Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499824
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Mahir Razali, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Malina Zulkifli (P42577) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:35:07Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:35:07Z | - |
dc.date.issued | 2016-02-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84377 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499824 | - |
dc.description | Jenayah diklasifikasikan oleh Polis DiRaja Malaysia kepada dua kategori iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Di Malaysia, jenayah kecurian kenderaan dikategorikan sebagai jenayah harta benda dan membentuk empat puluh sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah. Kajian ini memberi tumpuan kepada trend jenayah kecurian kenderaan mengikut daerah di Semenanjung Malaysia dengan membentuk satu indeks baharu yang dikenali sebagai indeks kecurian kereta dan kemudiannya menggunakan teknik pemetaan jenayah melalui Poisson kriging untuk memberikan gambaran kadar keberlakuan suatu kejadian secara geografi untuk memaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan mengenai trend jenayah terkini dan menyediakan bukti perihal kriminologi. Indeks kecurian kereta yang dibentuk menggunakan pendekatan multi-kriteria dan pemetaan jenayah dapat memberikan maklumat lokasi jenayah yang paling tinggi berdasarkan maklumat gabungan di antara data insurans dan data demografi. Model regresi Poisson diaplikasi untuk menguji dan memilih kovariat yang memberikan kesan signifikan terhadap jenayah kecurian kereta. Data bilangan tuntutan yang digunakan dalam kajian melibatkan masalah lebih-serakan. Oleh itu beberapa model regresi alternatif seperti model regresi Binomial Negatif dan model regresi Poisson Teritlak digunapakai untuk menyuai data bagi mengatasi masalah lebih-serakan. Selain itu, dalam beberapa keadaan, data bilangan sering mempunyai jumlah cerapan sifar yang berlebihan daripada yang dijangka dalam taburan Poisson. Maka dua model regresi lebihan-sifar iaitu model regresi Lebihan-Sifar Poisson dan model regresi Lebihan-Sifar Binomial Negatif disuaikan untuk menangani masalah data lebihan-sifar ini. Hasil kajian daripada pembinaan indeks jenayah melalui pendekatan multi-kriteria menunjukkan kawasan tengah Malaysia merupakan kawasan yang paling berisiko bagi pemilik kereta. Dapatan melalui pemetaan jenayah menyatakan kawasan yang berkepadatan tinggi mempunyai kadar jenayah kecurian kereta yang tinggi. Hasil model regresi yang disuaikan menunjukkan model regresi Binomial Negatif merupakan model terbaik dalam menangani masalah lebih-serakan, manakala model regresi Lebihan-Sifar Binomial Negatif merupakan model terbaik dalam menangani masalah lebih-serakan dan lebihan-sifar. Kedua model regresi Binomial Negatif dan Lebihan-Sifar Binomial Negatif menunjukkan faktor yang mempengaruhi kadar jenayah kecurian kereta adalah sama iaitu kereta berumur lapan tahun ke atas, berkapasiti enjin 1800 ke atas, buatan tempatan dan kereta yang terletak di lokasi tengah Semenanjung Malaysia. Kajian ini menyumbang kepada literatur kriminologi dan statistik melalui tiga elemen. Pertama, analisis yang menggabungkan maklumat data insurans dan data demografi dapat menyediakan maklumat penting kepada agensi penguatkuasaan undang-undang, pengeluar kereta dan pemilik kereta di Malaysia supaya langkah yang mungkin dan praktikal bagi mencegah atau sekurang-kurangnya mengurangkan kejadian kecurian kereta dapat dilakukan. Kedua, data tuntutan insurans yang mengandungi maklumat penting dan terperinci sebagai pra-syarat untuk menuntut faedah insurans boleh diguna sebagai alternatif untuk menyediakan maklumat berharga tentang analisis kecurian kenderaan. Akhir sekali, kajian ini mengaplikasi model regresi Binomial Negatif dan Poisson Teritlak untuk menangani masalah lebih- serakan, dan menggunakan model regresi lebihan-sifar untuk menganalisis data bilangan yang terlebih-serakan dan lebihan-sifar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kecurian kenderaan | |
dc.subject | Pemetaan jenayah | |
dc.subject | Binomial Negatif | |
dc.subject | Poisson Teritlak | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Jenayah kecurian kereta di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 199 | |
dc.identifier.barcode | 002505(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84377+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 855.28 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.