Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499831
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorYeo Siew Luan (P58658)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:35:12Z-
dc.date.available2023-10-13T09:35:12Z-
dc.date.issued2016-01-08-
dc.identifier.otherukmvital:84382-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499831-
dc.descriptionβ-glukosidase merupakan enzim yang memangkin pemotongan ikatan glikosidik pada hujung bukan-penurun molekul β-D-glukosida atau oligosakarida dan menghasilkan glukosa. Beberapa kulat pencurai selulosa didapati berupaya menghasilkan β-glukosidase yang berpotensi untuk diaplikasi dalam pelbagai industri. Namun begitu, dalam kebanyakan tindak balas industri, β-glukosidase yang stabil pada suhu tinggi dan rintang terhadap produk akhir hidrolisis, glukosa, adalah diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk menciri gen mengekod β-glukosidase daripada Aspergillus niger, menghasil dan menciri sifat biokimia dua β-glukosidase rekombinan A. niger dan membangunkan enzim terubah suai bagi meningkatkan kestabilan suhu dan kerintangan terhadap perencatan oleh glukosa. Sebanyak 17 β-glukosidase telah dikenal pasti hadir dalam genom A. niger ATCC 10574 dan dua jujukan, Bgl10 dan Bgl14, telah dipilih untuk dihasil secara rekombinan menggunakan sistem pengekspresan yis Pichia pastoris. Protein rekombinan Bgl10 dan Bgl14 dengan berat molekul sekitar 120 kDa telah berjaya dihasil dan ditulenkan. Penentuan aktiviti enzim telah dijalankan dengan menggunakan p-nitrophenyl-β-D-glucopyranoside (pNPG) atau selobiosa sebagai substrat. Aktiviti spesifik Bgl10 dan Bgl14 terhadap pNPG masing-masing adalah 521.4 U/mg dan 74.81 U/mg manakala aktiviti terhadap selobiosa adalah 36.68 U/mg dan 27.21 U/mg. Suhu optimum bagi Bgl10 dan Bgl14 adalah 50°C dan kedua-dua protein stabil pada julat suhu 20-40°C. pH optimum bagi kedua-dua protein ialah 5.0. Namun begitu, Bgl10 mempamerkan julat kestabilan pH 2.0-5.0 berbanding Bgl14 pada julat pH 2.0-4.0. Bgl10 memberikan nilai Km 0.727 mM terhadap pNPG dan 64.94 mM terhadap selobiosa manakala Bgl14 memberikan nilai Km 9.07 mM terhadap pNPG dan 66.30 mM terhadap selobiosa. Kecekapan katalitik (kcat/Km) bagi Bgl10 iaitu 83.36 s-1mM-1 adalah lebih tinggi daripada Bgl14 iaitu 78.10 s-1mM-1. Kedua-dua enzim didapati direncat secara kompetitif oleh glukosa dengan nilai Ki masing-masing adalah 13.10 mM dan 9.76 mM. Seterusnya Bgl10 telah dipilih untuk dimutasi bagi meningkatkan kestabilannya terhadap suhu dan kerintangan terhadap glukosa. Untuk peningkatan kestabilan suhu, varian N447C/A452C telah dijana dengan menambah ikatan disulfida kepada Bgl10. Pencirian biokimia menunjukkan suhu optimum N447C/A452C telah meningkat daripada 50°C ke 55°C, namun profil kestabilan suhu adalah sama dengan Bgl10. Varian ini juga menunjukkan aktiviti spesifik yang lebih tinggi, 578.58 U/mg, terhadap pNPG tetapi menunjukkan pengurangan aktiviti terhadap selobiosa berbanding Bgl10. Bagi meningkatkan toleransi terhadap glukosa, dua varian iaitu S463F dan S463L telah dijana di mana asid amino serina yang diramal berinteraksi dengan molekul glukosa pada lokasi 463 telah ditukar kepada fenilalanina atau leusina. Walaupun nilai Ki varian S463F telah meningkat berbanding jenis liar, namun aktivitinya terhadap selobiosa menurun dan tidak dapat ditentukan. Mutan S463L menunjukkan nilai Ki terhadap glukosa yang lebih tinggi iaitu pada 270.83 mM. Namun begitu, aktiviti terhadap pNPG dan selobiosa iaitu 265.95 U/mg dan 7.21 U/mg adalah lebih rendah berbanding Bgl10. Kesimpulannya, enzim β-glukosidase rekombinan Bgl10, Bgl14 serta tiga enzim terubahsuai Bgl10 telah berjaya dihasil dan dicirikan. Varian S463F dan S463L yang dijana menunjukkan peningkatan toleransi terhadap glukosa tetapi aktiviti spesifik kedua-dua varian telah menurun berbanding dengan jenis liar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectβ-glukosidase-
dc.subjectAspergillus niger-
dc.subjectGlukosa-
dc.subjectKulat pencurai-
dc.subjectEnzim-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePencirian β-glukosidase rekombinan daripada aspergillus niger serta pembangunan varian β-glukosidase stabil suhu dan rintang daripada perencatan glukosa-
dc.typeTheses-
dc.format.pages222-
dc.identifier.barcode002511(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84382+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
410.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.