Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499930
Title: Faktor yang mempengaruhi niat penggunaan racun serangga sebagai amalan pengurusan serangga Plutella xylostella (DBM) dalam kalangan pekebun sayur kubis di Cameron Highlands
Authors: Zurina Marzuki (P65912)
Supervisor: Idris Abdul Ghani, Prof. Dr.
Keywords: Racun serangga
Plutella xylostella
Serangga perosak
Cameron Highlands
Pahang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jan-2016
Description: Pengunaan racun serangga yang meluas dalam kalangan pekebun sayur kubis di Cameron Highlands telah menimbulkan kebimbangan tentang kesan negatif terhadap kesihatan dan alam sekitar. Walaupun pelbagai strategi telah dipekenalkan bagi menangani masalah ini, penggunaan racun serangga masih tinggi. Untuk menyelesaikan masalah ini, pemahaman dari sudut psikologi sosial berkaitan faktor yang mempengaruhi keputusan petani dalam pemilihan amalan pengurusan serangga perosak perlu dikaji semula. Kajian ini menggunakan Teori Tingkahlaku Terancang (TPB) dan Model Penerimaan Teknologi (TAM) untuk memahami sikap spesifik (SA), norma subjektif (SN), tanggapan terhadap kawalan tingkah laku (PBC) dan faktor latar belakang petani (BF) terhadap amalan penggunaan racun serangga di Cameron Highlands. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap niat, SA, SN, PBC, BF (aspek tingkah laku lepas) dan BF (aspek risiko) petani untuk menggunakan racun serangga dalam mengawal serangga perosak P. xylostella (DBM) pada musim akan datang, mengenalpasti samada terdapat perbezaan dari segi niat petani untuk menggunakan racun serangga dalam mengawal DBM berdasarkan demografi, mengenalpasti samada terdapat hubungan dari segi niat petani untuk menggunakan racun serangga dalam mengawal DBM berdasarkan demografi, mengenalpasti samada terdapat hubungan antara SA, SN, PBC, BF (aspek tingkah laku lepas) dan BF (aspek risiko) petani dengan niat penggunaan racun serangga dan mengenal pasti samada terdapat sumbangan faktor SA, SN, PBC, BF (aspek tingkah laku lepas) dan BF (aspek risiko) terhadap niat penggunaan racun serangga. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Prosedur persampelan rawak mudah telah digunakan untuk memilih 370 petani kubis untuk kajian ini. Soal selidik skala Likert lima mata telah digunakan untuk mengumpul data. Data diperolehi melalui soal selidik secara bersemuka dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (korelasi dan regresi) dengan perisian SPSSwin22. Dapatan menunjukkan bahawa niat, SA, SN, PBC dan BF (aspek tingkah laku lepas) petani untuk menggunakan racun serangga bagi mengawal DBM pada musim akan datang secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana kecuali BF petani dari aspek risiko berada pada tahap tinggi. Keputusan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan niat petani untuk menggunakan racun serangga dalam mengawal serangga perosak DBM pada musim akan datang berdasarkan jantina, tahap pendidikan, keahlian persatuan pekebun, pengalaman berkebun dan keluasan kebun kubis. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara jumlah pengeluaran kubis dengan niat petani untuk menggunakan racun serangga dalam mengawal serangga perosak DBM pada musim akan datang tetapi kekuatan hubungan ialah rendah. Selain daripada itu, niat petani kaum Cina untuk menggunakan racun serangga dalam mengawal serangga perosak DBM pada musim akan datang berdasarkan bangsa lebih tinggi dari niat petani kaum India dan lain-lain kaum. Manakala niat petani kaum Melayu adalah yang paling rendah. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara SA, SN, PBC dan BF dari aspek tingkah laku lepas dengan niat petani untuk menggunakan racun serangga pada musim akan datang. PBC adalah faktor yang paling mempengaruhi niat tingkah laku, diikuti dengan BF (aspek tingkah laku lepas), SA dan NS. Oleh itu, keputusan ini mencadangkan bahawa model TPB dan TAM dapat memberikan wawasan yang berguna berkaitan tingkah laku petani dalam proses membuat keputusan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 177
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_94722+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.