Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499554
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorinsan Kamil Othman, Dr.-
dc.contributor.authorSolhan Yahya (P60759)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:32:46Z-
dc.date.available2023-10-13T09:32:46Z-
dc.date.issued2015-12-18-
dc.identifier.otherukmvital:80090-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499554-
dc.descriptionEkstrak tumbuh-tumbuhan mempunyai potensi besar sebagai alternatif untuk menggantikan perencat kakisan bukan organik yang kebiasaannya memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keupayaan ekstrak jerami padi sebagai perencat kakisan keluli karbon dalam medium klorida. Sebelum ujian kakisan dijalankan, ekstrak jerami padi diperolehi dengan menggunakan kaedah pengekstrakan pelarut. Hasil ekstrak tersebut telah dikeringkan untuk menghasilkan serbuk perang gelap. Pencirian ekstrak dianalisa dengan menggunakan Spektroskopi Infra Merah (FTIR), Spektroskopi Ultralembayung-Cahaya Nampak (UV-Vis) dan Spektroskopi Jisim-Kromatografi Cecair (LC-MS). Bagi menentukan kecekapan perencat kakisan (IE%), ujian kehilangan berat dan kaedah elektrokimia seperti potentiodinamik, ujian pengutuban kitaran, dan impedans spektroskopi telah dijalankan. Analisis permukaan kimia dan kajian morfologi telah dijalankan melalui Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS), Mikroskop Optikal (OM), Mikroskop Pengimbas Elektron Pembolehubah Tekanan (VPSEM) dan Spektroskopi Sebaran Tenaga Sinar-X (EDX). Hasil ekstrak tersebut mengandungi kumpulan berfungsi hidroksil (-OH) dan metoksil (-OCH3). Secara umumnya, nilai IE% meningkat dengan peningkatan kepekatan ekstrak jerami. Walau bagaimanapun, nilai IE% menurun selepas mencapai kepekatan optimum. Ujian kehilangan berat sampel keluli dalam 1 M HCl selama 3 jam menunjukkan kecekapan perencatan kakisan yang maksimum, iaitu 78% boleh dicapai dengan kehadiran 1500 ppm ekstrak jerami. Manakala, ujian kehilangan berat dalam 0.6 M NaCl selama 21 hari rendaman menunjukkan kecekapan perencatan kakisan melebihi 70%. Sementara itu, keputusan ujian pengutuban kitaran menunjukkan bahawa nilai keupayaan kakisan liang Epit dengan kehadiran ekstrak adalah lebih positif daripada nilai keupayaan kakisan liang tanpa kehadiran ekstrak di mana saiz gelung histerisis kitaran adalah lebih kecil daripada gelung histerisis tanpa perencat. Ini menunjukkan bahawa permulaan pembentukan kakisan liang dan pertumbuhan liang dapat direncatkan dengan kehadiran ekstrak jerami. Keputusan ujian kakisan aliran menggunakan rak kakisan binaan sendiri (home-designed test rack) menunjukkan bahawa kecekapan perencatan kakisan sampel keluli oleh ekstrak jerami padi pada kedudukan hujung rak ialah 83%, manakala di pertengahan dan sesiku rak ialah masing-masing 75% dan 61%. Ini menunjukkan bahawa ekstrak jerami berkeupayaan mencegah kakisan pada posisi hujung rak yang melibatkan aliran gelora. Kehadiran hasil kakisan dan lapisan pelindung organik telah disahkan oleh keputusan daripada OM, VPSEM dan XPS. Analisis termodinamik dan kinetik kakisan mendedahkan bahawa mekanisma perencatan kakisan oleh ekstrak jerami adalah campuran penjerapan kimia dan fizikal. Penjerapan tersebut mematuhi isoterma Langmuir dengan julat nilai ΔG° ads antara -33.68 hingga -25.64 kJ/mol. Walau bagaimanapun, penjerapan fizikal seolah-olah menjadi lebih dominan daripada penjerapan kimia. Kesimpulannya, ekstrak jerami padi mampu memberikan pelindungan kakisan yang baik bagi keluli dalam media klorida.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectRice hulls-
dc.subjectCorrosion and anti-corrosives-
dc.titleEkstrak jerami padi dalam pelarut etanol/air sebagai perencat kakisan keluli-
dc.typeTheses-
dc.format.pages218-
dc.identifier.callnoTA467.S678 2015 tesis-
dc.identifier.barcode002020 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80090+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
400.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.