Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499712
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahibin Abdul Rahim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Anny Suryaningsih Taufieq (P54560) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:33:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:33:59Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81735 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499712 | - |
dc.description | Bioremediasi tanah asid sulfat adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan keasidan tanah asid sulfat secara semula jadi melalui pemanfaatan mikroorganisma sebagai pemangkin bagi proses metabolisme, tindak balas kimia dan proses fizikal. Objektif kajian ini ialah menganalisis teknik bioremediasi tanah asid sulfat dengan menggunakan bakteria penurun sulfat (BPS) dan bokashi hampas tahu. Kajian ini terbahagi atas empat peringkat iaitu i) analisis ciri fizikal dan kimia tanah asid sulfat; ii) pemencilan BPS daripada tanah asid sulfat; iii) reka bentuk rawak kelompok dengan tiga rawatan untuk media bahan organik (dedak) iaitu D0 (tanpa dedak), D1 (1:1) dan D2 (1:19) serta lima rawatan untuk inokulum bakteria iaitu B0 (tanpa bakteria), B1 (1%), B2 (5%), B3 (10%) dan B4 (15%) dengan ulangan sebanyak tiga kali sehingga diperoleh 33 gabungan rawatan; dan iv) reka bentuk rawak kelompokdengan rawatan tanpa bakteria (B0) dan rawatan dengan bakteria (B1) yang digabungkan dengan rawatan bokashi hampas tahu iaitu kawalan (T0), 2 t ha-1(T1), 6 t ha-1(T2) dan 10 t ha-1(T3) dan ulangan sebanyak tiga kali sehingga diperoleh 24 polibeg. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan analisis statistik dengan ANOVA dan ujian LSD. Berdasarkan hasil analisis ciri fizikal dan kimia tanih menunjukkan bahawa tanah asid sulfat memerlukan pemuliharaan untuk meningkatkan kesuburannya. Untuk mendapatkan BPS dilakukan pemencilan dengan menggunakan kaedah cawan tuang pada media Desulfovibrio Medium with Lactatedalam keadaan anaerobik. Hasil ujian pewarnaan Gram, ujian H2S, PCR dan penjujukan DNA menunjukkan bahawa bakteria yang ditemukan ialah bakteria Desulfovibrio sp.. Dedak padi digunakan sebagai media tumbuh mikroorganisma mempunyai kandungan nutrien yang tinggi sehingga memiliki kemampuan untuk menumbuhkan bakteria. Selanjutnya, BPS digabungkan dengan media dedak untuk menguji kemampuannya dalam meningkatkan pH dan menurunkan kandungan sulfurtotal tanah asid sulfat. Hasil analisis menunjukkan komposisi media dedak 1:19 (D2) dan inokulum bakteria pada 10% (B3) dapat meningkatkan pH dari 3.67 menjadi 4.56dan menurunkan kandungan sulfur-total tanah dari 2.85% menjadi 0.25% sertamemerlukan masa inkubasi 10 hari untuk mencapai keadaan tersebut. Bakteria penurun sulfat kemudian digabungkan dengan bokashi hampas tahu untuk mengujikemampuannya dalam memperbaiki ciri kimia tanah asid sulfat. Hasil analisis ciri kimia bokashi hampas tahu menunjukkan nilai pH 6.85, C-organik 10.24%, bahan organik 17.65%, N-total 0.45%, P-total 0.25%, K2O 0.35%, dan nisbah C:N pada 22.76. Bioremediasi tanah asid sulfat dengan menggunakan bakteria penurun sulfat(B1) dan bokashi hampas tahu 6 t ha-1(T2) efektif dalam meningkatkan pH, menurunkan kadar sulfur-total tanah dan meningkatkan ciri-ciri tanaman jagung iaitu tinggi tanaman, berat kering tanaman dan berat tongkol tanaman. Hubungan antara peningkatan pH dan penurunan kandungan sulfur-total tanah yang terbaik diperoleh pada 12 minggu selepas tanam (MST).,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tanah asid sulfat | |
dc.subject | Bioremediasi | |
dc.subject | Desulfovibrio | |
dc.subject | Bioremediation | |
dc.title | Peningkatan kesuburan tanah asid sulfat secara bioremediasi menggunakan bakteria penurun sulfat (Desulfovibrio sp.) dan bokashi hampas tahu | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 202 | |
dc.identifier.callno | TD192.5 .N837 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001482 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81735+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.