Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499911
Title: | Peranan enzim malik dalam pengaturan kipogenesis oleh Cunninghamella bainieri 2A1 |
Authors: | Shuwahida Shuib (P60789) |
Supervisor: | Aidil Abdul Hamid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Enzim Lipid Kulat Multienzim lipogenik Isoform Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-May-2016 |
Description: | Peranan enzim malik (ME) dalam pengaturan biosintesis lipid oleh Cunninghamella bainieri 2A1 telah dikaji. Kulat ini berupaya mensintesiskan lipid sebanyak 30% (g/g biojisim) yang mengandungi sehingga 14% (g/g lipid) asid γ-linolenik (GLA). Walau bagaimanapun pengumpulan lipid didapati terhenti pada 48 j pengkulturan walaupun terdapat lebihan sumber glukosa dalam medium pengkulturan dan ia berlaku serentak dengan penurunan mendadak aktiviti spesifik ME, asid lemak sintase (FAS) dan ATP sitrat liase (ACL). Selain itu, aktiviti enzim penjana NADPH yang lain seperti glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G-6-PDH), 6-fosfoklukonat dehidrogenase (6-PGDH) dan NADP+: isositrat dehidrogenase (NADP+:ICDH) dikesan berada pada aras yang tinggi walaupun proses pengumpulan lipid telah terhenti. Oleh yang demikian, kajian dilakukan bagi menentukan kesan peningkatan semula aktiviti ME, FAS dan ACL terhadap jumlah lipid terkumpul. Selain itu, pemencilan kompleks multienzim lipogenik yang terdiri daripada ME, FAS dan ACL ditentukan menggunakan kaedah proteomik terarah bergandingan dengan Elektroforesis Gel Poliakrilamida Natif Biru (BN-PAGE) bersama-sama Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi-Spektrometri Jisim Tandem (LC-MS/MS). Profil isoform ME semasa fasa pertumbuhan dan pengumpulan lipid turut dikaji. Hasil kajian menunjukkan peningkatan semula aktiviti ME, FAS dan ACL serta peningkatan jumlah lipid yang terkumpul (daripada 31% kepada 51%, g/g biojisim pada akhir masa pengkulturan, 120 j) berjaya dicapai melalui penyuapan semula ammonium tartarat, glukosa dan kesemua ion logam (Fe3+, Mg2+, Mn2+, Zn2+, Ca2+, Cu2+ dan Co2+) pada 72 jam pengkulturan. Selain itu Fe3+, Mg2+, Mn2+ dan Zn2+ didapati mampu berfungsi sebagai kofaktor untuk aktiviti ME dan ACL. Kajian pemencilan kompleks multienzim lipogenik berjaya dilakukan dengan menggunakan BN-PAGE berganding LC-MS/MS daripada ekstrak bebas sel yang diperoleh daripada pemecahan protoplas. Pemencilan kompleks multienzim lipogenik yang terdiri daripada ME dan FAS ini buat pertama kalinya berjaya dipencilkan berikutan tiada laporan berkenaan kewujudannya diterbitkan sehingga kini. Selain daripada ME dan FAS, kompleks multienzim lipogenik ini juga didapati terdiri daripada enzim-enzim lipogenik lain seperti ACL, asetil KoA karboksilase (ACC), piruvat karboksilase (PC) dan malat dehidrogenase (MDH). Didapati pembentukan kompleks multienzim lipogenik ini bersifat sementara dan hanya wujud semasa fasa pengumpulan lipid (24 jam pengkulturan) dan ia tidak dapat dikesan semasa fasa pertumbuhan (8 j) dan fasa pengumpulan lipid telah terhenti (96 j). Selain itu, kajian terhadap profil isoform ME menunjukkan ME dalam kulat ini terdiri daripada 5 isoform dan dinamakan sebagai isoform A, B, C, D dan E. Didapati hanya 2 isoform yang menunjukkan perubahan profil aktiviti di mana isoform D dikesan berkaitan dengan fasa pertumbuhan dengan kehadiran sumber nitrogen dalam medium pengkulturan manakala isoform E merupakan isoform penting dalam pengaturan biosintesis lipid dalam C. bainieri 2A1. Kesimpulannya FAS hanya menggunakan NADPH yang dijana oleh ME sahaja semasa biosintesis lipid di mana wujudnya penggabungan fizikal antara ME dan FAS membentuk kompleks multienzim lipogenik membenarkan penyaluran secara terus NADPH kepada FAS. Berkemungkinan isoform E merupakan isoform ME yang terlibat dalam pembentukan kompleks multienzim lipogenik.,Tesis ini tidak ada Perakaun Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 170 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85983+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 291.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.