Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499553
Title: Keberkesanan etil format sebagai fumigan terhadap serangga perosak dalam biji koko kering semasa penyimpanan
Authors: Asimah Hamid (P60777)
Supervisor: Idris Abdul Ghani, Prof. Dr.
Keywords: Fumigants
Cacao beans -- Diseases and pests -- Control
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Apr-2015
Description: Penyimpanan biji koko memerlukan fumigasi untuk mengekal kualiti biji koko kering dan mengelakkan kerosakan akibat serangan serangga perosak. Kajian awal keberkesanan etil format (EF) untuk membunuh larva, pupa dan serangga dewasa dari serangga perosak koko iaitu dua spesis kumbang, Tribolium castaneum (Herbst) dan Lasioderma serricorne (Fabricius) serta dua spesis rama-rama iaitu Ephestia cautella (Walker) dan Corcyra cephalonica (Stainton) telah dijalankan di peringkat makmal dengan menggunakan 15 kepekatan EF iaitu dari 7.44 hingga 371.83 mgL-1 di dalam desikator berkapasiti 12 L. Susulan dari kajian di makmal, kajian keberkesanan fumigan telah dijalankan di stor penyimpanan separa komersial dengan kepekatan EF dari 76 hingga 380 gL-1 (6 kepekatan) pada ruang fumigasi 7.74 m-3. Fumigasi telah dilaksanakan dengan menggunakan 2 metrik tan koko yang baru bagi setiap kajian kepekatan dan kawalan (tanpa fumigan). Ciri-ciri fizik-kimia yang dikaji ke atas biji koko adalah ujian belahan biji koko, penilaian mikroskopi belahan biji koko, pH, asid tertitrat dan asid lemak bebas. Manakala likur koko pula dilakukan penilaian sensori dan analisis kelikatan. Sementara itu, lemak koko ditentukan ciri-ciri peleburan lemak dan komposisi triasilgliserol. Keputusan analisis keberkesanan EF ke atas serangga perosak koko pada peringkat makmal mendapati 371.83 mgL-1 EF diperlukan untuk membunuh 99 % semua peringkat dari spesis serangga yang dikaji dalam desikator. Residu EF telah dikesan dalam empat sampel biji koko yang difumigasi pada kepekatan 297.48 mgL-1 dan 371.83 mgL-1adalah diantara 0.02 hingga 0.06 mgkg-1. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa EF adalah sangat toksik terhadap semua peringkat dari spesis serangga yang dikaji. Keputusan kajian keberkesanan EF di stor penyimpanan separa komersial menunjukkan amaun minima sebanyak 190 gL-1 EF diperlukan untuk membunuh 99 % semua peringkat dari semua spesis serangga. Residu dikesan pada kulit biji koko iaitu sebanyak 0.06 mgkg-1 dan tidak terdapat pada biji koko dan nib koko yang dirawat dengan EF di stor penyimpanan separa komersial. Residu yang tertinggal dalam biji koko, nib koko dan kulit koko adalah minima. Nilai pH biji koko yang difumigasi adalah diantara 4.61 dan 4.93 dan asid tertitrat menunjukkan 0.13 dan 0.24 militara/NaOH/g. Analisis mikroskopi belahan biji koko menunjukkan tidak ada fumigan yang diserap ke dalam nib koko. Walau bagaimanapun, kelikatan likur koko yang difumigasi bertambah dengan bertambahnya kepekatan EF. Penilaian sensori likur koko yang dirawat dengan fumigan juga tidak menunjukkan perubahan signifikan (p>0.05) dalam kesemua ciri-ciri penilaian sensori. Begitu juga ciri-ciri peleburan lemak koko dari koko yang difumigasi tidak menunjukkan perubahan signifikan (p>0.05) berbanding sampel kawalan. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perubahan dalam komposisi triasilgliserol lemak koko yang difumigasi. Oleh itu, EF didapati berpotensi untuk digunakan sebagai fumigan biji koko kering ketika penyimpanan atau untuk tujuan kuarantin.,Ph.D.
Pages: 156
Call Number: TD196.E86A844 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80089+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
313.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.