Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499759
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lee Yook Heng, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Khairi (P46481) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:25Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82194 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499759 | - |
dc.description | Empat jenis sebatian terbitan tiourea baru iaitu bistiourea, 1,1-dietil-3-(4-metoksi benzoil) tiourea (DMBT), 4-metoksi-N-(1-pirolidina-karbono-tioil) benzamida (MPCB), dan 4-metoksi-N-(piperidina-1-karbonotioil) benzamida (MPyCB) telah disintesis. Keempat-empat sebatian terbitan tiourea ini telah dikaji peranannya sebagai ionofor untuk pengesanan ion H2PO4 - dan Hg2+. Pencirian semua sebatian ini untuk pengesahan struktur molekul melibatkan penentuan takat lebur, kajian spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FT-IR), spektroskopi resonan magnetik nuklear (NMR), spektroskopi jisim, dan analisis sinar-X hablur tunggal. Semua sebatian baru ini mengandungi kumpulan berfungsi tioamida (NH-C=S) dan karboksil (C=O) yang boleh bertindak sebagai ligan (L) melalui penderma dengan atom oksigen dan nitrogen untuk menghasilkan kompleks ion-ionofor yang stabil dan kemampuannya bertindak sebagai ionofor dengan pelbagai ion juga diteliti. Ini dilakukan melalui kaedah konduktometri dan didapati bahawa ligan bistiourea (L) lebih sesuai bertindak balas dengan anion H2PO4 - (M) berbanding dengan anion NO3 -, Cl-, HCO3 -, dan CH3COO- menurut nisbah stoikiometri L:M=1:1 dalam pelarut campuran 40% DMSO-60% DMF. Untuk ligan DMBT, MPCB, dan MPyCB (L), didapati lebih selektif terhadap kation Hg2+ berbanding dengan kation Cu2+, Pb2+, Zn2+, dan Co2+ dengan nisbah stoikiometri L:M=1:1 dalam campuran pelarut 20% DMSO-80% H2O. Ionofor ini akan digunakan sebagai bahan sensor potentiometri, dan dipegunkan bersama garam lipofilik (tridodesilmetilammonium klorida atau natrium tetrafluorofenilborat) dalam membran berasaskan akrilat secara fotopempolimeran telah dilakukan. Membran kemudiannya disalutkan ke atas elektrod Ag/AgCl bercetak skrin untuk menyediakan sensor ion potentiometri. Prestasi sensor menunjukkan bahawa untuk membran mengandungi bistiourea terpegun, ia peka kepada ion H2PO4 - dengan kepekaan menghampiri Nernstian, iaitu 54 mV/dekad dalam julat dinamik 10-5-10-1 M dan jangka hayat 49 hari dengan had pengesanan 7.59 × 10-5 M. Kebolehulangan sensor ion H2PO4 - ialah < 5% sisihan piawai relatif (RSD). Untuk sensor potentiometri berasaskan sebatian DMBT, MPCB, dan MPyCB yang peka kepada ion Hg2+, kepekaan masing-masing adalah bersifat Nernstian, iaitu pada 29.52, 29.35 dan 28.98 mV/dekad dalam julat dinamik 10-7-10-1 M dengan masa rangsangan 30-60 saat. Had pengesanan berasaskan ionofor DMBT, MPCB, dan MPyCB adalah 3.56 × 10-7 M; 2.85 × 10-7 M dan 2.78 × 10-7 v M dengan jangka hayat ketiga-tiga sensor ialah 60-83 hari. Kajian penentusahan mengenai prestasi sensor ion H2PO4 - mahupun Hg2+ menunjukkan bahawa prestasi analisis sensor yang berasaskan ionofor baru ini adalah setanding dengan kaedah piawai yang biasa digunakan untuk analisis ion-ion ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sebatian tiourea | |
dc.subject | Ionofor | |
dc.subject | Sensor | |
dc.subject | Potentiometry | |
dc.title | Sebatian tiourea baru sebagai ionofor untuk sensor ion H2PO4 - dan Hg2+ | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 150 | |
dc.identifier.callno | QD116.P68.K435 2016 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002309(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82194+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 404.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.