Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499909
Title: Pembangunan skema kriptografi ambang berasaskan masalah hibrid dalam teori nombor
Authors: Mohd Saiful Adli Mohamad (P55928)
Supervisor: Eddie Shahril Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Skema kriptografi
Hibrid
Pemfaktoran
Logaritma diskret
Reja kuadratik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Nov-2016
Description: Sistem pembuatan keputusan secara berkumpulan dan kolektif merupakan antara aspek penting dalam sesebuah organisasi terutama organisasi yang operasi terasnya berkait dengan keselamatan. Dengannya setiap keputusan berkumpulan yang dibuat akan menjadi lebih tepat, telus dan jitu selain dapat mengatasi masalah kerahsiaan, integriti, penyamaran, penafian dan ketidakpercayaan terhadap individu di dalam sesebuah organisasi. Secara realistik, hal ini boleh dicapai melalui pembangunan skema kriptografi berorientasikan organisasi, atau lebih dikenali di dalam bidang kriptologi sebagai kriptografi ambang. Umumnya, kriptografi ambang ( ) ditakrifkan sebagai suatu protokol yang membenarkan perkongsian mesej sulit di kalangan sebarang set yang mengandungi atau lebih daripada peserta, dengan subset yang mengandungi kurang daripada peserta tidak akan mendapat apa-apa maklumat mengenai mesej sulit tersebut atau apa-apa maklumat rahsia lain. Keselamatan sistem kriptografi ambang sedia ada hanya bergantung kepada masalah sukar tunggal dalam teori nombor seperti masalah pemfaktoran (MPF), masalah logaritma diskret (MLD), masalah reja kuadratik (MRK), dan masalah logaritma diskret lengkung eliptik (MLDLE). Walaupun masalah-masalah tersebut masih kebal disebabkan belum ada lagi ahli kriptanalisis yang berjaya menemui penyelesaiannya, pada masa hadapan jika musuh atau penyerang berjaya memperoleh al-Khwarizmi polinomial untuk menyelesaikan masalah tunggal tersebut, maka skema tersebut tidak lagi boleh dipraktikkan dan digunakan. Makanya, kajian ini akan membangunkan dua jenis skema kriptografi ambang iaitu kriptosistem ambang dan tandatangan digital ambang dengan keselamatan yang lebih tinggi dan terjamin berasaskan masalah sukar hibrid dalam teori nombor. Sebanyak tujuh skema kriptografi ambang berasaskan masalah hibrid telah dibangunkan. Skema-skema ini terdiri daripada dua kriptosistem ambang, dua skema tandatangan digital ambang, satu skema tandatangan berarah ambang, dan dua skema pengkriptanan berpengesahan. Bagi setiap skema yang dibangunkan, ketepatan serta kesahihan al-Khwarizmi diuji melalui pembuktian secara matematik. Kriptanalisis setiap skema kriptografi ambang ditunjukkan dan dibuktikan secara heuristik dan didapati semua skema tersebut kebal terhadap serangan-serangan kriptografi. Skema-skema yang dibangunkan ini mampu menyediakan tahap keselamatan yang lebih tinggi dan tahan lama berbanding sistem ambang tradisional dengan masalah sukar tunggal kerana adalah mustahil untuk musuh menyelesaikan masalah sukar hibrid secara serentak dan jika berlakupun ianya sangat tidak praktikal dan berkebarangkalian rendah. Dengan kata lain, sungguhpun musuh berjaya mendapatkan penyelesaian kepada satu masalah sukar, skema ambang berkenaan masih kekal kebal kerana masalah sukar yang satu lagi masih belum diperoleh penyelesaiannya untuk jangka masa yang panjang. Dalam persembahan kecekapan, kekompleksan pengiraan dan kos komunikasi setiap skema kriptografi ambang seterusnya dianalisa dan diperolehi bahawa kecekapan skema setanding dengan skema yang berada di dalam kelas yang sama dengan hanya memerlukan pengiraan kekompleksan yang minimum dan rendah dalam setiap al-Khwarizmi skema ambang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 173
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85981+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
565.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.