Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499873
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Samudi Yasir, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZalina Laili (P70045)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:35:40Z-
dc.date.available2023-10-13T09:35:40Z-
dc.date.issued2017-08-02
dc.identifier.otherukmvital:85344
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499873-
dc.descriptionResin penukaran ion beradioaktif dihasilkan semasa pengoperasian reaktor nuklear penyelidikan. Rawatan terhadap resin penukaran ion terpakai ini perlu dilakukan sebelum proses penyimpanan dan pelupusan. Dalam kajian ini rawatan terhadap resin penukaran ion terpakai (resin terpakai) dijalankan dengan memegunkan simen yang diadun bersama bioarang. Bioarang yang dihasilkan daripada tandan kosong kelapa sawit dipilih sebagai sebagai bahan tambah kepada simen disebabkan oleh sifat penjerapannya terhadap banyak bahan pencemar. Prestasi resin terpakai yang dipegunkan dalam matriks simen-bioarang dinilai berdasarkan kekuatan mampatan dan ketahanan dalam air. Sifat larut resap juga dikaji mengikut kaedah ANSI/ANS 16.1. Berdasarkan kajian, nilai larut resap, larut resap kumulatif dan indeks larut resap ditentukan. Beberapa model analisis ringkas telah digubal untuk digunakan bagi menganggarkan larut resap kumulatif Cs-134 melepasi tempoh kajian larut resap. Di samping itu, pengukuran menggunakan SEM, XRD FTIR dan keliangan juga dilakukan ke atas beberapa permukaan serpihan terpilih. Hasil kajian ini menunjukkan kesemua nilai kekuatan mampatan adalah melebihi nilai minimum kriteria bagi kekuatan mampatan bentuk sisa bersimen (> 3.45 MPa). Hasil ujian rendaman menunjukkan kekuatan mampatan resin terpakai yang disimenkan meningkat sedikit apabila direndam berbanding dengan yang tidak direndam. Hasil ujian larut resap menunjukkan penambahan bioarang mempengaruhi kelakuan larut resap Cs-134 daripada bentuk sisa. Larut resap Cs-134 daripada matriks simen-bioarang didapati berkurang sedikit berbanding matriks simen-resin terpakai. Indeks larut resap Cs-134 didapati melebihi nilai minimum 6 kriteria bagi sisa radioaktif yang dipejalkan, mencadangkan kelakuan larut resap Cs-134 daripada matriks simen-bioarang-resin terpakai yang sangat perlahan. Hasil analisis menggunakan SEM, XRD dan FTIR menunjukkan beberapa perubahan signifikan pada bentuk sisa. Tiada corak yang jelas dapat dilihat di antara ketumpatan pukal, keliangan dan kekuatan mampatan bentuk sisa. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bioarang tandan kosong kelapa sawit mempunyai potensi sebagai bahan tambah kepada simen bagi pemegunan resin terpakai beradioaktif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectResin penukaran ion
dc.subjectSimen-bioarang
dc.subjectTandan kosong kelapa sawit
dc.subjectReaktor nuklear
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan komposit simen-bioarang bagi pemegunan resin penukaran ion terpakai daripada operasi reaktor nuklear penyelidikan
dc.typeTheses
dc.format.pages261
dc.identifier.barcode002591(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85344+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
472.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.