Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499950
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Fauzee Hamdan (P45127)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:36:31Z-
dc.date.available2023-10-13T09:36:31Z-
dc.date.issued2016-07-21
dc.identifier.otherukmvital:96535
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499950-
dc.descriptionFenomena kejadian hujan sangat menarik untuk diselidiki kerana ia berkait langsung dengan semua kehidupan di dunia ini. Manusia berterusan cuba untuk memahami, mendalami dan mengkaji segala aspek yang berkaitan dengan kejadian hujan di tempat masing-masing. Salah satu kajian yang penting ialah dalam mengkaji dan memahami corak hujan yang berlaku sepanjang tahun. Untuk mengenal pasti corak taburan hujan yang berlaku, ia memerlukan kepada suatu lengkuk pelicinan yang dapat mewakili cerapan harian hujan yang diterima sepanjang tahun di sesuatu kawasan. Kaedah analisis data fungsian berkemampuan menukarkan data diskret kepada suatu fungsi yang boleh mewakili lengkuk taburan hujan seterusnya cuba menggambarkan corak taburan hujan yang terpendam. Kajian ini tertumpu kepada taburan amaun hujan harian dan taburan kebarangkalian hujan harian menggunakan analisis data fungsian. Model pelicinan terbaik bagi menggambarkan corak taburan hujan di 75 stesen cerapan hujan dibangunkan di seluruh Semenanjung Malaysia. Fungsi asas Fourier digunakan kerana data hujan merupakan data yang berulang dalam tempoh tertentu. Penentusahan silang teritlak menunjukkan 123 fungsi asas sesuai untuk menggambarkan corak amaun hujan harian dan 147 fungsi asas untuk taburan kebarangkalian hujan harian. Kawasan utara dan barat semenanjung menunjukkan corak bimodal yang ketara untuk kedua-dua ciri taburan hujan dengan perubahan penurunan antara dua puncak berlaku di pertengahan tahun. Sementara itu kawasan timur menunjukkan corak unimodal yang mencapai puncak di tiga bulan terakhir. Kawasan selatan pula menunjukkan taburan hujan yang lebih seragam sepanjang tahun. Seterusnya, analisis komponen utama fungsian digunakan untuk mengenalpasti bentuk corak taburan hujan yang lebih dominan dalam mempengaruhi corak taburan hujan secara keseluruhannya. Empat fungsi komponen utama yang pertama bagi ciri amaun hujan dapat menerangkan 95% variasi yang wujud dengan nilai 66.1%, 13.3%, 11.5% dan 4.7%. Sementara itu, empat fungsi komponen utama yang pertama dapat menjelaskan 93.3% variasi yang wujud dalam corak taburan harian kebarangkalian hujan dengan nilai 39.8%, 34.6%, 15% dan 3.9%. Analisis kelompok fungsian digunakan bertujuan untuk menentukan sifat kehomogenan di antara lengkuk-lengkuk taburan hujan yang telah terhasil dan keputusan kajian menunjukkan bahawa wujud sifat kehomogenan di antara lengkuk-lengkuk taburan hujan walaupun berada di rantau yang berbeza. Akhir sekali, kaedah penganggaran reruang dibangunkan untuk menyelesaikan masalah menganggarkan lengkuk taburan hujan di kawasan yang tiada maklumat. Kaedah penentusahan silang penyingkiran tunggal digunakan sebagai analisis perbandingan di antara lengkuk anggaran dengan lengkuk sebenar. Dua kaedah penganggaran reruang baru dicadangkan dengan menggunakan nilai pekali asas dan skor komponen utama. Didapati kaedah penganggaran reruang yang baru mampu menyamai kaedah penganggaran reruang sedia ada dari segi ketepatan anggaran namun lebih baik kerana menawarkan kaedah pengiraan yang lebih mudah dan ringkas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectTaburan hujan
dc.subjectAmaun
dc.subjectKebarangkalian
dc.subjectData fungsian
dc.subjectRain and rainfall -- Malaysia
dc.titleAnalisis amaun dan kebarangkalian hujan harian Semenanjung Malaysia dengan pendekatan data fungsian
dc.typeTheses
dc.format.pages216
dc.identifier.callnoQC925.M834 2016 tesis
dc.identifier.barcode002739(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96535+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
290.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.