerang
Hidroterma
Ciurug Pongkor
Geostatistik
Gold mines and mining -- Indonesia
Issue Date: 16-May-2017
Description: Perlombongan emas merupakan aktiviti yang apabila dikelola secara baik boleh membawa nilai tambah ekonomi bagi negara dan kesejahteraan masyarakat. Sekiranya tidak dikelolakan secara baik, ianya boleh membawa kerugian dan kerosakan lanskap alam. Sebelum keputusan bagi mengambil simpanan, kerja eksplorasi dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai amaun, lokasi pemendakan dan taburan. Emas primer sebagaimana dalam kajian ialah mineral yang terbentuk mengikut proses hidroterma wujud dalam telerang kuarza pada kawasan Ciurug Pongkor. Proses hidroterma menyebabkan wujud hubung kait antara pemendapan bijih emas pada suatu tempat kepada tempat lain dalam satu sistem pemineralan. Berdasarkan pertimbangan ini, kaedah geostatistik mengikut pengkrigan biasa digunakan bagi meramal amaun dan sifat taburan. Teknik ini menggunakan maklumat sill, nugget dan julat, yakni parameter yang diperoleh dari pemadanan semivariogram yang boleh menggambar sifat pemendapan mineral. Dua semivariogram empirik yang digunakan dengan andaian isotropi ialah berdasarkan kaedah klasikal dan teguh, manakala pendekatan teori menggunakan fungsi sfera dan eksponen. Pemadanan mengikut kuasa dua berpemberat dan kuasa dua biasa. Berdasar kombinasi ini, lapan model diuji kaji menggunakan peramalan pengesahan bersilang dan pengasingan data. Model dipilih ialah berdasar set nilai paling minimum daripada median sisihan mutlak, min ralat mutlak dan pekali variasi yang dihasilkan menerusi dua cara peramalan dan ketekalannya kepada ralat pemadanan. Pekali variasi mengikut pengasingan juga dengan lapan puluh satu peratus merupakan kawasan wajar lombong. Pada petakan ini tidak dijumpai emas dengan kadar tinggi. Berdasar pekali variasi dibina, enam puluh enam data gerudi masih boleh diguna bagi pengiraan ramalan bagi Petakan-1.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 170
Call Number: TN410.N837 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97664+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
452.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.