Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499560
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIdris Abd. Ghani, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNorhafiza Ahmad Fazili (P40964)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:48Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:48Z-
dc.date.issued2016-01-18-
dc.identifier.otherukmvital:80102-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499560-
dc.descriptionKajian taksonomi, filogeni dan taburan subfamili Ichneumoninae (Hymenoptera: Ichneumonidae) di Malaysia telah dijalankan. Spesimen kajian adalah daripada koleksi Pusat Sistematik Serangga, UKM, Raffles Museum of Biodiversity Research, National University of Singapore dan British Natural History Museum, London. Sejumlah 18 genus dan 32 spesies telah dikenal pasti dari Malaysia yang mana lapan daripada spesies ini merupakan spesies baru iaitu Ulesta besar, Stirexephanes hitam, Atanyjoppa lebat, Eccoptosage pucat, Spinallonotus idrisi, S. ruslani, S. pasohensis dan Compsophorus biru. Terdapat 15 spesies daripadanya merupakan rekod baru bagi Malaysia yang diwakili oleh Barichneumonites ludilundus, B. manduris, Lissosculpta albatorius, Bystra matinangis, Gavrana tricosa, Gavrana tristicolor, Losgna simulator, Losgna erythropus, Chiaglas nigripes, Cratojoppa maculata, Imeria albomaculata, Imeria cephalotes, Imeria albitarsis celebensis, Compsophorus ettchelsii dan Compsophorus picta. Kajian ini juga berjaya merekodkan enam genus baru bagi Malaysia iaitu Barichneumonites, Lissosculpta, Bystra, Gavrana, Spinallonotus dan Ulesta. Kajian ini menyediakan perihalan dan kekunci bagi kesemua 32 spesies dan illustrasi disediakan bagi lapan spesies baru. Analisis filogeni morfologi menggunakan kaedah 'Neighbour-Joining' (NJ) dan Maksimum Parsimoni (MP) secara pencarian heuristik dengan replikasi 1000 telah dijalankan menggunakan perisian PAUP 4.0 untuk melihat pertalian spesies-spesies Ichneumoninae di Malaysia. Kedua-dua pohon filogeni NJ dan MP berdasarkan 50% peraturan majoriti konsensus data morfologi telah menghasilkan lima kumpulan monofiletik iaitu bagi tribus Oedicephalini, Compsophorini, Heresiarchini, Joppocryptini dan Ischnojoppini manakala tribus Ichneumonini membentuk kumpulan parafiletik. Dua kriteria analisis filogenetik telah digunakan iaitu parsimoni dan jarak. Hasil daripada analisis MP berdasarkan data morfologi telah membentuk pohon filogeni dengan nilai indeks konsistensi (CI) = 0.4000, indeks homoplasi (HI) = 0.6000, indeks retensi (RI) = 0.6357 dan indeks penskalaan semula (RC) = 0.2543. Kedua-dua topologi pohon filogeni MP dan NJ berjaya mengkelaskan setiap spesies di dalam genus masing-masing. Berdasarkan hasil plot taburan terhadap subfamili ini di Malaysia, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah spesies paling banyak ditemui (21 spesies), manakala Sabah dan Sarawak masing-masing hanya diwakili oleh satu spesies. Terdapat sembilan spesies endemik di Negeri Sembilan iaitu Losgna carniscutis, L. erythropus, Stirexephanes hitam sp. nov, Barichneumonites ludibundus, Cratojoppa maculata, Naenaria grandiceps, Imeria longicornis, Aulojoppa spilocephala dan Compsophorus biru sp. nov serta tiga spesies endemik di Kedah (Gavrana tricosa, Poecilojoppoides sanfordi dan Chiaglas nigripes) dan Johor (Imeria cephalotes, Imeria albitarsis celebensis dan Chiaglas longicornis). Barichneumonites manduris pula merupakan spesies yang paling meluas taburannya iaitu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah. Selain daripada memberi status taksonomi terkini subfamili Ichneumoninae di Malaysia, hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas rujukan bagi kajian biologi lain yang berkaitan dengan subfamili Ichneumoninae.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIchneumonidae-
dc.subjectHymenoptera-
dc.subjectMonofiletik-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian taksonomi, filogeni dan taburan subfamili ichneumoninae (Hymenoptera: Ichneumonidae) di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages315-
dc.identifier.callnoQL568.I2N646 2016 tesis-
dc.identifier.barcode002033 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80102+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
416.07 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.