Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499869
Title: | Sifat fizikal, magnet dan magneto-optik filem garnet besi ytrium dan garnet besi ytrium dengan penggantian (Ce, Dy) yang disediakan dengan kaedah sol-gel |
Authors: | Akmal Zaini Arsad (P70178) |
Supervisor: | Noor Baa'yah Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Garnet besi ytrium Magneto-optik filem Sol-gel Sifat magnet Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Nov-2016 |
Description: | Filem garnet besi ytrium (Y3Fe5O12, YIG), garnet besi ytrium dengan penggantian tunggal (CexY3-xFe5O12, DyyY3-yFe5O12) dan garnet besi ytrium dengan dua penggantian (CexDy0.2Y2.8-xFe5O12, DyyCe0.25Y2.75-yFe5O12) telah disediakan dengan kaedah sol-gel. Pemilihan penggantian Ce dan Dy adalah berdasarkan ciriannya yang mempunyai pemalar Verdet tinggi serta dapat meningkatkan kesan magneto-optik. Kesemua filem dimendap di atas substrat kuarza dengan menggunakan teknik salutan berputar. Kesan suhu sepuh lindap (700°C, 800°C dan 900°C) dalam persekitaran oksigen dan masa penuaan larutan (0, 1 dan 2 hari) terhadap sifat fizikal, magnet dan magneto-optik filem YIG telah dikaji. Kesan komposisi gantian (Ce, Dy) terhadap sifat fizikal, magnet dan magneto-optik filem YIG yang disediakan dengan masa penuaan 2 hari pada suhu sepuh lindap 900°C turut dikaji. Analisis struktur menggunakan meter belauan sinar-X menunjukkan filem YIG, CexY3-xFe5O12 dengan x ≤ 0.25, DyyY3-yFe5O12, CexDy0.2Y2.8-xFe5O12 dan DyyCe0.25Y2.75-yFe5O12 berfasa garnet polihablur. Purata saiz butiran bagi kesemua filem berada dalam julat 8.2 hingga 28.0 nm. Kesan penyepuh lindapan dalam gas oksigen menghasilkan filem YIG yang mudah terhablur walaupun pada suhu rendah 700°C. Keadaan pengoksidaan Fe hanya terdiri daripada spesis ion Fe3+ sahaja. Pengukuran sifat magnet dan sifat magneto-optik pada suhu bilik menunjukkan filem YIG yang disepuh lindap dengan suhu dan masa penuaan larutan berbeza menghasilkan nilai pemagnetan tepu (MS) dan purata sudut putaran Faraday (ϴF) lebih tinggi berbanding filem YIG yang disepuh lindap dalam udara. Pengukuran sifat magnet pada suhu 10 hingga 650 K pula tidak menunjukkan sifat superparamagnet tetapi filem YIG masih mengekalkan cirian ferimagnet. Suhu Curie (TC) filem YIG diperoleh dalam julat antara 540 hingga 601 K. Had kelarutan yang dicapai oleh penggantian tunggal Ce terhadap filem YIG adalah 0.25 iaitu lebih tinggi berbanding Ce:YIG pukal yang telah dilaporkan. Kesan penggantian tunggal bagi Ce dengan komposisi x ≤ 0.25 dan Dy terhadap filem YIG menurunkan nilai MS tetapi telah berjaya meningkatkan nilai purata ϴF pada medan magnet rendah iaitu dari 2 hingga 23 Oe. Peningkatan penggantian tunggal Dy terhadap filem YIG turut meningkatkan nilai daya koersif (HC ). Namun begitu, pencampuran kedua-dua penggantian Ce dan Dy telah berjaya meningkatkan nilai purata ϴF berbanding filem YIG dengan penggantian tunggal. Secara keseluruhannya, filem dua penggantian dengan nilai Dy diubah telah terbukti meningkatkan sifat magneto-optik dan daya koersif. Dari segi aplikasi, filem YIG yang disepuh lindap pada suhu 700°C dengan masa penuaan 2 hari mempunyai penghabluran yang baik, saiz butiran kecil, nilai HC rendah dan nilai TC=554 K yang berpotensi digunakan dalam peranti mikrogelombang. Peningkatan nilai purata ϴF pada medan magnet rendah bagi filem CexY3-xFe5O12 (x ≤ 0.25), DyyY3-yFe5O12, CexDy0.2Y2.8-xFe5O12 dan DyyCe0.25Y2.75-yFe5O12 pula sesuai digunakan dalam peranti inframerah magneto-optik. Filem Dy2.5Y0.5Fe5O12 dan Dy2.0Ce0.25Y0.75Fe5O12 berpotensi untuk digunakan dalam aplikasi memori magneto-optik kerana mempunyai nilai HC dalam arah medan magnet serenjang yang tinggi serta saiz butiran kecil.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 224 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85341+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 703.46 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.