Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499923
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuzzneena Ahmad Mustapha, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSuhartono Nurdin (P58683)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:36:13Z-
dc.date.available2023-10-13T09:36:13Z-
dc.date.issued2016-05-27-
dc.identifier.otherukmvital:85992-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499923-
dc.descriptionRastrelliger kanagurta adalah di antara spesies ikan pelagik bernilai komersil yang banyak ditangkap di perairan Kepulauan Spermonde, Selat Makassar Indonesia. Keadaan oseanografi di kawasan ini dipengaruhi oleh perubahan monsun yang seterusnya menyebabkan variasi taburan ikan pelagik. Memahami perhubungan di antara taburan ikan dengan faktor-faktor persekitaran adalah penting dalam menerokai sumber perikanan. Kajian ini menggunakan data tangkapan ikan semasa musim penangkapan tinggi iaitu pada suku tahun II, April hingga Jun (2008 dan 2009), data satelit klorofil-a dan suhu permukaan laut (MODIS-Aqua), kelajuan angin (Quickscat/NOAA), dan arus permukaan laut (OSCAR/NOAA) dari 2002 hingga 2014. Penyelidikan ini bertujuan menentukan julat kesesuaian klorofil-a dan suhu permukaan laut bagi ikan Rastrelliger kanagurta menggunakan analisis kekerapan dan indeks kesesuaian (SI), mendapatkan perhubungan di antara taburan ikan dengan klorofil-a dan suhu permukaan laut yang dibina melalui Generalized Additive Model (GAM), mengenalpasti variasi taburan klorofil-a dan suhu permukaan laut serta pengaruhnya terhadap taburan ikan menggunakan analisis Empirical Orthogonal Function (EOF) dan menentukan impak perubahan iklim terhadap taburan ikan berdasarkan pengunjuran suhu IPCC-AR5-RCPs. Taburan ikan Rastrelliger kanagurta diasosiasikan dengan julat kesesuaian klorofil-a 0.35±0.05 mg/m3 dan suhu permukaan laut 30.51±0.46oC. Analisis GAM menunjukkan bahawa kedua-dua parameter tersebut mempengaruhi taburan ikan (p<0.0001). Penghasilan peta potensi tangkapan ikan melalui GAM menunjukkan ketepatan 83.34% dengan nilai kappa 0.70. Potensi tangkapan yang tinggi didapati berlaku semasa peralihan monsun Barat ke Timur dan permulaan monsun Timur, diasosiasikan dengan keadaan persekitaran oseanografi yang sesuai. Keadaan ini diterangkan oleh analisis EOF klorofil-a oleh isyarat negatif tinggi mod kedua (5.27%) dan isyarat positif tinggi mod keempat (2.28%) serta EOF suhu permukaan laut oleh isyarat positif tinggi mod kedua (0.23%) dan isyarat negatif tinggi mod keempat (0.09%) yang berlaku di perairan Kepulauan Spermonde. Manakala potensi tangkapan rendah semasa peralihan monsun Timur ke Barat dan monsun Barat diasosiasikan dengan keadaan persekitaran oseanografi yang kurang sesuai. Keadaan ini ditunjukkan dalam EOF klorofil-a oleh isyarat positif tinggi mod kedua (5.27%) dan isyarat negatif tinggi mod ketiga (2.51%) serta EOF suhu permukaan laut oleh isyarat negatif tinggi mod kedua (0.23%) dan isyarat positif tinggi mod ketiga (0.10%). Taburan makanan yang mencukupi dan variasi suhu yang disebabkan oleh faktor angin dan arus mempengaruhi taburan kawasan potensi penangkapan ikan. Variasi musiman ini dijelaskan oleh mod pertama EOF klorofil-a (65.55%) dan EOF suhu permukaan laut (98.04%). Kenaikan suhu 1.80oC menyebabkan kawasan potensi tangkapan bergerak ke bahagian selatan Selat Makassar menuju ke perairan Kepulauan Spermonde. Manakala kenaikan suhu 2.60oC dan 3.30oC menyebabkan kawasan potensi tangkapan menjadi lebih kecil dan semakin jauh ke selatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa variasi klorofil-a dan suhu permukaan laut akibat perubahan monsun mempengaruhi taburan ikan Rastrelliger kanagurta. Pemahaman perhubungan ini dapat menyumbang dalam penangkapan secara berkesan dan optima.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRastrelliger kanagurta-
dc.subjectIkan pelagik-
dc.subjectKepulauan Spermonde-
dc.subjectIndonesia-
dc.subjectTaburan ikan-
dc.subjectMonsun-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenentuan kawasan potensi penangkapan ikan rastrelliger kanagurta (Cuvier 1817) di Perairan Kepulauan Spermonde, Indonesia menggunakan penderiaan jauh dan GIS-
dc.typeTheses-
dc.format.pages216-
dc.identifier.barcode002678(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85992+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
871.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.