Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499933
Title: | Amalan pengurusan kualiti dan prestasi organisasi dalam industri pembuatan |
Authors: | Zaharuzaman Jamaluddin (P37559) |
Supervisor: | Ahmad Mahir Razali, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pengurusan kualiti Prestasi organisasi Industri pembuatan Penambahbaikan berterusan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 30-Jun-2016 |
Description: | Pengurusan kualiti adalah satu keperluan yang perlu dititikberatkan oleh organisasi untuk terus berdaya saing secara sistematik dan terancang. Dalam industri pembuatan adalah menjadi kemestian untuk mengeluarkan produk yang berkualiti melalui ketepatan yang tinggi dalam proses pembuatan. Pengurusan proses pembuatan yang cekap akan memastikan kos pengeluaran pada tahap minimum, pengeluaran tanpa kecacatan dan masa pengeluaran yang pendek. Penambahbaikan berterusan dan penyelesaian masalah kualiti dalam proses pembuatan merupakan aktiviti penting dalam usaha organisasi mencapai objektif kualitinya. Amalan pengurusan kualiti (APK) boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu faktor lembut berkenaan dengan sistem pengurusan dan faktor keras berkenaan dengan sistem teknikal. APK yang diketengahkan dalam tesis ini merangkumi aspek faktor kualiti keras dan lembut yang memberi kesan kepada prestasi organisasi (PO). Kajian lepas menunjukkan wujudnya jurang APK yang melibatkan faktor kualiti keras terutamanya alat kualiti dan penambahbaikan berterusan dalam industri proses pembuatan di Malaysia. Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara APK dan PO dalam industri pembuatan. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis saiz organisasi sebagai pemboleh ubah moderator ke atas hubungan antara faktor APK dan PO. Satu model konseptual kajian dibangunkan bagi mengkaji hubungan-hubungan tersebut. Model kajian ini terdiri daripada enam faktor iaitu komitmen pengurusan, latihan, pengurusan proses, alat kualiti, penambahbaikan berterusan dan prestasi organisasi. Sebanyak sebelas hipotesis telah diutarakan untuk menguji perkaitan antara lima kriteria APK dan satu kriteria PO. Pemodelan Persamaan Struktur (PPS) dengan perisian AMOS versi 18.0 menggunakan penganggaran Kebolehjadian Maksimum (KM) digunakan untuk analisis pemodelan. PPS digunakan untuk menganalisis hubungan antara semua indikator dan konstruk secara serentak, menguji keseluruhan model, serta dapat menerangkan sesuatu hubungan secara grafik. Soal selidik telah dibangunkan dan diedarkan kepada responden menggunakan teknik pensampelan strata terhadap empat sektor pembuatan iaitu (i) elektrik dan elektronik, (ii) mesin dan peralatan, (iii) logam dan (iv) peralatan pengangkutan. Sebanyak 210 soal selidik yang lengkap dipertimbangkan untuk analisis dan keputusan PPS menunjukkan bahawa model kajian mencapai indeks kesepadanan yang baik. Dapatan kajian menjelaskan bahawa komitmen pengurusan memberikan kesan yang signifikan kepada latihan dan pengurusan proses. Begitu juga, latihan mempengaruhi secara signifikan kepada alat kualiti, pengurusan proses dan penambahbaikan berterusan. Selanjutnya alat kualiti dan pengurusan proses mempunyai hubungan yang signifikan dengan penambahbaikan berterusan. Tambahan pula, penambahbaikan berterusan memberi kesan langsung yang signifikan kepada prestasi organisasi. Selain itu, alat kualiti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengurusan proses tetapi tidak praktikal dari segi kepentingan hubungan bersebab tersebut. Namun begitu, keputusan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan bersebab yang signifikan antara komitmen pengurusan kepada alat kualiti dan komitmen pengurusan kepada penambahbaikan berterusan. Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa perkaitan yang signifikan antara faktor APK dalam industri proses pembuatan perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengamal kualiti untuk meningkatan prestasi demi kelebihan berdaya saing.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 264 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_94724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 356.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.