Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499834
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorOsman Hassan, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorTang Pei Ling (P69744)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:35:13Z-
dc.date.available2023-10-13T09:35:13Z-
dc.date.issued2016-02-05-
dc.identifier.otherukmvital:84384-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499834-
dc.descriptionPenyelidikan ini dilakukan untuk membentuk satu proses yang optimum dalam penghasilan vanillin daripada ekstrak lignosellulosaik biojisim lignosellulosa. Ekstrak lignosellulosaik dihasilkan melalui proses perlakuan alkali terhadap bahan lignosellulosa. Pada mulanya, penilaian terhadap potensi beberapa jenis biojisim lignosellulosa, iaitu kulit nenas (KN), daun mahkota nenas (DMN), sabut kelapa (SK), gentian teras kenaf (GTK), gentian kulit kenaf (GKK) dan serat tandan kosong kelapa sawit (STKKS), sebagai substrat dalam penghasilan vanillin dan/atau prekursornya telah dilakukan. Hasil yang diperolehi mencadangkan bahawa KN dan DMN adalah sumber asid ferulik yang terbaik, manakala STKKS merupakan sumber asid ferulik dan lignin yang sesuai. Fermentasi oleh Aspergillus niger I-147 ke atas ekstrak lignosellulosaik KN dan DMN yang diperkayakan dengan asid ferulik, telah berjaya menghasilkan asid vanillik dan vanillin pada kuantiti surih. Walau bagaimanapun, likuor hitam STKKS gagal difermentasikan. Namun, penghasilan vanillin daripada lignin telah dilaporkan. Oleh itu, untuk mejayakan fermentasi bagi penghasilan vanillin, likour hitam STKKS telah diperkaya dengan lignin. Untuk memaksimumkan perolehan semula sebatian-sebatian fenolik (terutamanya asid ferulik) dan lignin daripada STKKS, beberapa kaedah rawatan alkali telah dikaji dan dioptimumkan. Ia termasuk rawatan natrium hidroksida (NaOH), rawatan rendaman akueus ammonia suhu rendah-masa panjang (TRtP-NH3-rendaman), rawatan pengulangan suhu rendah-masa panjang (TRtP-NH3-pengulangan), dan rawatan rendaman suhu tinggi-masa pendek (TTtp-NH3-rendaman). Berdasarkan data yang diperolehi, rawatan NaOH telah menghasilkan likuor hitam dengan kandungan fenolik dan lignin yang tertinggi. Lignin telah diekstrak daripada likuor hitam dan dikeringkan untuk kegunaan dalam kajian yang seterusnya. Penghasilan vanillin daripada lignin dan likuor hitam dilaksanakan melalui pendekatan kimia (pengoksidaan nitrobenzena, pengoksidaan oksigen), enzimatik (hidrolisis kutinase, pengoksidaan mangan peroksidase) dan fermentasi (Pycnoporus cinnabarinus MUCL 39533). Hasil kajian menunjukkan hasil vanillin yang tinggi boleh tercapai dengan penggunaan lignin sebagai substrat. Pengoksidaan nitrobenzena telah menjana hasil vanillin yang tertinggi, diikuti dengan pengoksidaan oksigen. Hasil vanillin daripada kaedah enzimatik adalah rendah berbanding dengan kaedah fermentasi. Kajian ini telah melaporkan aplikasi pertama enzim kutinase dalam degradasi lignin kerana ia belum pernah dilaporkan oleh penyelidik lain. Walaupun kaedah kimia telah dibuktikan sebagai kaedah yang cekap dalam penghasilan vanillin, namun penghasilan vanillin melalui biotransformasi adalah tujuan kajian ini. Oleh itu, penghasilan vanillin melalui kaedah fermentasi P. cinnabarinus telah menjadi pilihan, dan dioptimumkan pada peringkat akhir kajian. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hasil vanillin yang tinggi tercapai melalui fermentasi P. cinnabarinus yang dijalankan dengan kehadiran selobiosa dan resin penjerap Amberlite XAD 4. Pada akhir penyelidikan ini, perolehan sebanyak 0.65±0.08 mg vanillin per gram lignin telah berjaya dicapai melalui fermentasi P. cinnabarinus. Secara keseluruhannya, sebanyak 142.4 mg vanillin telah berjaya dihasilkan daripada setiap kilogram STKKS melalui proses yang dibina dalam penyelidikan ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVanillin-
dc.subjectLignosellulosaik-
dc.subjectSerat tandan kelapa sawit-
dc.subjectLignosellulosa-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan vanillin melalui biotransformasi ekstrak lignosellulosik biojisim lignosellulosa-
dc.typeTheses-
dc.format.pages295-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84384+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
237.36 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.