Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499636
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Hj Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Yusri Helmi Muhammad (P57497) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:33:20Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:33:20Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:80387 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499636 | - |
dc.description | Cecair getah asli terepoksi (LENR) ditambahkan ke dalam epoksi sebagai matriks yang akan diperkuatkan dengan gentian kaca dan gentian kenaf untuk mempertingkatkan sifat mekanik, fizikal dan terma komposit yang dihasilkan. Tiga jenis komposit dihasilkan iaitu komposit epoksi berpenguat gentian kaca, gentian kenaf dan hibrid gentian kaca/kenaf. Setiap sampel komposit dihasilkan dengan dan tanpa penambahan LENR sebanyak 3 % daripada jumlah peratusan berat sampel. Saiz gentian kaca yang digunakan adalah 6 mm panjang dan 13 µm diameter dirawat dengan larutan silana manakala saiz gentian kenaf yang digunakan adalah 125-355 µm yang dirawat dengan NaOH. Muatan gentian yang berbeza digunakan iaitu 3%, 6%, 9% dan 12% berdasarkan peratusan berat sampel komposit. Bagi sampel komposit hibrid pula, tiga nisbah gentian kaca/kenaf yang berbeza digunakan iaitu 30G:70K, 50G:50K dan 70G:30K. Sifat-sifat mekanik, fizikal dan terma sampel komposit telah dikaji dengan menjalankan ujian lenturan, ujian regangan, ujian hentaman, ujian hentaman jatuhan beban, ESCR, TGA, DMA, ujian penyerapan air, ujian ketumpatan, dan SEM. Secara keseluruhannya, sampel komposit yang menggunakan gentian terawat menunjukkan sifat mekanik yang lebih baik daripada sampel yang menggunakan gentian yang tidak dirawat. Penambahan LENR juga didapati dapat memberi penambahbaikan dalam sifat mekanik dan terma bagi ketiga-tiga sistem komposit. Ujian regangan menunjukkan kekuatan regangan komposit diperkuat gentian kenaf yang dirawat mencatatkan peningkatan sebanyak 14% berbanding gentian yang tidak dirawat. Penambahan LENR pula dapat meningkatkan lagi kekuatan regangan sebanyak 9% berbanding komposit tanpa penambahan LENR. Pemerhatian yang sama dapat dilihat pada komposit yang menggunakan gentian kaca. Secara amnya komposit diperkuat gentian kaca menunjukkan sifat mekanik yang lebih baik jika dibandingkan dengan komposit yang diperkuat gentian kenaf. Bagi komposit hibrid pula, penggunaan gentian terawat dan penambahan LENR dilihat dapat meningkatkan kekuatan regangan sebanyak 12% berbanding komposit gentian kaca terawat tanpa penambahan LENR. Ini menunjukkan penghibridan dan penambahan LENR dapat memberikan sifat mekanik yang lebih baik terhadap komposit berpenguat gentian kenaf berbanding komposit yang menggunakan gentian kaca semata-mata. Analisis rintangan retakan tegasan persekitaran (ESCR) pula menunjukkan kehadiran partikel getah dalam LENR dapat memberikan lebih kestabilan pada sampel apabila daya dikenakan dalam tiga medium persekitaran yang berbeza. Keputusan DMA menunjukkan LENR memainkan peranan dalam peningkatan modulus storan manakala analisis TGA menunjukkan LENR dan gentian terawat dapat meningkatkan suhu degradasi sampel. Selain meningkatkan sifat mekanik sampel komposit, rawatan permukaan gentian dilihat dapat mengurangkan peratus serapan air komposit kesan daripada ikatan antaramuka yang baik di antara gentian dan matriks. Analisis morfologi pula menunjukkan bahawa rawatan gentian dapat memperbaiki ikatan antaramuka permukaan gentian kenaf dan kaca dengan matriks epoksi.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Glass fiber | - |
dc.subject | Kenaf | - |
dc.subject | Rubber | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penyediaan dan pencirian komposit epoksi berpenguat gentian kaca, gentian kenaf dan hibrid gentian kaca/kenaf dengan penambahan cecair getah asli terepoksi | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 187 | - |
dc.identifier.callno | TA450.Y837 2015 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002048 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80387+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 113.6 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.