Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499823
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Hafizuddin Hj. Jumali, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Izura Izzuddin (P63029) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:35:06Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:35:06Z | - |
dc.date.issued | 2016-10-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84376 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499823 | - |
dc.description | Dua siri seramikpiezo kompleks bebas plumbum berasaskan Kalium Natrium Niobat (KNN) perovskit telah disintesis. Kajian ini menekankan kepada kajian evolusi struktur dan natijahnya ke atas sifat elektrik seramik KNN hasil daripada penambahan Li, Sb dan V. Kesesuaian seramik yang telah disediakan untuk aplikasi transduser akustik turut dikaji. Sampel telah disediakan melalui tindak balas keadaan pepejal dan dikutubkan dengan voltan AT 4.0 kV/cm untuk pengukuran sifat piezoelektrik. Siri I terdiri daripada 3 sampel iaitu KNN (sampel induk), KNLN dan KNLNS manakala siri II terdiri daripada KNLNS (sampel induk) beserta sampel KNLNS dengan 5 penambahan % mol V yang berbeza daripada 0.02-0.10. Bagi siri I, pembentukkan KNN berfasa tunggal dengan struktur monoklinik diperolehi manakala penambahan Li dan Sb menghasilkan sel unit tetragonal. Penambahan V menukar struktur KNLNS daripada tetragonal kepada ortorombik dan monoklinik secara berperingkat dengan tambahan fasa hablur sekunder yang dikenalpasti sebagai VxOy. Walau bagaimanapun, penambahan unsur-unsur ini tidak mengubah struktur asas oktahedron NbO6 sebagaimana yang diperhatikan dalam spektrum Raman. Kesemua sampel stabil dalam morfologi kubik/kuboid kecuali KNLNS yang mempamerkan bentuk butiran yang tidak sekata. Penambahan Li dan Sb menggalakkan penumpatan sampel manakala penambahan V menunjukkan hasil yang sebaliknya. Gelung histeresis berbentuk sigmoid mengesahkan sifat feroelektrik bagi kesemua sampel. Walaupun tiada kesan signifikan terhadap medan paksaan, Ec penambahan Li dan Sb menyumbang kepada pengutuban baki, Pr yang lebih tinggi. Gelung histeresis yang lebih membujur diperhatikan bagi sampel dengan penambahan V akibat daripada dominasi sifat dielektrik. Sampel yang ditambah V juga menunjukkan peningkatan medan paksaan dan penurunan pengutuban baki yang tidak sistematik. Pemalar piezoelektrik, d33 tertinggi iaitu 185 pC/N ditunjukkan oleh KNN dengan penambahan Li tetapi penambahan V merosotkan nilai d33. Secara am, sampel siri I dan II mempamerkan pemalar gandingan dalam mod ketebalan dengan julat antara 0.36 dan 0.59. Paparan isyarat denyutan menunjukkan kesensitifan sampel mentransmisi dan menerima gelombang akustik dengan voltan masukkan, Vin lebih tinggi bagi siri I berbanding siri II. Kedua-dua hasil menunjukkan sampel berpotensi dijadikan transduser akustik. Penambahan unsur-unsur tertentu ke atas sampel berasaskan KNN telah mengubah struktur bahan dan lantaran itu mempengaruhi sifat elektriknya. Penambahan unsur yang stabil seperti Li dan Sb memberikan impak positif terhadap sifat piezoelektrik bahan berbeza dengan unsur reaktif seperti V.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Seramikpiezo | |
dc.subject | Kalium natrium niobat | |
dc.subject | Transduser akustik | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Seramikpiezo kompleks berasaskan kalium natrium niobat untuk aplikasi transduser akustik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 128 | |
dc.identifier.barcode | 002504(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84376+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 572.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.