Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499903
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Nizam Said, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Qammil Muzzammil Abdullah @ Meekiong Kalu (P60778) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:36:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:36:00Z | - |
dc.date.issued | 2016-11-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:85977 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499903 | - |
dc.description | Vatica merupakan genus ketiga terbesar dalam famili Dipterocarpaceae dan merupakan antara pokok yang umum di dalam hutan hujan tropika. Vatica merupakan genus yang paling sukar untuk dikenalpasti kerana tidak mempunyai satu ciri yang khusus dan mempunyai variasi yang tinggi. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk menambah baik maklumat taksonomi dengan objektif memperincikan maklumat sistematik daripada disiplin morfologi, anatomi, mikromorfologi dan taburan. Kerja lapangan telah dilaksanakan di sepuluh lokasi di Sarawak dan lima lokasi di Sabah dari 2012 sehingga 2014. Maklumat seperti ciri kulit batang, morfologi daun, bunga dan buah telah direkodkan di lapangan. Perbandingan sampel juga telah dibuat di beberapa buah herbarium seperti BO, HUMS, SAN, SAR dan UKMB. Manakala maklumat anatomi dan mikromorfologi seperti keratan rentas tangkai dan tulang daun, stomata dan indumentum diperolehi daripada kerja-kerja dalam makmal di UNIMAS. Lebih daripada 500 spesimen telah dikaji dan sebanyak 43 taksa telah dikenalpasti. Kajian taburan menunjukan spesies Vatica boleh dijumpai dalam semua jenis hutan di Sarawak dan Sabah manakala kehadiran untuk sesuatu spesies Vatica adalah dipengaruhi jenis hutan. Morfologi batang, daun, jambak bunga dan buah menunjukan variasi yang tinggi dan setiap satunya tidak dapat digunakan sebagai ciri khusus dalam pengecaman. Namun gabungan morfologi tersebut didapati sangat berguna dalam pengecaman spesies Vatica. Maklumat daripada gabungan morfologi tersebut mendapati dua taksa, V. umbonata ssp. arcocarpa dan V. umbonata ssp. umbonata menunjukan perbezaan morfologi buah yang jelas dan boleh dipisahkan daripada dua seksi yang sedia ada, iaitu Sunaptea dan Vatica. Kedua-dua taksa tersebut dicadangkan dimasuk dalam seksi Pachynocarpus, yang diperkenalkan semula dalam tesis ini. Dengan menggunakan kaedah gabungan morfologi tersebut, sebanyak lima spesies baru dan dua rekod baru untuk Sarawak dan Sabah telah dikenalpasti. Spesies baru tersebut adalah, V. adenanii Meekiong et al., V. latiffii Meekiong, V. jamilahiana Meekiong et al. sp. nov. ined., V. microphylla Meekiong et al. sp. nov. ined. dan V. bakoensis Meekiong et al. sp. nov. ined. Vatica cuspidata adalah rekod baru untuk Sarawak dan V. pentandra rekod baru untuk Sabah. Kajian anatomi dan mikromorfologi merupakan maklumat baru untuk Sarawak dan Sabah kerana tidak ada kajian seumpamanya dilakukan sebelum ini. Anatomi keratan rentas tangkai dan tulang daun mendapati dua jenis susunan berkas vaskular dalam Vatica, iaitu susunan bentuk “U” dan "O". Sel epidermis jenis poligonal merupakan bentuk umum manakala Parasaitik, Perisaitik dan Polisaitik merupakan tiga jenis utama stomata dalam daun Vatica. Trikom didapati hadir dalam semua spesies Vatica di Sarawak dan Sabah. Pada keseluruhannya, hasil kajian ini memperolehi maklumat penting dalam meningkatkan kefahaman, pengetahuan taburan, displin morfologi dan anatomi genus Vatica di Sarawak dan Sabah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Vatica | - |
dc.subject | Dipterocarpaceae | - |
dc.subject | Mikromorfologi | - |
dc.subject | Hutan hujan tropika | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kajian sistematik Genus Vatica L.(Dipterocarpaceae) di Sarawak dan Sabah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 333 | - |
dc.identifier.barcode | 002666(2017 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85977+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 332.64 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.