Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499997
Title: Kepelbagaian spesies, ekologi dan kelakuan Odonata (insekta) di beberapa kawasan terpilih di Semenanjung Malaysia
Authors: Farizawati Sabri (P60776)
Supervisor: Idris Abd. Ghani, Prof. Dr.
Keywords: Insekta
Odonata -- Malaysia
Issue Date: 14-Jun-2017
Description: Kajian yang dilakukan selama 11 bulan telah berjaya merekodkan 64 spesies mewakili 11 famili Odonata daripada 4044 individu yang telah dikumpulkan dari kelima-lima lokasi kajian, iaitu HLLS, HLT7, HLDP, HLT dan TC. Lengkuk kekayaan spesies Mao Tao menunjukkan peningkatan di kesemua lokasi kajian, kecuali di TC. Hasil analisa Jackniffe 1 dan ACE meramalkan kekayaan spesies tertinggi di HLLS iaitu sebanyak 55.91 dan 51.1. Lengkuk Mao Tao di TC menghampiri malar kerana hampir keseluruhan spesies Odonata yang terdapat di TC telah direkodkan. Seterusnya, indeks Shannon-Wiener (H'), indeks Simpson (D'), indeks Margalef (R') dan indeks Evenness (E') di HLLS menunjukkan nilai yang tertinggi (H'=2.8, D'=10.41, R'=3.78 dan E'=0.74). Kajian komposisi larva Odonata telah merekodkan 36 spesies daripada sembilan famili yang diwakili oleh 1320 individu. Lengkuk Mao Tao peringkat larva di empat lokasi iaitu HLLS, HLDP, HLT7 dan HLT menunjukkan peningkatan tetapi mendatar di TC. Indeks kepelbagaian spesies larva Odonata menunjukkan HLLS mencatatkan indeks kepelbagaian yang tertinggi (H'=2.919, D'=0.939, E'=0.944 dan R'=3.09). Analisa struktur komuniti larva Odonata mendapati kumpulan K-I iaitu HLLS didominasi oleh famili Gomphidae dan kumpulan K-II adalah struktur komuniti di HLDP, K-III adalah HLT7, K-IV adalah HLT dan K-V adalah TC. Faktor abiotik iaitu pH, suhu, kandungan oksigen terlarut, konduktiviti dan jumlah pepejal terlarut direkodkan dan mempengaruhi kepelbagaian Odonata. Hasil analisis regresi mendapati terdapat hubungan yang bererti secara negatif di antara bilangan individu Odonata dengan faktor suhu, konduktiviti dan jumlah pepejal terlarut. Bilangan individu Odonata berkurang apabila faktor-faktor ini meningkat. Analisis regresi bagi oksigen terlarut mendapati terdapat hubungan yang bererti secara positif dengan bilangan individu Odonata. Kajian empat jenis kelakuan bagi sembilan spesies Odonata telah dilakukan di lokasi kajian TC selama enam bulan. Sejumlah 801 individu Odonata telah dilihat sepanjang kajian kelakuan Odonata dijalankan. Crocothemis servilia mencatatkan min peratusan bilangan inidividu paling tinggi (31.1 ± 1.5)% berbanding lapan spesies yang lain. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat interaksi yang bererti (F=1.33; dk=24 & 215; P<0.05) antara faktor kelakuan dengan spesies yang mempengaruhi corak kelakuan Odonata. Keempat-empat kelakuan yang diperhatikan dalam kajian ini, memuncak sekitar jam 0900 sehingga 1400 dan mula perlahan selepas jam 1400, kecuali kelakuan reproduktif yang memuncak sedikit sekitar jam 1600 hingga 1700. Kajian kepelbagaian spesies Odonata telah dilakukan di Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Pulau Besar, Pulau Carey dan Pulau Pangkor. Hasil daripada kajian ini telah merekodkan 54 spesies Odonata. Famili Libellulidae merekodkan bilangan spesies tertinggi iaitu sebanyak 24 spesies. Indeks Shannon-Wiener di P. Pinang yang paling tinggi (H'=2.945) dan P.Carey dengan nilai indeks kepelbagaian yang paling rendah (H'=1.949).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 205
Call Number: QL520.15.F337 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97663+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
429.35 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.