Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499768
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shukor Md. Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Farah Shafawati Mohd Taib (P57027) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:31Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:31Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82266 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499768 | - |
dc.description | Kajian tentang fragmentasi hutan telah dilakukan untuk mengetahui kesannya tehadap kepelbagaian spesies, prevalensi parasit darah dan fisiologi burung. Sejumlah 6 jenis hutan fragmen berlainan saiz telah dipilih dalam Negeri Selangor dan dua jenis hutan bersambung telah dipilih sebagai kawalan. Hutan fragmen diwakili oleh; Hutan Simpan Bukit Nanas, BN (10.52ha), Bkt. Sg. Puteh, SP (34.8ha), Sg. Besi, SB (42.11ha), Bangi (100ha), Kota Damansara, KD (321.7ha), dan Ayer Hitam, AH (1217.9ha), manakala hutan bersambung pula adalah Pangsun dan Sg. Tua (ST) yang merupakan sebahagian dariapada hutan bersambung di Banjaran Titiwangsa. Persampelan dijalankan antara Disember 2010 dan Julai 2011. Burung ditangkap menggunakan 15 jaring kabut yang dipasang dengan sela jarak 100meter sepanjang garisan transek selama 5 hari berterusan. Bagi setiap kawasan kajian, persampelan dilakukan di dua garisan. Sebanyak 343 individu burung dari 27 famili dan 84 spesies telah ditangkap di semua kawasan kajian. Daripada jumlah ini, 170 individu dari 18 famili dan 44 spesies telah direkod di hutan fragmen. Dari segikepelbagaian spesies, hutan bersambung adalah lebih tinggi berbanding fragmen, manakala bagi hutan-hutan fragmen menunjukkan peningkatan dari fragmen bersaiz kecil ke besar. Indeks kepelbagaian Shanon menunjukkan nilai yang lebih tinggi di hutan bersambung berbanding hutan fragmen.Bagi hutan fragmen pula, indeks tertinggi adalah bagi fragmen Bangi (2.778), diikuti oleh AH (2.677), KD (2.649) dan terendah di SP dengan 2.149 dan BN dengan 1.297. Famili yang paling banyak direkod adalah Pycnonotidae, diikuti oleh Muscicapidae dan Timaliidae. Sejumlah 8 jenis genus parasit telah dijumpai iaituPlasmodium, Haemoproteus, Leukocytozoon, Babesia, Aegyptianella, Erlichia dan Mikrofilarea. Prevalensi parasit lebih tinggi di hutan fragmen berbanding hutan bersambung walaupun tiada perbezaan signifikan antaranya. Genus Haemoproteus, Leukocytozoon, Trypanosoma, Babesia dan Erlichia lebih cenderung dijumpai di hutan fragmen, manakala Mikrofilarea banyak dijumpai di hutan bersambung. Kumpulan diet karnivor mempunyai peratus jangkitan tertinggi (70.4%) diikuti oleh frugivor (62.5%) dan terendah adalah insektivor/nektarivor (10.3%). Burung spesies bukan-hutan juga mempunyai prevalensi parasit tertinggi dengan 66.7% berbanding spesies-hutan hanya 29.8%. Bagi kesan terhadap fisiologi burung, 15 spesies burung telah dipilih di mana kondisi badan diukur dengan menggunakan jisim relatif badan terhadap parameter panjang-keseluruhan. Spesies-hutan seperti Pekaka Rimba (Ceyx erithaca) dan Kelicap Jantung (Arachnothera longirostra) mempunyai kondisi badan yang lebih baik di hutan bersambung, manakala spesies pesisir-hutan seperti Merbah Belukar (Pycnonotus plumosus) mempunyai kondisi badan yang lebih baik di hutan fragmen. Ujian Chi-square antara kuantiti lemak dan kepekatan hemoglobin terhadap jenis hutan dan antara hutan fragmen menunjukkan perbezaan signifikan (df=1, p<0.005). Kuantiti lemak dan kepekatan hemoglobin adalah lebih tinggi di hutan bersambung. Kajian ini menunjukkan kepelbagaian spesies, prevalensi parasit dan keadaan fisiologi adalah lebih baik di hutan bersambung. Bagi perbandingan antara hutan fragmen pula, kepelbagaian spesies adalah meningkat mengikut saiz hutan, tetapi tiada perkaitan bagi prevalensi parasit dan keadaan fisiologi. Ini kerana, prevalensi parasit dan fisiologi ditentukan oleh status dalam komuniti burung seperti status residensi, tahap kebergantungan hutan, jenis pemakanan spesies burung yang mendiami hutan tersebut. Kajian ini penting dalam pemuliharaan burung khususnya di habitat fragmen.,Ph.D.,Kajian