Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499523
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Rahim Samsudin, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Goh Thian Lai | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:32:31Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:32:31Z | - |
dc.date.issued | 2012-11-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76804 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499523 | - |
dc.description | Ketakselanjaran dan parameter geomekanik jasad memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kestabilan jasad batuan terutamanya untuk cerun potongan. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk menilai secara kuantitatif perubahan jasad batuan igneus dan metamorf dalam penilaian kestabilan cerun batuan. Sebanyak 30 cerun telah dikaji di JKR Kuari, Bukit Penggorak, Kuantan; Lebuhraya Silk Kajang; Kuari Kajang Rock, Semenyih; jalan Pos Selim- Kampung Raja, Cameron Highlands; jalan Kuala Kubu Baru-Bukit Fraser; Ukay Perdana, Ulu Klang dan Bukit Cherakah, Shah Alam. Berdasarkan kaedah pemberat, sistem pengelasan jasad batuan yang paling baik dalam analisis kestabilan cerun adalah sistem pengelasan Indeks Jasad Batuan (RMi), Indeks Kekuatan Geologi (OSI) dan Perkadaran Jasad Cerun (SMR). Nilai purata halaju ultrasonik, pantulan tukul Schmidt, kejelekitan l-kali ganda kekuatan regangan (CuI), kejelekitan 3-kali ganda kekuatan regangan (Cu2), Kekuatan Mampatan Sepaksi, kekuatan regagan Brazil dan Indeks Kekuatan Beban Titik bahan batuan granit, syis dan kuarzit gred I berkurang sebanyak ~113 (33 %) dan ~ 2/3 (67 %) setelah mengalami proses luluhawa sedikit dan sederhana. Kekuatan Mampatan Sepaksi, regangan brazil dan Indeks Kekuatan Beban Titik batuan gran it, syis dan kuarzit gred I dan II yang mengalami kegagalan bahan & ketakselanjaran dan kegagalan ketakselanjaran menyusut kepada nilai ~50 % dan ~25 % daripada kekuatan bahan batuan utuh. Ini menunjukkan bahawa kehadiran retakan mikro melemahkan kekuatan bahan batuan. Nilai purata nisbah Poissonjasad batuan gred I bertambah sebanyak 16.8%,25.9% dan 25.9% setelah mengalami proses luluhawa menjadi jasad batuan gred II, III dan IV. Keliangan adalah parameter paling peka kepada proses luluhawa kerana nilai keliangan batuan segar bertambah sebanyak 250 % dan 1300 % setelah mengalami proses luluhawa sedikit dan sederhana. Indeks Halaju boleh digunakan sebagai kaedah altematif untuk menilai kualiti jasad batuan. Daripada ujian kotak ricih, perbezaan sudut geseran as as ($b) batuan granit (36.6°) , syis (36.5°) dan kuarzit (36.2°) yang bergred I dengan gred II dan III adalah 1 % -12 % (0.4°- 4.3°). Perbezaan sudut geseran bahan batuan gred I dengan II untuk ujian ricih terus, $ (granit-68.3° dan syis-70.l 0), l-kali ganda kekuatan regangan, $u 1 (gran it- 59.0°, syis-50.6°dan kuartzit-52.8°) and 3-kali ganda kekuatan regangan, $u2 (gran it- 43.2°, syis-38.7° dan kuartzit-40.4°) adalah 6-17% (4°-12°), 1-2% (10) dan 7-11% (30°- 5°). Satu jadual sudut geseran puncak ($p)- Pekali Kekasaran Kekar (PKK) untuk batuan gran it, syis dan kuarzit gred I, II dan III telah dibina. Hubungan antara $p dengan PKK untuk batuan gran it gred I, II dan III dinyatakan sebagai $p= -0.071PKK2 + 3.56PKK + 35.6, $p= -0.087PKK2 + 4.32PKK + 34.1 dan $p=-0.133PKK2 + 5.08PKK + 29.6. Hubungan antara $p dengan PKK untuk batuan syis gred I, II dan III ialah $p= - 0.022PKK2 + 3.21PKK + 28.1, $p= -0.025PKK2 + 3.24PKK + 26.6 dan $p =0.011PKK3- 0.32PKK2 + 5.19PKK +24.1. Hubungan antara $p dengan PKK untuk batuan kuarzit gred I dan II ialah $p=-0.083PKK2 + 4.17PKK + '27.6 dan $p=-0.073PKK2 + 4.29PKK + 26. Pendekatan secara sistematik dalam analisis kestabilan cerun telah dicadangkan untuk menilai kestabilan- cerun dengan mengabungkan .sistem pengelasan SMR dengan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Pendekatan secara sistematik dalam kegunaan geologi kejuruteraan telah dicadangkan untuk menentukan Kekuatan Mampatan Sepaksi dan kekuatan ricih untuk bahan batuan, jasad batuan dan satah ketakselanjaran.,Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pengkuantitatifan jasad batua | - |
dc.subject | Penilaian cerun batuan | - |
dc.subject | Rocks--Classification | - |
dc.subject | Metamorphic rocks | - |
dc.subject | Rock slopes | - |
dc.subject | Slopes (Physical geography) | - |
dc.subject | Rock mechanics | - |
dc.title | Pengelasan dan pengkuantitatifan jasad batuan untuk penilaian cerun batuan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 468 | - |
dc.identifier.callno | QE425.4.G637 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002775 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76804+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.