Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499494
Title: Sintesis halogeno-karbonoil tiourea dan pewarna indosianin terbitan tiourea
Authors: Nur Eliyanti Ali Othman (P51567)
Supervisor: Bohari M. Yamin, Prof. Dr.
Keywords: Sintesis
Halogens
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-May-2013
Description: Sebanyak 19 sebatian baru terbitan halogeno-karbonoil tiourea, R1NHC(S)NHR2 yang mana R1 ialah 4-klorobenzoil, 3-kloropropionil, 4-bromobutiril dan 6-bromoheksanoil manakala R2 ialah anilina, 2-fluororanilina, 3-fluororanilina, 4-fluororanilina, 2-kloroanilina, 3-kloroanilina, 4-kloroanilina, 2-bromoanilina, 3-bromoanilina dan 4-bromoanilina telah berjaya disintesis dan dicirikan dengan kaedah spektroskopi inframerah FT-IR dan spektroskopi Resonans Magnet Nukleus (RMN) dan juga analisis mikrounsur CHNS. Spektrum inframerah FT-IR bagi kesemua produk menunjukkan regangan amina ν(N-H), karbonoil amida ν(C(O)NH) dan tion ν(C=S) masing-masing dalam julat 3100-3400 cm-1, 1700-1600 cm-1 dan 1000-1200 cm-1. Spektrum RMN 1H menunjukkan anjakan kimia bagi moieti karbonoil tiourea iaitu proton δN-H amida dan tioamida masing-masing pada julat 12.01-12.65 dan 9.14-11.80 bpj. Anjakan kimia 13C bagi karbon tion dan karbon karbonil masing-masing dalam julat 178.07-179.74 dan 165.89-174.38 bpj. Sebanyak 6 sebatian halogeno-karbonoil tiourea telah berjaya diperolehi dalam bentuk hablur. Kajian kristalografi sinar-X ke atas sebatian N-(4-klorobenzoil)-N'-fenil tiourea, N-(4-klorobenzoil)-N'-(3-fluorofenil)tiourea, N-(3-kloropropionil)-N'-fenil tiourea, N-(3-kloropropionil)-N'-(3-iodofenil) tiourea, N-(3-kloropropionil)-N'-(4-iodofenil) tiourea dan N-(4-bromobutiril)-N'-fenil tiourea menunjukkan semua sebatian tersebut mempunyai konfigurasi trans-cis bagi kumpulan halogeno-karbonoil dan fenil terhadap kumpulan tion pada paksi C-N masing-masing. Data kajian kristalografi sinar-X bersetuju dengan analisis spektroskopi. Sebanyak 2 sebatian pewarna squarilium iaitu DYE1 dan DYE2 dan satu sebatian pewarna indosianin, DYE3 terbitan karbonoil tiourea telah berjaya disintesis dan dicirikan. Spektrum serapan Ultralembayung Boleh Nampak bagi DYE1, DYE2 dan DYE3 menunjukkan serapan maksimum λmak masing-masing pada 321, 649 dan 621 nm. Spektrum pancaran bagi DYE1, DYE2 dan DYE3 pula berlaku pada puncak 529, 676 dan 677 nm apabila diujakan pada panjang gelombang λmak masing-masing. Nilai anjakan Stoke bagi DYE3 dan DYE2 adalah agak kecil iaitu 56 dan 27 nm berbanding nilai anjakan Stoke bagi DYE1 iaitu 207 nm. Kajian awal menunjukkan DYE2 berpotensi sebagai agen kontras di bawah lampu merah.,Ph.D.
Pages: 224
Call Number: QD165.N846 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75026+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.