Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499845
Title: Pemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba dalam bahantara berliang
Authors: Haliza Rosali (P50036)
Supervisor: Anuar Mohd Ishak, Prof. Dr.
Keywords: Bahantara berliang
Lapisan sempadan
Pemindahan haba
Telatah aliran
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Jul-2016
Description: Bahantara berliang adalah suatu bahan yang mengandungi liang atau ruang di antara bahan pepejal yang dipenuhi dengan bendalir. Secara fizikalnya, bahantara berliang dicirikan oleh keliangan yang berbeza bagi setiap bahan. Terdapat pelbagai kegunaan bahantara berliang dan satu daripada yang paling umum adalah penurasan. Dalam penurasan, keliangan merupakan faktor yang penting dan perlu diberi pertimbangan kerana untuk menyingkirkan zarah secara berkesan, liang bagi bahantara mestilah cukup kecil. Ciri lain bagi bahantara berliang yang penting adalah ketelapan yang menggambarkan keupayaan aliran bendalir untuk bergerak menerusi pepejal berliang. Konsep ketelapan sangat penting dalam menentukan ciri dan telatah aliran. Ketelapan yang tinggi menunjukkan struktur dalam bahantara berliang yang lebih terdedah dan membenarkan bendalir mengalir dengan lebih deras. Bagi kajian ini, model matematik bagi aliran mantap berlamina lapisan sempadan olakan paksa dan campuran terhadap plat menegak, mengufuk dan bawah silinder dalam bahantara berliang dibangunkan. Hukum Darcy dan bukan Darcy digunakan untuk menggambarkan aliran lapisan sempadan mantap dalam bahantara berliang. Kajian ini juga mempertimbang bendalir mikrokutub, helaian meregang/mengecut, kesan sedutan pada permukaan, kesan ketakseimbangan terma dan beberapa faktor lain. Telatah olakan aliran satah dan aliran simetri sepaksi juga turut dipertimbang dan dibincang dalam kajian ini. Ciri-ciri aliran dan pemindahan haba bagi masalah aliran lapisan sempadan dalam bahantara berliang yang dipertimbang, dianalisis dan dibincangkan. Dalam kajian ini, model matematik yang berbeza yang menggambarkan persamaan imbangan dan syarat sempadan yang berbeza digunakan. Persamaan menakluk dalam bentuk persamaan pembezaan separa tak linear diturunkan kepada sistem persamaan pembezaan biasa tak linear menggunakan penjelmaan keserupaan. Sistem yang terhasil dianalisis secara berangka menggunakan kaedah kotak Keller atau kaedah tembakan. Keputusan berangka yang diperoleh termasuklah ciri-ciri aliran bendalir dan pemindahan haba di samping profil halaju, suhu dan halaju sudut bagi suatu julat parameter menakluk seperti parameter olakan campuran, parameter ketelapan, parameter sedutan/semburan, nombor Prandtl dan parameter regangan/kecutan. Keputusan berangka yang diperoleh seperti pekali geseran kulit, nombor Nusselt, profil halaju dan suhu dipamerkan dalam jadual dan graf. Wujud penyelesaian dual dan penyelesaian bitara bagi masalah yang dipertimbangkan. Dapat diperhatikan juga bahawa pekali geseran kulit dan pemindahan haba meningkat apabila parameter ketelapan meningkat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 198
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84635+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
903.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.