Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499480
Title: Beberapa masalah aliran lapisan sempadan mantap dan tak mantap dalam bendalir mikrokutub dan likat-kenyal
Authors: Kartini Ahmad (P44153)
Supervisor: Roslinda Mohd Nazar, Prof. Dr.
Keywords: Masalah aliran lapisan sempadan mantap
Aliran lapisan sempadan mantap
Aliran lapisan sempadan tak mantap
Bendalir mikrokutub
Likat-kenyal
Boundary layer
Issue Date: 11-Jan-2012
Description: Dalam tesis ini, dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba mantap dan tak mantap terhadap pelbagai permukaan sama ada permukaan rata mengufuk atau menegak yang pegun atau meregang. Secara umumnya terdapat pelbagai jenis bendalir yang boleh dikelaskan kepada bendalir Newtonan dan tak Newtonan. Dua jenis bendalir tak Newtonan yang dipertimbangkan dalam kajian ini adalah bendalir mikrokutub dan bendalir likat-kenyal dengan syarat-syarat sempadan yang berpadanan. Pada tahun 1966, Eringen telah memperkenalkan teori bendalir mikrokutub yang mengandungi mikrostruktur dengan unsur-unsur bendalirnya berputar dan tidak boleh diungkapkan oleh teori klasik Navier-Stokes semata-mata, contohnya seperti cat, minyak pelincir, hablur cecair dan lain-lain. Di samping itu, kajian bendalir yang mempamerkan ciri-ciri likat dan kenyal telah dijalankan oleh Oldroyd pada tahun 1950, yang seterusnya menjadi titik tolak kepada penerbitan satu model termudah bendalir likat-kenyal yang dikenali sebagai bendalir peringkat kedua. Beberapa contoh bendalir likat-kenyal adalah madu, filem plastik dan serat tiruan. Terdapat lima masalah yang dipertimbangkan dalam kajian ini, iaitu (i) aliran tiga-matra tak mantap terhadap permukaan meregang dalam bendalir mikrokutub; (ii) aliran bendalir mikrokutub mantap dan pemindahan haba mantap pada titik genangan permukaan menegak yang diregang dengan penetapan pekali geseran kulit; (iii) olakan campuran bagi aliran filem berlamina mantap dalam bendalir mikrokutub; (iv) aliran MHD tiga-matra tak mantap bagi bendalir likat-kenyal terhadap permukaan meregang secara impuls; dan (v) aliran titik genangan olakan campuran magnetohidrodinamik (MHD) tak mantap bagi bendalir likat-kenyal pada permukaan menegak. Kajian dimulakan dengan memformulasi model-model matematik yang mengawal aliran bendalir dan pemindahan haba dan seterusnya persamaan-persamaan yang terlibat dijelmakan kepada persamaan-persamaan terbitan biasa atau separa menggunakan pemboleh ubah keserupaan yang sesuai. Langkah seterusnya adalah mendapatkan penyelesaian berangka bagi sistem persamaan tersebut menggunakan kaedah kotak Keller bagi masalah (i), (iii), (iv) dan (v) dan kaedah tembakan bagi masalah (ii), tertakluk kepada syarat-syarat sempadan yang ditetapkan. Kaedah kotak Keller dibangun menggunakan perisian MATLAB, sementara kaedah tembakan yang digunakan adalah atur cara yang sudah siap terbina dalam perisian MAPLE. Keputusan berangka yang diminati untuk dikaji adalah pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat yang diperoleh dengan menetapkan beberapa parameter seperti nombor Prandtl Pr, parameter bendalir likat-kenyal Kv atau parameter bendalir mikrokutub K, parameter olakan campuran λ dan parameter magnet M dengan permukaan pegun, permukaan diregang atau penetapan pekali geseran kulit. Penyelesaian dual diperoleh bagi masalah yang melibatkan pekali geseran kulitnya ditetapkan, manakala penyelesaian bitara diperoleh bagi masalah yang lain. Selain itu, graf-graf bagi profil halaju dan suhu turut diilustrasi dan nilai berangka yang diperoleh diberi dalam bentuk jadual serta perbandingan dengan kajian terdahulu juga telah dibuat. Bagi kajian yang mengambil kira pengaruh masa, iaitu bagi masalah aliran tak mantap, didapati bahawa terdapat peralihan licin dalam aliran daripada keadaan awal tak mantap kepada keadaan akhir mantap.,PhD
Pages: 277
Call Number: QA913 .K346 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74903+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.