Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499963
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIshak Ahmad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNoor Afizah Rosli (P59779)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:36:41Z-
dc.date.available2023-10-13T09:36:41Z-
dc.date.issued2016-08-21
dc.identifier.otherukmvital:96645
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499963-
dc.descriptionBiokomposit poli(asid laktik) (PLA) terubah suai getah asli (NR) dan getah asli cecair (LNR) yang diperkuat selulosa cangkukan poli(metil metakrilat) (cell-g-PMMA) telah berjaya dihasilkan melalui kaedah adunan lebur. Peringkat pertama penyelidikan melibatkan pengekstrakan dan pengubahsuaian selulosa daripada serabut Agave angustifolia. Pengekstrakan selulosa melibatkan dua peringkat rawatan kimia iaitu rawatan alkali dan pelunturan. Selulosa yang diekstrak kemudiannya diubah suai kepada cell-g-PMMA melalui kaedah pengkopolimeran cangkukan. Rawatan alkali dan pelunturan yang dilakukan terhadap serabut Agave didapati berjaya menyingkirkan kandungan hemiselulosa dan lignin dalam serabut. Penyingkiran hemiselulosa semasa rawatan alkali adalah disebabkan oleh pemutusan ikatan hidrogen oleh ion Na+ yang menjadikan hemiselulosa terlarut air. Penyingkiran lignin semasa rawatan pelunturan pula adalah disebabkan oleh pembentukan kompleks lignin-klorida yang boleh larut dalam air. Melalui analisis serapan dan sudut sentuh air, pengubahsuaian selulosa didapati berjaya meningkatkan sifat hidrofobik selulosa. Walau bagaimanapun, kestabilan terma menurun disebabkan oleh suhu penguraian PMMA yang rendah. Peringkat kedua penyelidikan melibatkan kajian kesan penambahan NR terhadap sifat mekanik, terma dan penguraian PLA. NR ditambah pada komposisi 10, 20, 30 dan 40 bt%. Berlaku penurunan kekuatan regangan dengan peningkatan komposisi NR disebabkan oleh ketakbolehcampuran antara PLA dan NR yang dibuktikan dalam analisis morfologi (SEM). Walau bagaimanapun, kekuatan hentaman didapati meningkat dengan kandungan NR disebabkan oleh perubahan morfologi di mana fasa PLA dan NR menjadi selanjar. Kestabilan terma dan kadar penguraian PLA didapati meningkat dengan penambahan NR. Kesan penambahan LNR sebagai pengserasi terhadap sifat mekanik, terma dan penguraian PLA terubah suai NR (PLA-NR) pada komposisi 2, 4, 6 dan 8 bt% juga telah dikaji. Didapati PLANR dengan 6 bt% LNR menunjukkan peningkatan kekuatan regangan dan hentaman yang optimum berbanding komposisi yang lain. Peningkatan kekuatan regangan dan hentaman adalah disebabkan oleh ikatan kimia yang terbentuk antara PLA dan LNR melalui ikatan hidrogen. Kestabilan terma PLA-NR didapati mengalami sedikit penurunan dengan penambahan LNR disebabkan oleh berat molekul LNR yang rendah berbanding NR. Walau bagaimanapun, LNR didapati merupakan agen penukleusan PLA yang lebih baik berbanding NR. Kadar penguraian pula didapati meningkat dengan penambahan LNR. Peringkat terakhir penyelidikan adalah mengkaji kesan penambahan dua pengisi berbeza iaitu selulosa dan cell-g-PMMA pada 2.5, 5, 7.5 dan 10 bt% terhadap biokomposit PLA-NR/LNR. Kedua-dua serabut didapati berjaya meningkatkan kekuatan dan modulus regangan biokomposit. Hasil kajian juga mendapati biokomposit dengan 7.5 bt% cell-g-PMMA menunjukkan kekuatan regangan dan hentaman yang optimum disebabkan oleh kebolehcampuran antara PLA dan PMMA sekali gus meningkatkan lekatan antara muka. Penambahan cell-g-PMMA didapati mengurangkan penghabluran PLA dan merendahkan kestabilan terma PLA-NR/LNR. Kadar penguraian biokomposit didapati meningkat dengan penambahan kedua-dua serabut.,Tesis ini tidak ada Perakaun Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGetah asli
dc.subjectPenguraian
dc.subjectBiokomposit
dc.subjectCellulose
dc.titleKesan getah asli dan getah asli cecair ke atas sifat mekanik, terma dan penguraian biokomposit poli(asid laktik)-selulosa Agave angustifolia
dc.typeTheses
dc.format.pages191
dc.identifier.callnoQK898.C42N636 2016 tesis
dc.identifier.barcode002761(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96645+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
166.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.