Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499556
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorGeri Gopir, Dr.
dc.contributor.authorWoon Chen Yek (P41511)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:46Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:46Z-
dc.date.issued2016-01-25
dc.identifier.otherukmvital:80098
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499556-
dc.descriptionNoktah kuantum merupakan hablur nano daripada bahan semikonduktor dengan saiz dalam julat 1-10 nanometer. Disebabkan saiz yang kecil itu, elektron dalam noktah kuantum telah dikurungkan dengan tenaga yang diskret seperti dalam atom. Sifat-sifat elektronik sistem ini boleh diubah dengan mengubah saiz, bentuk dan bahan semikonduktor yang digunakan. Ini menjadikan noktah kuantum sesuai untuk pelbagai aplikasi, terutamanya peranti elektronik dan alat pengesan. Walau bagaimanapun, fabrikasi noktah kuantum sentiasa memerlukan langkah yang rumit dan kos ujian yang tinggi. Simulasi akan menjimatkan kedua-dua masa dan kewangan bagi mencirikan sifat-sifat elektronik sistem noktah kuantum semikonduktor. Kajian ini melibatkan pengiraan sifat keadaan elektron dalam sistem noktah kuantum semikonduktor InAs- GaAs dengan simetri dan saiz yang berbeza. Persamaan Schrödinger satu jalur telah diselesaikan secara komputasi untuk mendapatkan fungsi gelombang dan tenaga bagi keadaan elektron. Dua jenis kaedah berangka yang berasaskan perbezaaan terhingga dan Monte Carlo jalanan rawak Anderson telah dibangunkan dalam kajian ini. Kemudiannya, dibangunkan kaedah Monte Carlo kacukan (atau hibrid) baharu yang mampu memodel sifat keadaan teruja. Hasil pengiraan kaedah-kaedah ini telah dibandingkan dengan hasil pengiraan analitik dalam model noktah kuantum simetri sfera yang berjejari 10 nm dan kubus dengan panjang sisi 10 nm, memberi ralat yang kurang daripada 5 %. Pengaruh parameter bahan dan kaedah terhadap hasil pengiraan juga diambil kira dalam kajian ini untuk meminimumkan ralat dan meninggikan kelajuan pelaksanaan algoritma kaedah berangka ini. Seterusnya, kaedah Monte Carlo kacukan baharu ini telah digunakan dalam penganggaran sifat keadaan elektron bagi sistem noktah kuantum InAs-GaAs yang bersimetri kubus, sfera dan piramid dalam saiz 1 - 10 nm nanometer. Jumlah keadaan tenaga yang terikat dan ketumpatan fungsi gelombangnya juga ditentukan dalam kajian ini untuk memberikan pemahaman terhadap keadaan elektron terikat dalam sistem noktah kuantum ini. Sebagai kesimpulan, kaedah Monte Carlo kacukan yang dibangunkan dalam kajian berjaya menganggarkan fungsi gelombang dan tenaga bagi elektron terikat sehingga ke keadaan teruja ketiga pada kes noktah-noktah kuantum kubus dan sfera bersaiz 10 nm.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectNoktah kuantum
dc.subjectSemikonduktor
dc.subjectElektron
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengiraan sifat elektronik untuk noktah kuantum InAs-GaAz menggunakan kaedah-kaedah perbezaan terhingga dan Monte Carlov jalanan rawak
dc.typeTheses
dc.format.pages226
dc.identifier.barcode002037 (2016)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80098+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
143.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.