Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499893
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ambar Yarmo, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorTengku Sharifah Marliza Tengku Azmi (P60764)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:35:53Z-
dc.date.available2023-10-13T09:35:53Z-
dc.date.issued2016-12-21-
dc.identifier.otherukmvital:85411-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499893-
dc.descriptionDeklarasi Protokol Kyoto telah menyasarkan keperluan mendesak kepada dunia untuk mengurangkan pembebasan gas CO2 yang antroprogen dan yang menyebabkan peningkatan suhu bumi, perubahan iklim serta pemanasan global. Proses pemerangkapan dan penyimpanan karbon (Carbon Capture and Sequestration, CCS) dikenalpasti sebagai salah satu teknologi yang mampu mengurangkan gas CO2 terbebas ke atmosfera sekali gus mengurangkan kesan pemanasan global. Dalam kajian ini, bahan penjerap berasaskan cecair ionik (Ionic Liquid, IL) berpenyokong silika telah dibangunkan untuk proses pemerangkapan gas CO2 melalui kaedah jerapan dan nyahjerapan. Suatu siri sebatian IL terpilih mengandungi kumpulan imidazolium ([emim][HSO4] dan [bmim][CF3SO3]) dan fosfonium ([P14666][dca]) digunakan sebagai bahan penjerap dan disokong ke atas silika menggunakan kaedah sol-gel. Kesemua bahan penjerap yang disediakan telah dilakukan pencirian untuk mengetahui sifat fizikokimianya dengan menggunakan beberapa kaedah pencirian iaitu XRD, FTIR, isoterma jerapan-nyahjerapan N2, TGA, 29Si MAS-NMR, TPD-MS dan SEM. Hasil pencirian mendapati bahan penjerap yang disediakan bersifat amorfus, mempunyai luas permukaan (0.70 – 317.96 m2/g) dan isipadu liang yang tinggi (0.002 – 0.74 cm3/g). IL (1 – 10 % m/m) yang ditambah ke atas silika menjadikan luas permukaan dan isipadu liang berkurangan, stabil terhadap haba dan mempengaruhi morfologi permukaan bahan. Kajian keupayaan bahan untuk menjerap CO2 dilakukan dengan menggunakan alat penganalisa jerapan gas CO2 pada suhu 25 °C, tekanan 0 – 1 bar dan suhu-aturcara-nyahjerapan (TPD-CO2). Urutan keupayaan jerapan/nyahjerapan CO2 ke atas sistem IL/silika adalah seperti berikut: 1 %[bmim][CF3SO3]/SiO2 > 10 %[P14666][dca]/SiO2 > SiO2 > 10 %NiO/10 %[emim][HSO4]/SiO2 : 73.88 > 72.64 > 48.40 > 48.16 mg CO2/g. Ini menunjukkan keupayaan jerapan fizikal CO2 sangat dipengaruhi oleh luas permukaan, saiz liang dan isipadu liang sesuatu sistem bahan penjerap, manakala keupayaan jerapan kimia CO2 dipengaruhi oleh kesan sterik dan kesan keasidan pada molekul IL. Sistem jerapan CO2 berasaskan IL/silika yang terbaik adalah 1 %[bmim][CF3SO3]/SiO2 yang mempunyai jumlah keupayaan jerapan CO2 tertinggi iaitu sebanyak 73.88 mg CO2/g terdiri daripada 90.3 % jerapan fizikal dan 9.7 % adalah jerapan kimia CO2 serta boleh kitar sehingga 4 kali ulangan dengan pengurangan jerapan sebanyak 25 %. Analisis jerapan menggunakan model isoterma Langmuir mencadangkan bahawa gas CO2 lebih terjerap secara monolapisan dan homogen pada permukaan bahan penjerap berbanding secara heterogen mengikut model isoterma Freundlich. Sistem 1 %[bmim][CF3SO3]/SiO2 dipilih berdasarkan jerapan yang optimum secara fizikal dan kimia di mana mempunyai potensi yang tinggi sebagai bahan penjerap/nyahjerap CO2 yang berkesan berbanding dengan sistem penjerap IL yang telah dilaporkan oleh penyelidik lain (4.84 – 67.66 mg CO2/g), mudah disediakan dan boleh dijana semula.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKarbon dioksida-
dc.subjectCecair ionik-
dc.subjectSilika-
dc.subjectJerapan-
dc.subjectNyahjerapan-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian jerapan dan nyahjerapan karbon dioksida berasaska cecair ionik berpenyokong silika-
dc.typeTheses-
dc.format.pages171-
dc.identifier.barcode002611(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85411+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
183.56 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.