Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499798
Title: | Pengesahan model peredaran am cmip5 dan unjuran suhu permukaan laut serta kesan perubahannya ke atas terumbu karang di laut China Selatan |
Authors: | Siew Jing Huey (P63126) |
Supervisor: | Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr. |
Keywords: | Model peredaran am AOGCMs |
Issue Date: | 28-Feb-2015 |
Description: | Kajian ini menilai prestasi sepuluh model peredaran am gandingan atmosfera-lautan (AOGCMs) dari fasa kelima projek antara-bandingan model peredaran am (CMIP5) dalam mensimulasi iklim monsun di rantau Asia Tenggara pada masa lampau (1979-2005 bagi simulasi atmosfera dan 1961-2000 bagi simulasi lautan). Hasil kajian menunjukkan lapan daripada sepuluh AOGCMs menghasilkan kitaran tahunan kerpasan cerapan yang agak baik dengan amplitud yang berlainan. Namun, walaupun semua model mensimulasikan ciri-ciri umum corak reruang kerpasan monsun musim sejuk dan panas boreal, julat ralat magnitud adalah besar merentasi AOGCMs. Selain itu, semua model mensimulasikan hubungan di antara kerpasan rantauan dan peredaran bersama dengan El Niño - Ayunan Selatan. Namun, kekuatan hubungkait yang disimulasi adalah lebih lemah, mengakibatkan variasi kerpasan monsun musim sejuk boreal antara-tahunan yang lebih lemah pada umumnya. Di samping itu, semua model dapat mensimulasikan corak kitaran tahunan dan ciri-ciri am corak reruang suhu permukaan laut (SPL) pada monsun musim sejuk dan panas boreal di Laut China Selatan (LCS). Model juga mensimulasikan variasi peredaran arus permukaan bermusim dengan baik. Sungguhpun begitu, saliniti di kawasan selatan diberi anggaran berkurangan. Bagi mendapatkan SPL dalam skala rantau yang lebih terperinci di LCS, satu daripada sepuluh AOGCMs (NorESM1-M) dipilih untuk menurun skala secara dinamik kepada resolusi 1/9° dengan menggunakan Model Lautan Princeton (POM). NorESM1-M adalah model yang dibangunkan oleh Pusat Iklim Norway dan dianggap sebagai model terbaik di kalangan sepuluh model yang dievaluasi. Secara keseluruhan, POM dapat mensimulasikan aspek-aspek penting SPL pada monsun musim sejuk boreal masa lampau, tetapi dengan ralat sejuk terutamanya di bahagian utara LCS. Ralat sejuk ini sebahagiannya mungkin diwarisi daripada NorESM1-M. POM membetulkan tren saliniti NorESM1-M pada masa lampau daripada fasa negatif kepada positif, di mana selaras dengan cerapan. Malahan, POM digunakan untuk mengunjurkan perubahan SPL di LCS pada masa depan. SPL menunjukkan tren pemanasan di bawah RCP2.6 (0.04°C/dekad) dan RCP8.5 (0.41°C/dekad), manakala saliniti dijangka akan menurun pada akhir abad ke-21. Kajian ini dilanjutkan dengan menyiasat kesan kemungkinan peningkatan SPL terhadap terumbu karang. SPL anomali dan darjah pemanasan bulanan di bawah senario pembebasan gas-gas rumah hijau RCP yang berlainan dikira untuk menilaikan aras tekanan terma di lapan terumbu karang yang terpilih. Hasil analisis menunjukkan Teluk Thailand, laut pesisir bahagian timur dan barat Borneo diunjurkan akan mengalami peristiwa kelunturan terumbu karang yang lebih kerap pada masa akan datang.,Ph.D |
Pages: | 203 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83422+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.