Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499731
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAminah Abdullah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorTan Ee Shian (P64393)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:09Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:09Z-
dc.date.issued2016-10-08-
dc.identifier.otherukmvital:82168-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499731-
dc.descriptionKajian ini berobjektif untuk menentukan nilai terapeutik buah peria tempatan dan sebatian bioaktif dalamnya relatif dengan ubat konvensional, terutamanya dalam mengatasi masalah diabetes melitus jenis II. Nilai terapeutik peria kambas (Momordica charantia var. maxima) dan peria katak (Momordica charantia var. minima) telah dibandingkan melalui: (i) tiga ujian anti pengoksidaan (sistem perencatan 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil [DPPH], ujian penurunan ion ferik dalam plasma [FRAP] dan jumlah kandungan fenolik [TPC]), (ii) tiga ujian hipoglisemik (perencatan aktiviti α-amilase dan α-glukosidase serta pengambilan glukosa oleh sel hati karsinoma manusia [HepG2]) dan (iii) satu ujian kesitotosikan (MTT) ke atas HepG2. Keputusan mendapati bahawa peria katak matang (BG2) bukan sahaja mempunyai aktiviti anti pengoksidaan, hipoglisemik dan kesitotoksikan yang paling kuat berbanding peria kambas matang, peria katak muda dan peria katak ranum, malah kesannya juga setanding dengan ubat konvensional anti-diabetes (akarbos) dan anti kanser (tamoksifen). Glikosida steroid (GS) telah disasarkan sebagai sebatian bioaktif yang menyumbang kepada nilai terapeutik BG2. Oleh itu, pembangunan kaedah pengekstrakan optimum GS yang melibatkan dua parameter iaitu suhu pengekstrakan (50°C-150°C) dan kepekatan pelarut etanol (50%-100%) dijalankan dengan metodologi respon permukaan (RSM). Kaedah pengekstrakan optimum yang telah dikenal pasti adalah suhu pengesktrakan sebanyak 150°C dan pelarut etanol 50% dengan hasil dapatan sebanyak 10.23 mg GS/50 g BG2 kering. Eskstrak separa kasar BG2 seterusnya dikumpul dan ditulenkan dengan kromatografi lapisan nipis tersedia (PTLC) menggunakan kaedah ujian biologi-pemeringkatan terarah. Nilai terapeutik 4 fraksi akhir (F1M, F2-3M, F4M dan F1-4C) ditentukan dengan tiga ujian anti pengoksidaan, tiga ujian hipoglisemik dan satu ujian kesitotoksikan. Fraksi F1-4C didapati tidak bertoksik, lemah dalam aktiviti anti pengoksidaan tetapi lebih efektif daripada akarbos dalam merencatkan enzim α-amilase serta α-glukosidase dan bersifat mimik insulin dalam meningkatkan pengambilan glukosa oleh HepG2. Kuguasaponin E (81.3%) dicadangkan sebagai sebatian mimik insulin utama dalam fraksi F1-4C menerusi analisis HPLC, kromatografi cecair-spektroskopi jisim/spektroskopi jisim (LC-MS/MS) dan resonan magnetik nuklear (NMR). Kesimpulannya, kuguasaponin E dalam BG2 berpotensi digunakan sebagai rawatan alternatif T2DM kerana ia mampu melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam sistem pencernaan dengan merencatkan aktiviti enzim utama dalam metabolisme karbohidrat dan mengawal paras glukosa dalam darah dengan meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel hati.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeria katak-
dc.subjectDiabetes melitus-
dc.subjectAnti kanser-
dc.subjectAnti pengoksidaan-
dc.subjectMomordica charantia -- Therapeutic use.-
dc.titlePotensi sebatian bioaktif daripada peria katak (momordica charantia var minima) dalam mengatasi masalah diabetes melitus jenis ii-
dc.typeTheses-
dc.format.pages165-
dc.identifier.callnoQK495.C96T335 2016 tesis-
dc.identifier.barcode002283(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
286.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.