Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499837
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aminah Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Siah Watt Moey (P60763) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:35:15Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:35:15Z | - |
dc.date.issued | 2016-12-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84385 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499837 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi rumpai laut (Kappaphycus alvarezii) dalam pembangunan filem boleh dimakan untuk digunakan sebagai bahan pembungkus makanan. Eksperimen dimulakan dengan langkah perintis pembangunan pes rumpai laut sebagai bahan sedia diguna untuk pembangunan filem. Kekuatan gel, warna, kadar pengembangan, kandungan lembapan dan kandungan protein pes rumpai laut adalah bergantung kepada nisbah rumpai laut kering dengan air rendaman dan tempoh rendaman. Kaedah Respons Permukaan (RSM) mencadangkan keadaan optimum untuk pengeluaran pes rumpai laut adalah merendam 1 bahagian rumpai laut kering dalam 15 bahagian air suling untuk tempoh selama 117 minit. Filem boleh dimakan berjaya dibangunkan terus daripada pes rumpai laut melalui kaedah dalam paten yang telah difailkan (Biodegradable Film From Seaweed And Process For Producing The Same, PI2013003883). Kaedah yang dibangunkan adalah mudah, murah dan menjimatkan masa berbanding dengan kaedah menggunakan ekstrak rumpai laut seperti karagenan dan alginat. Ujian fizikal dan mekanikal dilakukan untuk mengukur ketebalan, warna, kelegapan, keterlarutan, kekuatan tegangan, pemanjangan pada takat putus, kadar ketelapan wap air, kadar ketelapan oksigen dan morfologi permukaan. Filem yang dibangunkan adalah telus, fleksibel, boleh dipateri, larut dalam air dan mempunyai kekuatan mekanikal untuk menahan tekanan semasa pengendalian. Filem rumpai laut juga mengandungi nutrient yang memberi manfaat kepada pengguna jika dimakan bersama makanan yang dibungkusnya. Minyak pati kayu manis (Cinnamomum zeylanicum) yang bersifat antimikrob digunakan untuk pembangunan filem aktif. Kajian menunjukkan filem aktif dengan 3% minyak pati mempunyai aktiviti antimikrob yang paling tinggi dan pada masa yang sama rasa dan bau filem yang dihasilkan dapat diterima oleh panel penilai. Filem menunjukkan kesan perencatan yang paling tinggi apabila minyak pati dicampurkan ke dalam larutan pembentuk filem ketika suhu 70oC. Filem yang dibangunkan boleh disimpan sekurang-kurangnya 12 bulan dalam suhu 28 ± 2oC. Didapati bahawa filem yang disimpan pada suhu 28 ± 2oC mengalami kemerosotan kualiti fizikal dan mekanikal yang lebih cepat berbanding dengan suhu 4 ± 2 oC dan -18 ± 2 oC . Aktiviti antimikrob filem aktif semakin lemah apabila tempoh penyimpanan semakin meningkat tetapi suhu penyimpanan tidak mempengaruhi aktiviti antimikrob filem. Filem yang dibangunakan diguna untuk membungkus serbuk kopi segera dan kek lapis untuk menentukan keberkesanannya dalam memelihara kualiti makanan dan melanjutkan tempoh simpannya. Kajian mendapati uncang kopi dari filem boleh dimakan yang dibungkus dengan pembungkus sekunder jenis beg aluminum dan kanister kertas mampu mengekalkan kualiti yang sama baik berbanding dengan pembungkus asal yang terdiri dari beg aluminum berlaminat. Kek lapis yang dibungkus dengan filem aktif 3 % minyak pati kayu manis dapat disimpan pada suhu ambien selama 12 hari berbanding dengan 3 hari sahaja untuk kek dengan filem pelekap LDPE dan filem boleh dimakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rumpai laut | - |
dc.subject | Pembangunan filem | - |
dc.subject | Bahan pembungkus | - |
dc.subject | Minyak pati kayu manis | - |
dc.subject | Antimikrob | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan filem boleh dimakan daripada rumpai laut untuk industri pembungkusan makanan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 289 | - |
dc.identifier.barcode | 002514(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84385+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 201.26 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.