Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499558
Title: | Penggunaan biomonitor automatik dalam memantau pencemaran air tawar |
Authors: | Azmah Mohti (P44042) |
Supervisor: | Ahmad Abas Kutty, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Environmental monotoring Water -- Pollution Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Sep-2015 |
Description: | Kajian ini menggunakan Multispecies Freshwater BiomonitorTM (MFB) sebagai biomonitor automatik bagi menentukan organisma air tawar tempatan yang sesuai untuk sistem biomonitor berautomasi; mengenal pasti gerak balas organisma terpilih terhadap bahan cemar seperti logam berat (Cd, Cu, Mn, Fe, Pb, Zn, Al dan Ni), saliran lombong berasid (AMD) dan ammonia dan seterusnya mengenal pasti kesesuaian sistem MFB bagi pengaplikasian sistem di lapangan. Hasil kajian menunjukkan organisma yang sesuai dijadikan organisma penunjuk ialah ikan gapi (Poecilia reticulata), udang (Macrobrachium lanchesteri) dan ostrakod air tawar (Stenocypris major). Gerak balas organisma-organisma tersebut terhadap logam berat, ammonia dan AMD pada beberapa tahap kepekatan yang berbeza direkodkan secara automatik menggunakan MFB. Ujian gerak balas terhadap logam berat bagi P. reticulata, M. lanchesteri dan S. major menunjukkan bahawa aktiviti pernafasan masing-masing adalah semakin menurun dengan peningkatan kepekatan logam Mn manakala semakin meningkat dengan peningkatan kepekatan logam Cd, Zn dan Ni; semakin menurun dengan peningkatan kepekatan logam Cd, Cu, Zn, Fe dan Al manakala semakin meningkat dengan peningkatan kepekatan logam Pb; dan, semakin menurun dengan peningkatan kepekatan logam Ni manakala semakin meningkat dengan peningkatan kepekatan logam Cd, Cu dan Zn. Bagi aktiviti pergerakan masing-masing adalah semakin menurun dengan peningkatan kepekatan logam Mn dan Al manakala semakin meningkat dengan kepekatan logam Ni; semakin menurun dengan peningkatan kepekatan logam Cd, Fe dan Al; dan, semakin meningkat dengan peningkatan kepekatan logam Cd, Cu dan Zn. Ujian gerak balas P. reticulata dan M. lanchesteri terhadap ammonia pula menunjukkan aktiviti pergerakan dan pernafasan kedua-dua spesies semakin menurun dengan kehadiran ammonia berbanding kawalan. P. reticulata didapati lebih sensitif terhadap ammonia berbanding M. lanchesteri. Bagi ujian gerak balas terhadap AMD, P. reticulata dan M. lanchesteri didapati lebih aktif apabila didedahkan kepada ACID (air kawalan berasid) berbanding AMD dengan peningkatan tahap keasidan iaitu dari pH 6 hingga pH 2. P. reticulata didapati kurang aktif dalam pendedahan AMD pada pH 5 dan pH 6 masing-masing dengan peratus aktiviti 16% dan 12% berbanding pendedahan kepada ACID pada tahap pH yang sama dengan peratus aktiviti masing-masing 35% dan 40%. Corak yang sama ditunjukkan oleh M. lanchesteri di mana ia kurang aktif pada pH 5 dengan peratus aktiviti 6% dan 4% pada pH 6 dalam larutan AMD berbanding pendedahan kepada ACID dengan peratus pergerakan 31% (pH 5) dan 38% (pH 6). Ini menunjukkan ancaman kandungan logam dan tahap keasidan yang tinggi dalam AMD lebih mempengaruhi kedua-dua spesies berbanding ancaman kepada tahap keasidan semata-mata. Seterusnya, ujian gerak balas di lapangan dijalankan di dua stesen di sungai Langat bagi mewakili zon bersih (stesen 1) dan zon kurang bersih (stesen 2). Purata peratus masa pergerakan dan masa ventilasi bagi P. reticulata ialah masing-masing 48% dan 6% di stesen 1 dan 49% dan 7% di stesen 2. Manakala purata peratus masa pergerakan dan masa ventilasi bagi M. lanchesteri ialah masing-masing 51% dan 11% di stesen 1 dan 51% dan 19% di stesen 2 di mana tiada perbezaan yang signifikan didapati. Berdasarkan data yang diperoleh daripada ujian makmal dan lapangan dengan menggunakan sistem MFB, sistem amaran awal boleh dibangunkan dan dioptimumkan untuk digunakan bagi pemantauan pencemaran air tawar.,Ph.D. |
Pages: | 227 |
Call Number: | QH541.15.M64A995 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80100+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 405.9 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.