Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499565
Title: Penyediaan dan pencirian elektrolit bio-polimer pepejal berasaskan terbitan kitosan dan kappa karrageenan untuk aplikasi sel suria terpeka pewarna (DSSC)
Authors: Nadhratun Naiim Mobarak (P64390)
Supervisor: Azizan Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Biopolymers
Kitosan
Karboksimetil kappa karrageenan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Oct-2015
Description: Penyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan penyediaan dan pencirian elektrolit bio-polimer pepejalberasaskan karboksimetil kitosan dan karboksimetil kappa karrageenan menggunakan garam ammonium nitrat (NH4NO3), litium nitrat (LiNO3) dan ammonium iodida (NH4I). Elektrolit bio-polimer pepejal ini dihasilkan menggunakan kaedah pengacuan larutan di mana 1% CH3COOH digunakan sebagai pelarut. Selain itu, 5 hingga 30 bt. % garam NH4NO3, LiNO3 danNH4I di tambah bagi mengkaji kesan penambahan garam terhadap elektrolit bio-polimer. Kesemua sampel dikaji dari aspek kekonduksian ion, sifat kehabluran, morfologi permukaan, interaksi yang wujud serta kestabilan ion di dalam elektrolit bio-polimer pepejal. Kesan penggantian kumpulan karboksimetil pada struktur tulen kitosan dan kappa karrageenan menunjukkan bahawa nilai kekonduksian ion masing-masing meningkat kepada 4.32 × 10-7 Scm-1 dan 1.47×10-5 S cm-1 pada suhu 25 oC. Selain itu, peningkatan kekonduksian ion terus meningkat dengan penambahan garam NH4NO3, LiNO3 danNH4I pada sistem elektrolit polimer pepejal. Kesan penambahan NH4NO3 memberikankekonduksian ion yang tertinggi pada 30 % bt. iaitu 1.18 x 10-3 dan 1.02× 10-3S cm-1bagikedua-dua elektrolit bio-polimer pepejal berasaskan karboksimetilkitosan dan karboksimetil kappa karrageenan. Bagi garam LiNO3, kekonduksian ion yang tertinggi juga pada 30 bt.% iaitu masing-masing 5.51 × 10-3 Scm-1bagi karboksimetil kappa karrageenan dan 8.44 × 10-4 Scm-1bagi karboksimetil kitosan. Walaubagaimanapun kesan NH4I terhadap kekonduksian ion pada kedua-dua sistem elektrolit polimer pepeja diperhatikan pada bt.% berbeza. Kekonduksian ion tertinggi bagi sistem karboksimetil kitosan adalah pada 25 bt. %(5.30 × 10-6S cm-1), manakala bagi sistem karboksimetil kappa karrageenan pada 30 bt.% (5.97 × 10-4 Scm-1). Fasa kehabluran bagi semua sistem elektrolit polimer pepejal didapati berkurangan dengan penambahan garam. Analisis morfologi pula menunjukkan bahawa permukaan kasar polimer induk telah bertukar menjadi licin dengan penambahan garam. Analisis FTIR menunjukkan wujud interaksi di antara NH4+ dan Li+ daripada garam dengan kumpulan hidroksil, karbonil, dan eter pada polimer induk melalui ikatan datif. Kestabilan ion bagi sistem elektrolit polimer pepejal bagi garam LiNO3 mencapai ~3.0 V manakala bagi kedua-dua sistem menggunakan garam NH4NO3 dan NH4I mencapai ~2.3 V. Selain itu, analisis nombor pemindahan menunjukkan pengukuran kekonduksian adalah disebabkan oleh pergerakan ion kerana nilai nombor pemindahan yang diukur melebihi 0.5. Semua analisis diatas telah membuktikan bahawa karboksimetilkitosan dan karboksimetilkappakarrageenan dapat menghasilkan kekonduksian ion yang tinggi walaupun tanpa melibatkan penggunaan agenpemplastik. Sistem elektrolit bio-polimer pepejal yang mempunyai kekonduksian tertinggi di aplikasi sebagai elektrolit di dalam sel suria terpeka pewarna (DSSC). Darjah kecekapan tertinggi di capai oleh sistem elektrolit bio-polimer pepejal berasaskan karboksimetilkitosan- 30bt.% NH4NO3 iaitu 1.42 %.,Ph.D.
Pages: 135
Call Number: QP801.B69N335 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80105+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
527.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.