Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499925
Title: Variasi flora di rintis Guntung Keriung Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang
Authors: Norsiah Bahari (P48201)
Supervisor: Wan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Flora
Spesies
Taman Negeri Endau-Rompin
Central Forest Spine
Genus
Analisis kluster
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-May-2016
Description: Penentuan komposisi dan kepelbagaian pokok, palma, herba dan renek serta perkaitannya dengan faktor edafik telah dilakukan dalam plot berjumlah 1.4 hektar di sepanjang rintis Guntung Keriung ke Padang Tujuh, Taman Negeri Endau-Rompin (TNER), Pahang. Lima kumpulan tumbuhan telah dikaji, iaitu pokok berdiameter pada aras dada (DBH) 5 cm dan ke atas, pokok dengan DBH 1 cm hingga 4.9 cm, herba, renek dan palma. Sebanyak 14 plot utama bersaiz 0.1 ha yang berjarak 100 m antara satu sama lain telah dibina dari altitud 180-430 m a.p.l di sepanjang transek 2.1 km. Sejumlah 336 spesies, 156 genus dan 60 famili pokok dengan DBH 5 cm dan ke atas dalam plot 1.4 ha; 324 spesies, 161 genus dan 54 famili pokok dengan DBH 1 cm hingga 4.9 cm di dalam plot 0.42 ha; 24 spesies, 23 genus dan 16 famili renek dalam plot 0.105 ha; 23 spesies, 22 genus dan 13 famili herba dalam plot 0.105 ha; tujuh spesies dan tujuh genus palma dalam plot 0.84 ha telah dikenal pasti dan direkodkan. Euphorbiaceae adalah famili terbesar berdasarkan bilangan genus bagi pokok dengan DBH 5 cm dan ke atas, iaitu 19 genus. Pokok dengan DBH 1 cm hingga 4.9 cm pula merekodkan 18 genus daripada famili Euphorbiaceae. Livistona endauensis merupakan spesies yang paling melimpah bagi famili Palmae dengan 551 individu. Rubiaceae merupakan famili terbesar renek dengan 32 individu (31.07%), enam genus (26.09%) dan tujuh spesies (29.17%). Famili Cyperaceae adalah famili paling melimpah bagi kumpulan herba dengan 149 individu (50%). Zingiberaceae merupakan famili herba terbesar dengan enam genus (27.27%) dan enam spesies (26.09%). Indeks Kepelbagaian Shannon (H") bagi pokok yang bersaiz 5 cm DBH dan ke atas adalah 4.65 (H"maks = 5.81) dan Indeks Keseragaman Spesies (E) adalah 0.89. Nilai H" bagi pokok yang mempunyai DBH 1 cm hingga 4.9 cm pula adalah 4.83 (H"maks = 5.78) dan E bernilai 0.84. Bagi renek H" adalah 2.83 (H"maks = 3.18), H" bagi herba adalah 2.31 (H"maks = 3.14) dan H" bagi palma adalah 1.24 (H"maks = 1.95) dan nilai E adalah 0.64. Jumlah biojisim bagi pokok dengan DBH 5 cm dan ke atas, dan pokok dengan DBH 1 cm hingga 4.9 cm dianggarkan 423.22 t/ha dan 7.38 t/ha, masing-masing. Analisis tanah menunjukkan 55.22% tanah di TNER didominasi oleh lom berpasir. Hasil Analisis Komponen Utama (PCA) menunjukkan kekuatan hubungan antara sifat fizik dan kimia tanih dalam plot kajian adalah sebanyak 29% hingga 43%. Analisis kluster menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara sifat kimia dan fizikal tanih bagi setiap plot. Hampir semua spesies bagi setiap kumpulan tumbuhan mempunyai taburan berkelompok iaitu 56.39% bagi pokok yang mempunyai DBH 5 cm dan ke atas, 65.17% bagi pokok dengan DBH 1 cm hingga 4.9 cm, 89.47% bagi herba, 72.22% bagi renek dan 100% bagi palma. Hasil Analisis Kesepadanan Kanonikal (CCA) dan Analisis Lebihan (RDA) menunjukkan kelimpahan spesies kesemua kumpulan tumbuhan mempunyai hubungan dengan faktor edafik, iaitu di antara 64% hingga 96% di TNER. Kajian di TNER ini perlu dilakukan kerana maklumat yang lengkap dan relevan diperlukan bagi membantu pengurusan salah satu daripada empat hutan yang telah diiktiraf sebagai "Central Forest Spine" di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian ini juga diharapkan menjadi panduan kepada kajian seterusnya serta sebagai sumber maklumat untuk daya tarikan baru di TNER Pahang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 355
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85994+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
402.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.