Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499795
Title: | Kajian fitokimia ke atas styrax benzoin dan ellipeia cuneifolia |
Authors: | Hasliza Yusof (P53940) |
Supervisor: | Laily Din, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Styrax Benzoin Ellipeia Cuneifola |
Issue Date: | 18-Jun-2015 |
Description: | Kajian kimia dan aktiviti biologi dilakukan terhadap Stryrax benzoin (daun, kulit batang, ranting dan buah) bagi Styracaceae dan Ellipeia cuneifolia (daun, batang,ranting dan akar) bagi Annonaceae yang masing-masing dikutip dari Teras Jernang, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan. Kesemua bahagian S. benzoin dan E. cuneifolia tersebut diekstrak pada suhu bilik dengan masing-masing etil asetat berserta juga metanol dan kloroform. Kesemua ekstrak yang diperoleh ditulenkan dengan kromatografi cecair vakum, turus (menggunakan gel silika dan Sephadex LH-20) dan lapisan nipis preparatif. Sembilan sebatian berjaya ditulen dan kemudian dikenal pasti daripada ekstrak etil asetat S. benzoin iaitu 5-(3'-butanoiloksipropil)-7-metoksi-2-(3',4'-etilenadioksifenil) benzofuran, egonol 2-metilbutanoat, egonol, egonol asetat,5-(3'-hidroksipropil)-7-metoksi-2-(3',4'-dimetoksifenil)benzofuran, 5-(3'-asetoksipropil)-7-metoksi-2-(3',4'-dimetoksifenil)benzofuran (baharu), 5-(3'-asetoksipropil)-7-metoksi-2-(4'-hidroksi-3-metoksifenil)benzofuran (baharu), 5-(3'-asetoksipropil)-7-metoksi-2-(3',4'-metilenadioksi'-metoksifenil)benzofuran (baharu) dan 5-(3'-hidroksipropil)-7-metoksi-2-(3'-metoksi-4'-hidroksifenil)benzofuran (baharu). Lima sebatian egonol gentiobiosida, sukrosa, egonol gentiotriosida, egonol glukosida dan masutakesida dipencilkan daripada ekstrak metanol S. benzoin. Penyiasatan kimia terhadap ekstrak kloroform E. cuneifolia menghasilkan lapan flavonoid calkon dan flavanon berserta juga protoalkaloid dan oksoaporfin alkaloid iaitu 2',4'-dihidro-6'-metoksidihidrocalkon, 2',4'-dihidro-4,6'-dimetoksicalkon, 2',4'- dihidro-4,6'-dimetoksidihidrocalkon, 2',4',6'-trihidro-4-metoksidihidrocalkon, 3'-(2'- hidroksibenzil)-2',4'-dihidroksi-4,6'-dimetoksi-calkon (baharu), 3'-(2'- hidroksibenzil)-2',4',6'-trihidroksi-6-metoksidihidrocalkon (baharu), 2',4',6'- trihidroksi-4-metoksicalkon, tsugafolin, tepanon berserta juga tepanamida A (baharu) dan o-metilmoskatolina. Struktur kesemua sebatian tersebut ditentukan berdasarkan analisis data spektroskopi RMN (1H, 13C, COSY, NOESY, HSQC dan HMBC), jisim,IM dan UL berserta juga menerusi perbandingan dengan data kepustakaan. Ekstrak etil asetat daun S. benzoin memperlihatkan perencatan terhadap Bacillus subtilis, Staphylococcus epidermidis dan Enterobacter aerogenes dengan diameter perencatan antara 12.0±0.5 dan 13.5±0.0 mm. o-Metilmoskatolina menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap Gram-positif S. aureus (diameter 26.5±0.0 mm) dan B. subtilis (35.0±0.0 mm) yang setanding dengan antibiotik komersil. Kesemua ekstrak dan sebatian tulen tidak menunjukkan sebarang aktiviti antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Salmonella typhimurium. Ujian aktiviti antiplasmodium telah dilakukan ke atas sebatian tulen S. benzoin. Asai pLDH menunjukkan bahawa SBE6 (IC5012.58 M) and SBM1 (IC506.58 M) memperlihatkan perencatan terhadapPlasmodium falciparum 3D7 manakala bagi asai MTT didapati SBE6 (IC502053g/mL) dan SBE7 (IC501862 g/mL) diklasfikasikan tidak aktif.,Ph.D |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83420+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.