Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499559
Title: | Kumpulan haplo geografik dan umur semasa kematian sampel purba melalui pendekatan biologi molekul dan radiografi gigi |
Authors: | Rus Dina Rus Din (P59506) |
Supervisor: | Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Dr. |
Keywords: | Manusia purba Haplo makro Haplo geografik Sampel kajian Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 21-Jan-2016 |
Description: | Kajian terhadap sampel manusia purba penting dalam merungkai sosio-budaya serta asal usul sampel tersebut. Sampel kajian merupakan tulang dan gigi purba yang dijumpai di tapak arkeologi yang berusia 2000 tahun di Pulau Kelumpang, Perak (Sampel Kelumpang) dan di dalam kapal karam Wanli yang berusia 400 tahun di perairan Dungun, Terengganu (Sampel Dungun). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kumpulan haplo makro dan haplo geografik dan menjana formula penganggaran umur semasa kematian bagi sampel purba. Sebanyak 12 pasang pencetus yang menghasilkan 12 jujukan bertindan dibina berdasarkan kawasan hipervariasi (HV) DNA mitokondria (mtDNA) manusia. Amplifikasi PCR menggunakan kesemua pencetus dioptimumkan menggunakan 14 sampel mtDNA daripada darah periferi manusia Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada enam susur galur maternal yang berbeza. Analisis polimorfisma kawasan HV mtDNA menggunakan program mtDNAmanager dilakukan bagi menentukan kumpulan haplo makro dan haplo geografik. Kaedah yang digunakan bagi menentukan kumpulan haplo makro dan haplo geografik sampel DNA moden kemudiannya diaplikasi pada tulang purba. Sampel tulang purba dinyahkontaminasi terlebih dahulu sebelum pemencilan DNA dilakukan. Anggaran umur semasa kematian bagi sampel purba dilakukan berdasarkan pengukuran kaviti pulpa gigi (teknik Kvaal). Formula penganggaran umur dibina terlebih dahulu menggunakan sampel gigi moden pramolar pertama yang telah diekstrak. Analisis statistik korelasi Pearson dilakukan bagi melihat hubungan di antara umur dan saiz kaviti pulpa gigi menggunakan perisian SPSS versi 22. Formula penganggaran umur dijana melalui analisis statistik regresi linear stepwise dan kemudiannya diaplikasi pada sampel gigi purba. Hasil kajian menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat lima kumpulan haplo geografik dikenalpasti pada 14 individu moden iaitu D5b, E1a1a, F1a, M7c3 dan M10b. Kesemua kumpulan haplo geografik ini didapati hadir pada populasi di Asia Tenggara. Didapati individu di dalam susur galur maternal yang sama mempunyai set polimorfisma yang sama pada mtDNA. Sampel Kelumpang adalah di dalam kumpulan haplo F1a1a, manakala sampel Dungun di dalam kumpulan haplo F1a. Kedua-dua kumpulan haplo geografik ini didapati hadir pada populasi di Asia Tenggara termasuklah populasi Melayu di Malaysia. Formula penganggaran umur yang dijana adalah terdiri daripada komponen M iaitu purata bagi enam nisbah pengukuran (lebar kaviti pulpa:lebar akar pada titik A [temuan sementoenamel; CEJ], B [titik tengah di antara titik C dan A] dan C [titik tengah di antara CEJ dan apeks gigi], panjang pulpa:panjang gigi, panjang pulpa:panjang akar dan panjang gigi:panjang akar) yang mempunyai nilai r2 = 0.564 dan nilai S.E.E.= 6.16 tahun. Dengan menggunakan formula penganggaran umur yang dijana, sampel purba dari Kelumpang dianggarkan individu dewasa yang berumur 28-34 tahun. Kesimpulannya, sampel Kelumpang merupakan penduduk tempatan berbangsa Melayu yang tergolong di dalam kumpulan haplo geografik F1a1a dan merupakan individu dewasa. Manakala sampel Dungun juga merupakan individu tempatan berbangsa Melayu yang tergolong di dalam kumpulan haplo geografik F1a.,Ph.D. |
Pages: | 262 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80101+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 289.25 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.