tentang fragmentasi hutan telah dilakukan untuk mengetahui kesannya tehadap kepelbagaian spesies, prevalensi parasit darah dan fisiologi burung. Sejumlah 6 jenis hutan fragmen berlainan saiz telah dipilih dalam Negeri Selangor dan dua jenis hutan bersambung telah dipilih sebagai kawalan. Hutan fragmen diwakili oleh; Hutan Simpan Bukit Nanas, BN (10.52ha), Bkt. Sg. Puteh, SP (34.8ha), Sg. Besi, SB (42.11ha), Bangi (100ha), Kota Damansara, KD (321.7ha), dan Ayer Hitam, AH (1217.9ha), manakala hutan bersambung pula adalah Pangsun dan Sg. Tua (ST) yang merupakan sebahagian dariapada hutan bersambung di Banjaran Titiwangsa. Persampelan dijalankan antara Disember 2010 dan Julai 2011. Burung ditangkap menggunakan 15 jaring kabut yang dipasang dengan sela jarak 100meter sepanjang garisan transek selama 5 hari berterusan. Bagi setiap kawasan kajian, persampelan dilakukan di dua garisan. Sebanyak 343 individu burung dari 27 famili dan 84 spesies telah ditangkap di semua kawasan kajian. Daripada jumlah ini, 170 individu dari 18 famili dan 44 spesies telah direkod di hutan fragmen. Dari segikepelbagaian spesies, hutan bersambung adalah lebih tinggi berbanding fragmen, manakala bagi hutan-hutan fragmen menunjukkan peningkatan dari fragmen bersaiz kecil ke besar. Indeks kepelbagaian Shanon menunjukkan nilai yang lebih tinggi di hutan bersambung berbanding hutan fragmen.Bagi hutan fragmen pula, indeks tertinggi adalah bagi fragmen Bangi (2.778), diikuti oleh AH (2.677), KD (2.649) dan terendah di SP dengan 2.149 dan BN dengan 1.297. Famili yang paling banyak direkod adalah Pycnonotidae, diikuti oleh Muscicapidae dan Timaliidae. Sejumlah 8 jenis genus parasit telah dijumpai iaituPlasmodium, Haemoproteus, Leukocytozoon, Babesia, Aegyptianella, Erlichia dan Mikrofilarea. Prevalensi parasit lebih tinggi di hutan fragmen berbanding hutan bersambung walaupun tiada perbezaan signifikan antaranya. Genus Haemoproteus, Leukocytozoon, Trypanosoma, Babesia dan Erlichia lebih cenderung dijumpai di hutan fragmen, manakala Mikrofilarea banyak dijumpai di hutan bersambung. Kumpulan diet karnivor mempunyai peratus jangkitan tertinggi (70.4%) diikuti oleh frugivor (62.5%) dan terendah adalah insektivor/nektarivor (10.3%). Burung spesies bukan-hutan juga mempunyai prevalensi parasit tertinggi dengan 66.7% berbanding spesies-hutan hanya 29.8%. Bagi kesan terhadap fisiologi burung, 15 spesies burung telah dipilih di mana kondisi badan diukur dengan menggunakan jisim relatif badan terhadap parameter panjang-keseluruhan. Spesies-hutan seperti Pekaka Rimba (Ceyx erithaca) dan Kelicap Jantung (Arachnothera longirostra) mempunyai kondisi badan yang lebih baik di hutan bersambung, manakala spesies pesisir-hutan seperti Merbah Belukar (Pycnonotus plumosus) mempunyai kondisi badan yang lebih baik di hutan fragmen. Ujian Chi-square antara kuantiti lemak dan kepekatan hemoglobin terhadap jenis hutan dan antara hutan fragmen menunjukkan perbezaan signifikan (df=1, p<0.005). Kuantiti lemak dan kepekatan hemoglobin adalah lebih tinggi di hutan bersambung. Kajian ini menunjukkan kepelbagaian spesies, prevalensi parasit dan keadaan fisiologi adalah lebih baik di hutan bersambung. Bagi perbandingan antara hutan fragmen pula, kepelbagaian spesies adalah meningkat mengikut saiz hutan, tetapi tiada perkaitan bagi prevalensi parasit dan keadaan fisiologi. Ini kerana, prevalensi parasit dan fisiologi ditentukan oleh status dalam komuniti burung seperti status residensi, tahap kebergantungan hutan, jenis pemakanan spesies burung yang mendiami hutan tersebut. Kajian ini penting dalam pemuliharaan burung khususnya di habitat fragmen | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Hutan | |
dc.subject | Kepelbagaian | |
dc.title | Kesan fragmentasi hutan terhadap kepelbagaian spesies, fisiologi dan prevalen parasit darah burung | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 248 | |
dc.identifier.callno | QH541.15.F73 F3476 2015 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001770 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82266+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.