Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499722
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRusli Daik, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Adlie Shamsuri (P55921)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:34:05Z-
dc.date.available2023-10-13T09:34:05Z-
dc.date.issued2015-09-03-
dc.identifier.otherukmvital:82077-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499722-
dc.descriptionPemprosesan biopolimer dan biokomposit polimer sering menghadapi masalah dari segi keterlarutan dan juga keserasian dengan komponen lain. Penggunaan campuran berasaskan cecair ionik sebagai pelarut, pemplastik, agen pengkupelan dan pengserasi telah dikaji dalam penyelidikan ini. Aerogel adunan agar/biopolimer (nisbah berat 1:1, 1:1.5 dan 1:2) telah disediakan dengan melarutkan biopolimer (selulosa, kanji beras atau protein zein) ke dalam campuran cecair ionik (1-butil-3-metilimidazolium klorida, BmimCl) dan ko-pelarut (dimetil sulfoksida, DMSO) pada nisbah berat 1:1. Kemudian, campuran diadun dengan larutan agar, diikuti dengan pengelan pada suhu 4 °C. Ketumpatan pukal paling rendah telah diperolehi untuk adunan agar/kanji beras pada nisbah berat 1:2. Termogram DSC aerogel adunan menunjukkan penurunan dalam Tm dengan penambahan biopolimer. Spektrum FTIR menunjukkan kewujudan pengikatan hidrogen di antara komponen-komponen aerogel adunan. Mikrograf SEM aerogel adunan menunjukkan kehadiran liang-liang dalam adunan. Manakala, filem agarosa telah dihasilkan dengan penambahan 30 hingga 70% berat campuran cecair ionik eutektik kolina klorida/urea (ChCl/Urea) sebagai pemplastik. Filem tersebut dihasilkan dengan menyebarkan agarosa pada suhu 95 °C dalam ChCl/Urea yang dicairkan dengan air suling. Larutan tersebut telah digelkan pada suhu bilik dan dikeringkan di dalam oven semalaman pada suhu 70 °C. Ujian mekanik menunjukkan bahawa filem agarosa yang mengandungi 60% berat ChCl/Urea mempunyai pemanjangan regangan dan terikan regangan pada takat putus tertinggi. Penambahan ChCl/Urea juga mengurangkan Tg filem agarosa. Imej SEM keratan rentas filem agarosa menunjukkan bahawa kekasaran permukaan dilenyapkan dengan penambahan ChCl/Urea. Spektrum FTIR mengesahkan kehadiran pengikatan hidrogen antara agarosa dan ChCl/Urea. Penggunaan campuran berasaskan cecair ionik sebagai agen pengkupelan telah dikaji dalam pemprosesan komposit agarosa/talkum. BmimCl telah diadun dengan urea pada nisbah mol 1:1 untuk menghasilkan campuran BmimCl/Urea. Filem komposit agarosa/talkum yang mengandungi campuran BmimCl/Urea kemudian telah diperolehi melalui kaedah pengelan. Nisbah berat agarosa dan talkum ditetapkan pada 4:1, manakala kandungan BmimCl/Urea divariasikan daripada 0 hingga 10% berat. Keputusan tegasan regangan dan modulus menunjukkan kandungan optimum BmimCl/Urea dalam filem komposit adalah 8% berat. Zarah talkum tertanam dalam matriks agarosa dan tiada tarikan keluar untuk filem komposit yang mengandungi BmimCl/Urea seperti ditunjukkan oleh mikrograf SEM. Penambahan BmimCl/Urea meningkatkan Tg filem komposit. Spektrum FTIR dan FT-Raman menunjukkan kewujudan interaksi di antara agarosa dan talkum. Pemprosesan komposit HDPE/agar secara pengadunan leburan telah dikaji menggunakan campuran berasaskan cecair ionik sebagai pengserasi. Campuran cecair ionik eutektik iaitu ChCl/gliserol (ChCl/Gly) telah disediakan pada nisbah mol 1:2. Campuran ini telah ditambahkan dengan heksadesiltrimetilammonium bromida, HTAB dengan kandungan yang berbeza (0 hingga 1.0% berat). Ujian mekanik menunjukkan bahawa kekuatan hentaman dan pemanjangan regangan maksimum biokomposit telah diperolehi pada kandungan 0.2% berat HTAB. Imej SEM menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah pengisi tertarik keluar daripada biokomposit yang ditambah ChCl/Gly-HTAB. Spektrum FTIR dan difraktrogram XRD biokomposit yang ditambahkan dengan ChCl/Gly-HTAB menunjukkan kehadiran interaksi fizik di antara HDPE dan agar.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectBiopolymers-
dc.subjectPolymeric composites-
dc.titlePenggunaan campuran berasaskan cecair ionik dalam pemprosesan biopolimer dan biokomposit polimer-
dc.typeTheses-
dc.format.pages145-
dc.identifier.callnoQD561 .A326 2015-
dc.identifier.barcode001730-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82077+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.