Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499504
Title: Analisis Indeks Keterhalangan Di Semenanjung Malaysia
Authors: Fam Soo Fen (P50026)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Keywords: Analisis Indeks Keterhalangan
Semenanjung Malaysia Analisis Indeks Keterhalangan
Indeks Keterhalangan Di Semenanjung Malaysia
Social stratification--Malaysia
Issue Date: 12-Apr-2013
Description: Ekonomi negara perlu teragih secara optima dan berkesan supaya semua lapisan masyarakat menerima agihan ekonomi yang sewajarnya. Bagi memastikan hasrat ini tercapai, maka adalah perlu satu kaedah yang boleh menggambarkan usaha sedemikian. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak pembuat polisi adalah dengan membuat keputusan berdasarkan Indeks Keterhalangan (IK). Penggunaan IK dalam perancangan dan pengagihan sumber telah lama digunakan oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, New Zealand dan Australia. Walau bagaimanapun, pendekatan sedemikian masih belum mendapat perhatian di Malaysia. Oleh itu, kajian ini berusaha membina IK bagi mengenalpasti tahap keterhalangan sosioekonomi antara 81 daerah pentadbiran di Semenanjung Malaysia. Untuk tujuan ini, data Banci Penduduk dan Perumahan tahun 1991 dan 2000, data Perangkaan Penting tahun 1980-2007, data kecurian kereta, data juvana dan data kesihatan telah dimanfaatkan. Kajian ini bermula dengan menyelidik IK amalan antarabangsa semasa dari segi elemen teknikal dan praktikal, dan memperkenalkan beberapa pengubahsuaian supaya IK boleh diterapkan di Malaysia. Susulan daripada itu, antara isu penting dalam taksonomi pembinaan IK seperti isu data reruang, pemilihan indikator dan kaedah penentuan wajaran indikator diselidiki dan dibahas. Bagi isu data reruang seperti pemasalahan data unit kawasan kecil, kaedah Bayesian telah dimanfaatkan. Sementara itu, kaedah penentuan wajaran indikator mengikut tahap keterhalangan indikator berbanding dengan indikator lain juga telah diusahakan. Akhirnya sebanyak sepuluh IK telah dihasilkan dan analisis taburan geografi dan pengelompokan IK antara 81 daerah pentadbiran diselidiki secara mendalam. Di samping pembinaan IK, indeks kualiti kehidupan masyarakat seperti pelbagai jenis kadar kematian bayi juga turut dibincangkan dalam kajian ilmiah ini. Analisis trend dan pemetaan kadar kematian pelbagai jenis kadar kematian bayi bagi tempoh 28 tahun bermula dari tahun 1980 hingga 2007 telah dijalankan. Selain daripada itu, jurang pelbagai jenis kadar kematian bayi antara 81 daerah pentadbiran menggunakan Indeks Gini juga telah dilaksanakan. Kajian ini berakhir dengan menjejak kebersekutuan IK dengan pelbagai jenis kadar kematian bayi. Hasil kajian mendapati sesama sepuluh IK yang dihasilkan mempunyai nilai korelasi yang tinggi. Kesemua IK menunjukkan daerah-daerah pentadbiran di Pantai Timur mempunyai nilai IK yang lebih tinggi berbanding dengan nilai IK di daerah-daerah di Pantai Barat bagi kedua-dua tahun banci. Hasil analisis pelbagai jenis kadar kematian bayi menunjukkan kadar kematian yang menurun tetapi wujud ketidaksamaan antara daerah pentadbiran sepanjang tempoh kajian yang dijalankan. Ujian kebersekutuan menunjukkan kesemua jenis kadar kematian bayi mempunyai hubungan linear dengan kesemua IK yang dihasilkan bagi tahun 1991. Tetapi untuk tahun 2000, hanya kadar kematian bayi yang masih mempunyai hubungan linear dengan kesemua IK yang dihasilkan. Kadar kematian neonatal tidak mempunyai hubungan linear dengan kesemua IK yang dihasilkan. Manakala kadar kelahiran mati hanya mempunyai hubungan linear dengan IK kebendaan sahaja.,PhD
Pages: 256
Call Number: HM821 .F345 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75097+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.