Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499630
Title: Analisis statistik lengkuk PM10 harian di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan analisis data fungsian
Authors: Norshahida Shaadan (P57330)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Keywords: Air -- Pollution -- Analysis -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Sep-2015
Description: Maklumat keadaan pencemaran adalah sangat diperlukan sebagai input untuk mentadbir kualiti alam sekitar, mengawal masalah pencemaran udara, penyelidikan bidang keterdedahan dan risiko serta analisis status dan trend. Tesis ini memberi penekanan terhadap analisis statistik data PM10 bagi memantau dan menyiasat keadaan pencemaran udara di Semenanjung Malaysia menggunakan data dari tahun 2001 hingga 2010 melibatkan 30 buah stesen pemantau kualiti udara dengan menerapkan kaedah analisis data fungsian (ADF). Penerapan ADF bertujuan untuk mengambil kira evolusi semula jadi pencemar PM10 yang selanjar terhadap masa. Berbeza dengan kebanyakan kajian terdahulu, data kajian adalah data fungsian (DF) atau lengkuk bukannya data titik (pegun). Langkah pertama ADF adalah menukarkan cerapan asal data titik dalam tempoh 24 jam kepada data lengkuk PM10 harian dengan kaedah kembangan fungsi asas B-splin kubik. Analisis awal bagi menjejak keadaan umum pencemaran PM10 dilaksanakan dengan konsep pemeringkatan lengkuk berasaskan lengkuk ambang. Hasil analisis menunjukkan magnitud pencemaran berhubungan negatif dengan tempoh pencemaran. Keberlakuan hari tercemar terbukti bersifat tidak rawak serta saling bergantungan. Isu data lenyap juga di atasi menggunakan beberapa kaedah imputasi dengan lengkuk licin yang dibina berasaskan ADF termasuklah kaedah imputasi tunggal dan ulangan. Analisis perbandingan mendapati kaedah imputasi ulangan dengan pendekatan denda kekasaran memberikan prestasi yang lebih baik. Selain bertujuan untuk pembersihan data, analisis mengesan anomali data juga dilaksanakan bagi mendapatkan profil kekerapan bertempoh anomali. Pengesahan terhadap kewujudan yang bererti fenomena kesan musim dan kesan hujung minggu pencemaran PM10 turut dilaksanakan. Analisis Komponen Utama Fungsian (AKUF) pula memberi keputusan bahawa wujud tiga komponen utama variasi lengkuk PM10 harian. Variasi komponen pertama dipengaruhi oleh variasi aktiviti kenderaan, kedua variasi akibat kesan aktiviti fotokimia dan ketiga variasi kesan perubahan lapisan atmosfera bumi ekoran daripada interaksi faktor meteorologi sepanjang hari. Carta kawalan kualiti seterusnya dibina sebagai alat formal untuk mengesan anomali serta memantau prestasi kualiti PM10 menggunakan model AKUF. Masalah autokorelasi data telah di atasi dengan kaedah pra-pemutihan. Carta kawalan kualiti data fungsi (DF) dengan kaedah parameter didapati lebih berkebolehan berbanding kaedah tak berparameter, carta kawalan purata (AV) serta carta kawalan multivariat (MV). Berdasarkan maklumat anomali yang dikesan, profil penunjuk keadaan pencemaran seperti kekerapan, tempoh dan masa ketibaan anomali dapat dihasilkan. Kajian mendapati keadaan pencemaran PM10 di sesuatu kawasan di Semenanjung Malaysia adalah unik dan variasinya bergantung kepada musim. Bahagian utara dikesan sebagai kawasan paling cenderung berlaku gangguan kualiti udara harian, manakala kawasan di bahagian barat merupakan kawasan terpanas pencemaran berisiko terutamanya ketika musim monsun Barat Daya.,Ph.D.
Pages: 320
Call Number: TD890.N647 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80375+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
574.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.