Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499738
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAinon Hamzah, Prof. Datin Dr.-
dc.contributor.authorNoramiza Sabturani (P53399)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:13Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:13Z-
dc.date.issued2016-02-29-
dc.identifier.otherukmvital:82176-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499738-
dc.descriptionBiosurfaktan adalah sebatian amfifilik yang dihasilkan oleh mikroorganisma sebagai metabolit sekunder. Ciri-ciri biosurfaktan yang unik menyebabkan ia boleh digunakan sebagai bahan gantian surfaktan sintetik dalam industri makanan, kosmetik, farmaseutikal dan sebagai bahan penggalak rawatan pencemaran dalam proses bioremediasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bakteria-pendegradasi hidrokarbon yang paling berpotensi dalam penghasilan biosurfaktan, untuk menambahbaik parameter fizikal dan nutrien dalam penghasilan biosurfaktan tertinggi, untuk mencirikan struktur kimia dan sifat fizikokimia biosurfaktan yang dikaji serta untuk menguji keupayaan sebatian ini dalam membantu degradasi minyak mentah. Dalam kajian ini sebanyak 20 pencilan bakteria-pendegradasi hidrokarbon disaring untuk menguji keupayaannya dalam penghasilan biosurfaktan. Kesemua pencilan bakteria dikulturkan di dalam medium garam mineral (MSM) yang ditambah dengan 1% (i/i) minyak mentah Tapis sebagai sumber karbon. Kehadiran biosurfaktan ditentukan dengan ujian titisan-serak, analisis mikroplat, teknik sebaran minyak, indeks pengemulsian (%EI24) dan pengukuran ketegangan permukaan. Penambahbaikan penghasilan biosurfaktan oleh pencilan bakteria terpilih dilakukan berdasarkan parameter pH, suhu, sumber karbon dan nitrogen. Struktur kimia biosurfaktan dikenalpasti melalui analisis spektroskopik. Sifat fizikokimia utama biosurfaktan ditentukan melalui nilai kepekatan misel kritikal (CMC) serta peranannya dalam degradasi minyak mentah Tapis. Hasil kajian ini menunjukkan hanya satu pencilan iaitu Pseudomonas aeruginosa UKMP14T yang memberikan hasil yang positif ke atas semua ujian kualitatif dan mengurangkan ketegangan permukaan medium sehingga 49.5 dynes/cm dengan nilai %EI24 sebanyak 25.3%. Setelah penambahbaikan parameter dilakukan, pencilan ini menghasilkan biosurfaktan glikolipid sebanyak 0.8 g/L apabila dikulturkan dalam medium MSM pada pH 9.0, suhu pengeraman 37°C dengan penambahan 1% (i/i) gliserol dan 1.3 g/L ammonium sulfat dengan nisbah C/N 14:1 selama 168 jam eraman, dengan peningkatan pengurangan ketegangan permukaan sebanyak 39% berbanding hasil penyaringan. Analisis spektroskopik menunjukkan P. aeruginosa UKMP14T menghasilkan biosurfaktan ramnolipid dengan sembilan kongener-dua asid lemak di mana Lramnosil- L-ramnosi l-β-hidroksidekanoil-β-hidroksidekanoat (Rha-Rha-C10-C10) (m/z 649) sebagai sebatian utama. Nilai kepekatan misel kritikal (CMC) ramnolipid ini adalah rendah iaitu 30 mg/L (32 dynes/cm). Pada kepekatan 1000 mg/L, ramnolipid ini berupaya membantu mempercepatkan proses degradasi 1% dan 8% (i/i) minyak mentah Tapis apabila dihidupkan bersama dengan P. aeruginosa UKMP14T, masingmasing sebanyak 99% dan 53% jumlah petroleum hidrokarbon (TPH) dalam tempoh hanya 168 jam eraman dengan peningkatan sebanyak 40% dan 27% berbanding kawalan. Ramnolipid ini juga pada kepekatan 100 mg/L apabila dihidupkan bersama dengan bakteria-pendegradasi hidrokarbon yang lain seperti Bacillus subtilis UKMP10T, Acinetobacter jejuni UKMP13T dan P. aeruginosa UKMP5G berupaya mendegradasi 1% (i/i) minyak mentah Tapis masing-masing sebanyak 92%, 88% dan 80% TPH, berbanding dengan kawalan sebanyak 33%, 29% dan 21%. Analisis jujukan genom DNA P. aeruginosa UKMP14T menunjukkan terdapat 20 jujukan protein utama yang telah dikenalpasti terlibat dalam biosintesis ramnolipid dan 39 protein yang dikodkan terlibat dalam laluan degradasi hidrokarbon KEGG termasuklah kloroalkana dan kloroalkena, kloroheksana dan klorobenzena, v etilbenzena, toluena, stirena, hidrokarbon poliaromatik (PAH), atrazin dan degradasi sebatian aromatik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPseudomonas aeruginosa-
dc.subjectBiosurfaktan-
dc.subjectPendegradasi hidrokarbon-
dc.subjectBakteria-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePseudomonas aeruginosa UKMP14T sebagai penghasil biosurfaktan berpotensi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages256-
dc.identifier.barcode002291(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
233.86 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.