Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499994
Title: | Semakan genus Paleosepharia Laboissiere, 1936 (Coleoptera: Chrysomelidae: Galerucinae) di Malaysia |
Authors: | Alia Rizki (P42351) |
Supervisor: | Idris Abd. Ghani, Prof. Dr. |
Keywords: | Paleosepharia Laboissiere Taksonomi Genitalia Beetles -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Dec-2017 |
Description: | Kajian taksonomi genus Paleosepharia Laboissiere, 1936 (Coleoptera: Chrysomelidae: Galerucinae) dari Malaysia telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk menyemak taksonomi genus Paleosepharia Laboissiere di Malaysia; menyediakan perihalan spesies, menyediakan ilustrasi dan gambarajah morfologi, termasuk genitalia untuk pertama kalinya bagi genus ini; membina kekunci taksonomi pengecaman spesies di dalam genus Paleosepharia Laboissiere, 1936 di kawasan Malaysia; menentukan had spesies, merekodkan taburan geografi dan menyediakan senarai semak bagi semua spesies Paleosepharia Laboissiere, 1936 di Malaysia dan membina pohon filogeni berdasarkan data morfologi luaran spesies dalam genus Paleosepharia Laboissiere di Malaysia. Sebanyak 570 spesimen telah diperiksa di dalam kajian ini. Spesimen kajian adalah daripada koleksi Pusat Sistematik Serangga Universiti Kebangsaan Malaysia (CIS-UKM) dan pinjaman daripada beberapa repositori luar negara. Kajian morfologi meliputi pengukuran mutlak, pengukuran relatif, struktur dan warna kepala, toraks dan abdomen bagi setiap spesies. Struktur genitalia jantan dan betina juga diperiksa. Sejumlah 25 spesies telah dikenal pasti dari Malaysia iaitu dua daripada spesies ini merupakan spesies baru iaitu P. sabahensis sp. nov, dan P. striata sp. nov. Lapan kombinasi baru iaitu P. azlani (Mohamedsaid, 1998) comb. nov., P. borneensis (Mohamedsaid, 1994) comb. nov., P. cantik (Mohamedsaid, 2000) comb. nov.; P. danumica (Mohamedsaid, 1993) comb. nov.; P. kerangas (Mohamedsaid, 1998) comb. nov.; P. merah (Mohamedsaid, 1993) comb. nov.; P. malaysiana (Mohamedsaid, 1993) comb. nov. dan P. murphyi (Mohamedsaid, 2002) comb. nov. telah dicadangkan dipindahkan daripada genus Monolepta Chevrolat, 1837. Kajian ini juga berjaya menambahkan dua spesies rekod baru bagi Malaysia iaitu P. truncata Laboissiere, 1936 dan P. tenasserimensis (Maulik, 1936). Kajian ini menyediakan perihalan, ilustrasi dan kekunci bagi kesemua 25 spesies. Analisis filogeni morfologi menggunakan kriteria 'Neighbour-Joining' (NJ) dan Maksimum Parsimoni (MP) secara pencarian heuristik dengan replikasi 1000 telah dijalankan menggunakan perisian PAUP 4.0 untuk melihat pertalian spesies-spesies Paleosepharia di Malaysia. Kedua-dua pohon filogeni NJ dan MP berdasarkan 50% peraturan majoriti konsensus data morfologi telah menghasilkan klad kumpulan monofiletik yang sama. Dua kriteria analisis filogenetik telah digunakan iaitu parsimoni dan jarak. Hasil daripada analisis MP berdasarkan data morfologi telah membentuk pohon filogeni dengan panjang pohon 86, nilai indeks konsistensi (CI) = 0.4070, indeks homoplasi (HI) = 0.5930, indeks retensi (RI) = 0.6731 dan indeks penskalaan semula (RC) = 0.2739. Kedua-dua topologi pohon filogeni MP dan NJ berjaya mengkelaskan setiap spesies di dalam genus Paleosepharia. Kajian taksonomi Paleosepharia yang menerangkan struktur genitalia secara terperinci belum pernah dilakukan sebelum ini. Oleh itu, diharapkan kajian ini dijadikan panduan dan rujukan asas bagi kajian Paleosepharia di masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 146 |
Call Number: | QL573.A435 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97661+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 432.25 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.