Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499734
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rahimi Yusop, Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Zurina Samad (P64391) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:34:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:34:11Z | - |
dc.date.issued | 2016-03-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82171 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499734 | - |
dc.description | Gliserol merupakan antara produk sampingan yang banyak terhasil daripada proses transesterifikasi bahan bersumberkan biojisim bagi menghasilkan bahan biodiesel. Walaupun bahan gliserol mempunyai banyak aplikasi di dalam bidang industri seperti pembuatan makanan serta kosmetik, namun penggunaan lainnya adalah masih terhad. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mempelbagaikan kegunaan gliserol kepada 1,2-propanadiol (1,2-PDO) menggunakan mangkin Ru-FTO melalui kaedah hidrogenolisis serta pendekatan terbaru iaitu proses penukaran gliserol melalui keadaan sub-genting bendalir-air (sub-critical fluid-water,SCW) bagi penghasilan metanol (MeOH) dengan penggunaan mangkin FTO. Pembangunan mangkin heterogen baru berasaskan bahan timah oksida terdop florin (fluorine-doped tin oxide, FTO) sebagai bahan penyokong dan logam rutenium (Ru) sebagai bahan aktif logam (Ru-FTO) telah disintesis menggunakan kaedah percampuran fizikal. Tindak balas hidrogenolisis, menggunakan mangkin 7.5% Ru-FTO pukal dengan parameter optimum pada (suhu 150 oC, jangka masa 8 jam, tekanan gas hidrogen 20 bar, dan dengan kepekatan gliserol 20 wt%) telah berjaya menukarkan gliserol kepada 1,2-PDO dengan peratus penukaran optimum yang tinggi pada ~100%, serta peratus selektiviti optimum pada 94% dengan peratus hasil keseluruhan sebanyak 94%. Manakala, mangkin 7.5% Ru-FTO nano pula memberikan peratus penukaran gliserol optimum pada 90% dan selektiviti optimum kepada 1,2-PDO pada 97%, dengan peratus hasil keseluruhan pada 87.3%. Ini menunjukkan tindak balas hidrogenolisis gliserol sangat bergantung kepada sifat redok daripada logam Ru dan sifat asid-bes daripada bahan penyokong yang baru iaitu bahan FTO yang bersifat sebagai bahan semikonduktor. Seterusnya, penukaran gliserol kepada metanol melalui kaedah SCW menunjukkan bahawa mangkin FTO pukal tanpa tapak aktif logam tambahan serta pada parameter tindak balas optimum dengan suhu tindak balas 300 oC, jangka masa 30 min, tanpa gas hidrogen, dan tekanan pada 2 MPa hingga 30 MPa, berjaya memberikan peratus penukaran gliserol optimum pada 80% dan selektiviti optimum kepada metanol pula pada ~100%. Bagi mangkin FTO nano, peratus penukaran gliserol optimum dicatatkan pada 84%, dan selektiviti kepada metanol pada 93%. Ini dijangka bahawa dalam keadaan SCW, kepekatan produk ion seperti H+, OH-, dan H3O+ serta hidrogen (H2) daripada sumber medium tindak balas iaitu air adalah sangat tinggi. Produk ionik daripada air serta bahan mangkin FTO menyumbangkan sifat asid dan bes serta boleh melakukan pemutusan ikatan C-C pada molekul gliserol sehingga membentuk metanol pada aktiviti penukaran dan selektiviti yang tinggi. Penemuan kajian ini telah membuka lembaran baru dunia pemangkinan dengan menggunakan bahan amfoterik dan semikonduktor sebagai mangkin dan teknik SCW sebagai medium degradasi gliserol kepada metanol.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Gliserol | |
dc.subject | Hidrogenolisis | |
dc.subject | Metanol | |
dc.subject | Logam rutenium | |
dc.subject | Timah oksida | |
dc.subject | Glycerin | |
dc.title | Penghasilan 1,2-propanadiol dan metanol daripada gliserol menggunakan mangkin logam rutenium-timah oksida terdop florin 2016 | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 303 | |
dc.identifier.callno | TP973.W335 2016 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002286(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 480.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.