Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499907
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Umar Hamzah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Noorzamzarina Sulaiman (P67329) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:36:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:36:03Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85980 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499907 | - |
dc.description | Kajian jujukan stratigrafi, morfologi sungai dan analisis struktur telah dilakukan dengan kaedah seismos pantulan 2-D dan teknik irisan masa 3-D ke atas data lepas pantai blok Bundi yang terletak di timur laut Lembangan Melayu. Objektif kajian dilakukan adalah utuk menentukan fitur-fitur jujukan enapan batuan sedimen dalam kawasan kajian dan membuat pemetaan pola sesar dan retakan serta morfologi sungai. Teknik kajian termasuklah pengkorelasian data seismos dengan perigi rakaman Bundi-1 dan penentuan stratigrafi jujukan serta fasies pengendapan. Kajian terperinci juga telah dilakukan terhadap penentuan pola sesar dan sisitem sungai dengan teknik atribut seismos seperti koherensi, cekungan minimum dan penguraian spectral dengan bantuan perisian komputer Kingdom versi 8.8. Sempadan jujukan yang terdiri daripada sempadan Kumpulan B (SJ1) hingga Kumpulan K (SJ8) telah dikenalpasti berdasarkan maklumat perigi dan juga analisis pengakhiran pantulan seperti lapik mara hadapan, bawah dan atas serta pangkasan erosi. Peta topografi isokron dan peta ketebalan isopak telah dibina untuk mentafsir morfologi kelapan-lapan sempadan jujukan dan ketebalan jujukan endapan. Secara umumnya, sempadan jujukan tinggi di bahagian timur laut dan miring serta rendah ke arah barat daya yang mungkin berasosiasi dengan canggaan tektonik yang menghasilkan lipatan antiklin, sesar normal dan struktur hos dan graben di bahagian tenggara. Struktur sesar normal dan antiklin adalah merupakan perangkap hidrokarbon yang dibuktikan dari maklumat perigi rakaman serta dapat dilihat di sekitar jujukan endapan SJ3 hingga SJ6. Sekurang-kurangnya terdapat 4 kitaran penurunan dan kenaikan aras laut berdasarkan hasil analisis ke atas sungai-sungai kuno yang wujud dalam endapan termuda di atas sempadan SJ8 yang berusia Pliestosen hingga Resen. Analisis ke atas sungai dengan teknik penguraian spektral dilakukan pada keratan seismos dalam julat masa dua-hala 0.1s hingga 0.5s. Hasil analisis morfologi sungai menunjukkan geometri alur paling tua mempunyai kelebaran yang tinggi (>2 km) dan keliukan yang rendah (<1.5) yang beransur-ansur berubah menjadi lebih berfrekuensi lebih besar dan keliukan lebih tinggi (>1.5) pada alur yang berusia lebih muda (Resen). Morfologi ini berkaitrapat dengan kenaikan paras laut di mana saiz dan geometri sungai menjadi lebih berliku dengan pembentukan beting pasir dalam lekuk meander. Teknik-teknik seismos atribut jenis koherensi dan cekungan minimum telah digunapakai dalam kajian terperinci ke atas kehadiran sesar utama dan pola retakan secara 3-D. Hasil analisis menunjukkan sesar-sesar utama dan kekar bertren ke arah utara-selatan, baratlaut-tenggara dan timurlaut-baratdaya. Satah-satah sesar yang telah dikenalpasti menunjukkan sudut kemiringan sesar berjulat dari 42° hingga 63°. Struktur antiklin yang ditemui pada garis sesimos XL 3145 merupakan struktur perlipatan yang berpotensi sebagai perangkap hidrokarbon berdasarkan kehadiran tanda rata atau 'flat spot' yang ditemui pada keratan seismos.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Jujukan stratigrafi | - |
dc.subject | Morfologi sungai | - |
dc.subject | Analisis struktur | - |
dc.subject | Irisan masa | - |
dc.subject | Seismos | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kajian jujukan stratigrafi, morfologi sungai dan analisis struktur di blok Bundi Lembangan Melayu dengan menggunakan kaedah irisan masa seismos 3-D | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 371 | - |
dc.identifier.barcode | 002669(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85980+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 350.4 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.