Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499499
Title: Pengekstrakan Dan Pencirian Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Ikan Salmon (Salmo Salar), Kulit Dan Tulang Ikan Keli (Clarias Gariepinus)
Authors: See Siau Fern (P52745)
Supervisor: Abdul Salam Babji, Prof. Dr.
Keywords: Pengekstrakan Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Ikan Salmon
Pencirian Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Ikan Salmon
Pengekstrakan Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Salmo Salar
Pencirian Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Salmo Salar
Pengekstrakan Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Dan Tulang Ikan Keli (Clarias Gariepinus)
Pencirian Gelatin Dan Kajian Antioksida Hidrolisat Gelatin Kulit Dan Tulang Ikan Keli (Clarias Gariepinus)
Gelatin
Issue Date: 27-Sep-2013
Description: Gelatin telah diekstrak daripada kulit ikan salmon, kulit dan tulang ikan keli dengan kaedah pengekstrakan yang berbeza. Hasil jisim pengekstrakan bagi gelatin kulit ikan salmon (GKS), gelatin kulit ikan keli (GKK) dan gelatin tulang ikan keli (GTK) adalah 63.89%, 59.49% dan 19.62%. GKK telah mempamerkan sifat kefungsian (kekuatan gel, kelikatan dan sifat viskoelastik) lebih tinggi daripada GTK dan GKS (p<0.05). Hidrolisat gelatin kulit ikan salmon (HGKS), hidrolisat gelatin kulit ikan keli (HGKK) dan hidrolisat gelati tulang ikan keli (HGTK) telah dihasilkan dengan enam jenis protease (alkalase, flavourzyme, papain, bromelain, pepsin dan tripsin). HGKS, HGKK dan HGTK yang dihidrolisis oleh Alkalase telah menunjukkan aktiviti antioksida yang paling tinggi (p<0.05). Jenis protease yang digunakan didapati mempengaruhi darjah hidrolisis (DH) dan taburan jisim molekul hidrolisat secara signifikan (p<0.05). Mekanisme aktiviti antioksida bagi HGKS, HGKK dan HGTK banyak disumbang oleh aktiviti pemerangkapan radikal dan kebolehan pengkelatan ion logam. Kesan DH bagi HGKS, HGKK dan HGTK terhadap aktiviti antioksida telah dikaji. Aktiviti antioksida hidrolisat gelatin meningkat apabila DH hidrolisat meningkat. HGKS dan HGKK dengan DH 40% dan HGTK dengan DH 30% menunjukkan aktiviti antioksida yang paling tinggi (p<0.05). Pecahan yang berjisim molekul 1- 5 kDa adalah komponen utama dalam HGKS dan HGKK dengan DH 40% serta HGTK dengan DH 30%. Fraksinasi peptida antioksida daripada HGKS, HGKK dan HGTK telah dilakukan dengan kromatografi pertukaran anion, kromatografi penurasan gel dan kromatografi cecair prestasi tinggi fasa berbalik (RP-HPLC). Peptida antioksida yang bersifat neutral atau sedikit beralkali, berjisim molekul 0.5 to 1.5 kDa serta bersifat kehidrofobikan yang tinggi telah menunjukkan aktiviti pemerangkapan radikal hidroksil yang tertinggi. Urutan asid amino bagi peptida antioksida daripada HGKS, HGKK dan HGTK telah dikenal pastikan dengan spektrometri LC-MS. Menurut pangkalan data Swiss Prot, urutan asid amino peptida antioksida daripada HGKS ialah K.AAGVILKMVEAGKIAGR.A, K.EKVLAGDVISIDKASGK.I dan R.GVSRIR.G dengan jisim molekul 686.34 - 1728.72 Da. Urutan asid amino peptida antioksida daripada HGKK adalah K.PAAGSRKAPK.R, K.APKRVGR.G, R.VGRGTGSGLGRNAGK.G dan K.IEAAGGK.A dengan jisim molekul 645.35 - 1386.69 Da. Urutan asid amino peptida antioksida daripada HGTK merupakan K.KAAAKPAAK.A, K.AELVSK.P, K.PKASAKASK.G, K.ASKGDLSVPTKPAR.K dan K.PARKR.A) dengan jisim molekul 627.30- 1426.63 Da. Kajian ini telah menunjukkan bahawa sisa buangan pemprosesan ikan, iaitu kulit salmon, kulit dan tulang ikan keli boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan gelatin dengan sifat kefungsian yang tinggi serta peptida bioaktif yang mempamerkan aktiviti antioksida yang tinggi. Peptida antioksida daripada HGKS, HGKK dan HGTK dapat berfungsi sebagai sumber novel bagi hidrolisat dan peptida antioksida yang semulajadi yang berpotensi untuk berfungsi sebagai ingredien antioksida dalam industri makanan dan farmaseutikal.,PhD
Pages: 272
Call Number: QP551 .S436 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75054+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.