Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499799
Title: Respon perlakuan lepas tuai terhadap biosintesis etilena, enzim pelembutan dan pengekspresan gen betik var. sekaki
Authors: Razali Mustaffa (P32148)
Supervisor: Roohaida Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gen Betik
Enzim pelembutan
Issue Date: 9-Jan-2015
Description: Teknologi lepas tuai telah dibangunkan untuk melewatkan pemasakan buah betik (Carica papaya var. Sekaki) bagi pengeksportan ke destinasi yang jauh. Antara kaedah yang telah digunakan untuk memanjangkan hayat simpanan buah adalah menggunakan kombinasi perlakuan kejut haba dan penggunaan 1-metilsiklopropena (1-MCP) serta pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP) disimpan pada suhu rendah. Walau bagaimanapun, mekanisme yang mengatur pemasakan buah betik Sekaki masih belum jelas lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menentukan aktiviti enzim pelembutan dan biosintesis etilena serta memahami kesan perlakuan kejut haba dan/atau 1-MCP ke atas kualiti buah betik Sekaki dan enzim pemasakan serta biosíntesis etilena semasa disimpan pada suhu 10°C dan ambien. Hasil kajian menunjukkan bahawa buah betik Sekaki merupakan buah tropika bersifat klimakterik kerana didapati menunjukkan peningkatan biosintesis etilena seperti peningkatan tahap asid 1-aminosiklopropana-1-karboksilik (ACC), aktiviti enzim ACC sintase dan ACC oksidase sejajar dengan peningkatan penghasilan etilena semasa pemasakan. Aktiviti enzim pelembutan iaitu α- dan β-galaktosidase, pektin metilesterase (PME) serta glikosidase juga didapati turut meningkat sepanjang proses pemasakan. Ini menunjukkan bahawa pelembutan tisu terutamanya di peringkat awal pemasakan berkait rapat dengan perubahan aktiviti enzim α- dan β-galactosidase, dan PME serta penting dalam modifikasi dinding sel yang signifikan pada semua peringkat pemasakan. Gabungan perlakuan kejut haba dan penggunaan 1-MCP (270 bsj selama 12 jam) serta MAP dapat mengurangkan kecederaan sejuk (KS), melambatkan etilena sampai ke puncak dari 3 ke 6 hari dan merencatkan perubahan warna selama 7 hari. Manakala ketegaran buah dan aktiviti enzim degradasi dinding sel pula direncatkan, kadar penghasilan etilena dan aktiviti ACO dan ACS pula perlahan dan rendah tetapi paras ACC dikekalkan. Pengeluaran etilena meningkat dengan ketara (p<0.05) ke tahap maksimum pada buah pada peringkat 50% kuning (YR) bagi perlakuan 1-MCP dan kawalan tetapi menurun secara mendadak selepas itu. Pengekspresan transkrip pBGII, pBG(b) dan pBG(a) dapat dicerap pada peringkat hijau matang (HM; 0% YR) sehingga mencapai kemuncak pada peringkat 50% YR bagi perlakuan 1-MCP dan kawalan apabila ketegaran buah menurun secara mendadak. Kombinasi perlakuan haba dan 1-MCP (HTMCP) berkesan merencat biosintesis etilena, aktiviti enzim degradasi dinding sel dan mengekalkan ketegaran buah. Justeru itu, kajian menunjukkan kombinasi perlakuan 1-MCP, kejut haba dan pembungkusan MAP berpotensi memanjangkan tempoh simpanan, mengekalkan ketegaran dan kualiti, mengaleviasi masalah kecederaan sejuk (KS), merencat aktiviti biosintesis etilena dan enzim pelembutan semasa penyimpanan buah betik Sekaki pada suhu rendah dan ambien.,Ph.D
Pages: 240
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83423+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.