Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499715
Title: Pemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan olakan terhadap permukaan meregang/ mengecut dalam pelbagai bendalir
Authors: Wan Mohd. Khairy Adly Wan Zaimi (P60774)
Supervisor: Anuar Mohd Ishak, Prof. Dr.
Keywords: Pemindahan haba
Regangan
Pengecutan
Model theory.
Issue Date: 7-Mar-2015
Description: Dalam tesis ini, dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba terhadap pelbagai bentuk geometri permukaan sama ada helaian (atau plat) mengufuk, helaian menegak atau silinder yang melibatkan masalah regangan dan pengecutan permukaan. Tujuan kajian ialah untuk mengkaji ciri-ciri aliran dan pemindahan haba permukaan yang melibatkan aliran olakan mantap dan tak mantap dua matra dengan beberapa syarat sempadan, iaitu suhu ditetapkan, syarat sempadan gelinciran halaju, dan permukaan telap atau tak telap. Tiga jenis bendalir dipertimbangkan dalam kajian ini, iaitu bendalir likat, bendalir mikrokutub dan nanobendalir dengan menggunakan model Buongiorno yang mengambil kira kesan gerakan rawak nanozarah dalam bendalir asas, yang juga dikenali sebagai gerakan Brownan selain kesan termoforesis. Terdapat lima masalah yang dipertimbangkan dalam kajian ini, iaitu (i) aliran titik genangan dan pemindahan haba terhadap permukaan telap mengufuk yang meregang/mengecut dalam nanobendalir yang mengandungi mikroorganisma gyrotactic; (ii) aliran dua-matra tak mantap dan pemindahan haba terhadap silinder telap mengecut dalam nanobendalir; (iii) aliran olakan campuran berdekatan titik genangan bagi bendalir likat terhadap permukaan tegak meregang/mengecut; (iv) aliran dua-matra tak mantap dan pemindahan haba terhadap silinder telap meregang/mengecut dalam bendalir likat; dan (v) aliran titik genangan dan pemindahan haba bagi bendalir mikrokutub terhadap helaian meregang/mengecut secara tak linear. Kajian ini dimulakan dengan memformulasi model-model matematik yang mengawal aliran dan pemindahan haba. Seterusnya, persamaan-persamaan menakluk tak linear dalam bentuk persamaan pembezaan separa diturunkan kepada persamaanpersamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan yang bersesuaian. Sistem persamaan pembezaan biasa yang terhasil kemudiannya diselesaikan secara berangka menggunakan kaedah tembakan melalui atur cara yang telah siap dibina dalam perisian MAPLE 12. Nilai-nilai berangka bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat yang mewakili kadar pemindahan haba pada permukaan, nombor Sherwood setempat dan nombor ketumpatan setempat bagi mikroorganisma motil serta profil-profil halaju, suhu, pecahan isi padu nanozarah dan ketumpatan mikroorganisma motil diperoleh untuk pelbagai parameter menakluk, seperti parameter sedutan, parameter regangan/kecutan, parameter gerakan Brownan, parameter termoforesis, parameter keapungan/olakan campuran, parameter bahan, nombor Prandtl dan parameter gelinciran halaju. Keputusan berangka yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Perbandingan keputusan dengan kajian terdahulu dibuat bagi kesahan keputusan kajian. Didapati bahawa ciri-ciri aliran dan pemindahan haba dipengaruhi oleh parameter-parameter menakluk tersebut. Penyelesaian unik dan dual diperoleh bagi julatjulat tertentu parameter-parameter terlibat.,Ph.D
Pages: 271
Call Number: QA9.25 .W336 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81740+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.