Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499841
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Osman Hassan, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Zulfikri (P40994) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:35:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:35:18Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84469 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499841 | - |
dc.description | Kitin deasetilase (CDA, EC.3.5.1.41) merupakan enzim yang menjalankan aktiviti penyahasetilan ke atas kitin dan menukarkannya kepada kitosan. Tujuan kajian ini adalah untuk memencilkan gen-gen mengekod kitin deasetilase daripada Trichoderma virens UKM1, menghasil dan mencirikan enzim kitin deasetilase rekombinan serta menilai keupayaan enzim tersebut menghasilkan kitosan atau oligokitosan daripada kitin. Dua gen mengekod enzim kitin deasetilase berjaya dipencilkan daripada genom T. virens UKM1 dengan menggunakan kaedah tindak balas berantai polimerase. Kedua-dua gen tersebut ialah cda46 yang bersaiz 1622 bp dan mengekod 439 asid amino dan cda47 yang bersaiz 1647 bp dan mengekod 445 asid amino. Analisis perjajaran kedua-dua protein mengesahkan kehadiran kawasan terpulihara CDA yang terdiri daripada domain esterase karbohidrat dan domain deasetilase polisakarida. Seterusnya kedua-dua gen diklon ke dalam vektor pengekspresan Aspergillus niger, ANip5MS dan ditransformasi ke dalam protoplas A. niger PY11. Pengekspresan kedua-dua protein rekombinan oleh A. niger PY11 dilakukan di dalam medium minimum yang mengandungi maltosa 15% (b/i) pada suhu 25°C selama 6 hari. Kedua-dua CDA rekombinan bersaiz 47 kDa untuk Cda47 dan 46 kDa untuk Cda46 berjaya diekpres dan ditulenkan dengan kaedah pemekatan ultra-penurasan, kromatografi penukaran anion dan kromatografi penurasan gel. Kedua-dua Cda47 dan Cda46 masing-masing telah ditulenkan 17.51 dan 14.18 kali ganda dengan aktiviti spesifik terhadap kitin glikol ialah 63.82 U/mg dan 67.72 U/mg. Pencirian biokimia menunjukkan suhu optimum bagi aktiviti Cda47 ialah 40°C dan pH optimum ialah pH 8 manakala suhu dan pH optimum bagi aktiviti Cda46 masing-masing ialah 50°C dan pH 9. Kajian kinetik enzim memberikan nilai Km dan Vmax bagi Cda47 masing-masing ialah 0.08% dan 116.41 U/mL manakala nilai Km dan Vmax bagi Cda46 ialah 0.12% dan 144.93U/mL. Keadaan optimum bagi biopenukaran kitin kepada kitosan oleh Cda47 iaitu pada 44.1°C dan pH 8.7, dan mnakala oleh Cda46 ialah pada 57.2°C dan pH 9.9. Nisbah optimum jumlah enzim Cda47 dan kepekatan substrat yang digunakan ialah 62.45 μg : 1.8% manakala bagi Cda46 ialah 70 μg : 1.3%. Kajian penghasilan oligokitosan daripada kitin koloid menggunakan campuran enzim Cda46 dan selulase komersil, Celluclast® mendapati keadaan optimum penghasilan produk ialah pada pH 6, suhu 53.3°C, kepekatan substrat 24.3% dan nisbah Cda46 dan Celluclast sebanyak 5 U : 4 U. Keadaan ini berupaya untuk menghasilkan oligokitosan hingga pentamer. Kajian penghasilan oligokitosan daripada kitin koloid menggunakan campuran enzim Cda46 dan kitinase rekombinan, Cht2 pula mendapati keadaan optimum penghasilan produk ialah pada pH 6, suhu 35°C, kepekatan substrat 19.9% dan nisbah Cda46 dan Cht2 rekombinan sebanyak 2 U : 2 U. Keadaan ini berupaya untuk menghasilkan oligokitosan hingga trimer. Kedua-dua tindak balas gabungan enzim menunjukkan kadar Penyahasetilan ialah 45–49% bagi fraksi terlarut dan 10–12 % bagi fraksi tak larut. Kajian juga menunjukkan bahawa produk oligokitosan terhasil berkebolehan merencat pertumbuhan beberapa bakteria patogen makanan. Sebagai kesimpulan kitin deasetilase Cda47 dan Cda46 daripada T. virens UKM1 telah berjaya dihasilkan di dalam sistem pengekspresan A. niger PY11 dan kedua-duanya menunjukkan aktiviti Penyahasetilan kitin untuk menghasilkan kitosan dan oligokitosan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kitin deasetilase | - |
dc.subject | Kitosan | - |
dc.subject | Oligokitosan | - |
dc.subject | Trichoderma virens UKM1 | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Biopenukaran kitin kepada kitosan dan oligokitosan menggunakan kitin deasetilase CDA46 dan CDA47 trichoderma virens UKM1 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 328 | - |
dc.identifier.barcode | 002510(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84469+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 132.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.